Upload
jamalos
View
28.215
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Folio Sejarah Tingkatan 2
Sumber rujukan”Wikipedia Bahasa Melayu”
Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008
SMK7,shah alam.
FOLIO FOLIO FOLIO FOLIO
SEJARAHSEJARAHSEJARAHSEJARAH
OLEH OLEH OLEH OLEH
MUHAMMAD AQIL HAFIZ
BIN
JAMALUDDIN
2 EFEKTIF
SEK. MEN. KEB.
SEKSYEN 7
SHAH ALAM
2008200820082008
Sumber rujukan”Wikipedia Bahasa Melayu”
Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008
SMK7,shah alam.
ISI KANDUNGANISI KANDUNGANISI KANDUNGANISI KANDUNGAN
• PENGHARGAAN DAN
UCAPAN
• BIODATA
• PENDIDIKAN
• KELUARGA
• KERJAYA POLITIK
• SUMBANGAN KEPADA NEGARA
• GARIS MASA
Sumber rujukan”Wikipedia Bahasa Melayu”
Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008
SMK7,shah alam.
PENGHAPENGHAPENGHAPENGHARGAANRGAANRGAANRGAAN
DANDANDANDAN
UCAPANUCAPANUCAPANUCAPAN
Saya Muhammad Aqil Hafiz memilih Tun Dr Mahathir Mohamad
(bekas Perdana Menteri Malaysia Ke. 4) sebagai tokoh pilihan saya
kerana saya berasa amat kagum dengan cara Pemikiran, Idea,
Cita-cita, Wawasan serta Kepimpinan beliau yang menjangkau
kehendak semasa dalam membentuk dan membangunkan
Malaysia menjadi sebuah negara maju dan rakyatnya mampu
bersaing di peringkat global.
Sumbangan Tun Dr Mahathir yang paling signifikan ialah idea dan
inisiatifnya dalam membawa Malaysia melalui suatu proses
transformasi yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini. Dari
sebuah negara pertanian, Malaysia telah menjadi sebuah negara
perindustrian pada awal 80-an dan seterusnya berkembang
menjadi sebuah negara K-Ekonomi. Sememang layak lah beliau di
gelar “Bapa Permodenan Malaysia”
Hakikatnya, Tun Dr. Mahathir merupakan 'Pencetus Malaysia
Negara Maju' secara keseluruhannya. Usaha gigih beliau ini telah
menggerakkan seluruh rakyat Malaysia untuk berusaha gigih
membangunkan Malaysia supaya menjadi sebuah negara maju
dan rakyatnya mampu bersaing di peringkat global. Berbekalkan
usaha gigih ini, Malaysia dipacu ke mercu kejayaan yang lebih
tinggi sejajar dengan hasrat dan penyataan cita-citanya yang
termaktub dalam apa yang dinamakan “Wawasan 2020”.
Sumber rujukan ini saya perolehi daripada Internet, (Laman
Wikipedia), Ibu bapa dan rakan-rakan. Saya ingin megucapkan
ribuan terima kasih atas bantuan semua.
Sumber rujukan”Wikipedia Bahasa Melayu”
Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008
SMK7,shah alam.
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Perdana Menteri Malaysia Ke 4
1981 – 2003
“Bapa Permodenan”
• BIODATA TUN MAHATHIR
Nama : Mahathir Bin Mohamad
Tarikh Lahir : Jumaat 20 Disember 1925.
Tempat lahir : Rumah No.18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak,
Alor Setar, Kedah.
Agama : Islam
Perkerjaan : Doktor
Perdana Menteri Malaysia (1981 – 2003)
Pendidikan : 1930 Sekolah Melayu Seberang Perak, Kedah
1945 Kolej Sultan Abdul Hamid (Senior Cambridge)
1947 King Edward VII College of Medicine, Singapura
1953 Universiti Malaya ( Ijazah Doktor Perubatan)
Nama Bapa : Mohamad bin Iskandar
Nama Ibu : Wan Tempawan binti Wan Hanafi
Adik-beradik : Anak bungsu (5 Lelaki, 4 Perempuan)
Pasangan : Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohd Ali
(Tarikh perkahwinan 5 Ogos 1956)
Anak : 7 orang ( 4 Lelaki 3 Perempuan)
Nama-nama :
Datin Paduka Marina Mahathir
Mirzan Mahathir
Melinda Mahathir
Dato’ Mokhzani Mahathir
Dato’ Mukriz Mahathir
Maizura Mahathir
Mazhar Mahathir
Daniel Fariezs(anak angkat)
Sumber rujukan”Wikipedia Bahasa Melayu”
Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008
SMK7,shah alam.
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Perdana Menteri Malaysia Ke 4
1981 – 2003
“Bapa Permodenan”
• PENDIDIKAN TUN MAHATHIR
1930 Tun Dr Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah
Melayu Seberang Perak selama dua tahun.
1945 Tun Dr Mahathir melanjutkan pengajian menengah di
Goverment English School, Alor Setar (kini dikenali sebagai
Kolej Sultan Abdul Hamid). Beliau tamat dengan keputusan
Senior Cambridge yang cemerlang.
1947 Tun Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King
Edward VII College of Medicine, Singapura.
1953 Tun Dr Mahathir telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya.
Sumber rujukan”Wikipedia Bahasa Melayu”
Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008
SMK7,shah alam.
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Perdana Menteri Malaysia Ke 4
1981 – 2003
“Bapa Permodenan”
• KELUARGA TUN MAHATHIR
Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti
Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang
pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene
berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-
masing.
Kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 5 Ogos
1956.
Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata
iaitu :
Marina (kini Datin Paduka Marina),
Mirzan,
Melinda,
Mokhzani (kini Datuk Mohzani),
Mukriz ( kini Datuk Mukriz),
Maizura ,
Mazhar dan
Daniel Fariezs(anak angkat)
Sumber rujukan”Wikipedia Bahasa Melayu”
Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008
SMK7,shah alam.
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Perdana Menteri Malaysia Ke 4
1981 – 2003
“Bapa Permodenan”
• KERJAYA POLITIK TUN MAHATHIR
1945 Penglibatannya dalam politik bermula apabila beliau bergerak
cergas dalam beberapa kesatuan, antaranya Saberkas, Kesatuan
Pemuda Melayu Kedah dan UMNO.
1964 Bertanding sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Kota
Star Selatan dan menang.
1965 Di pilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO
1969 Tewas dalam pilihanraya Umum. 12 Julai beliau dipecat dari
UMNO kerana perselisihan pendapat dengan pucuk pimpinan UMNO.
1972 Beliau diterima semula menyertai UMNO pada 7hb. Mac 1972.
1973 Dilantik menjadi Ahli Dewan Negara .
1974 Bertanding di Kawasan Parlimen Kubang Pasu dan menang tanpa
bertanding seterusnya dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun
Abdul Razak.
1976 Tun Hussein Onn Perdana Menteri Malaysia ketika itu, telah
melantik Dr. Mahathir sebagai timbalan Perdana Menteri.
1978 Bertukar "portfolio" dari Kementerian Pelajaran ke Kementerian
Perdagangan dan Perindustrian. Memenangi jawatan Timbalan
Presiden UMNO tanpa bertanding
1981 Tun Hussein Onn meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri
dan secara otomatis Tun Dr Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri
Malaysia yang keempat.
2003 Tun Dr Mahathir megumumkan bersara.
Sumber rujukan”Wikipedia Bahasa Melayu”
Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008
SMK7,shah alam.
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Perdana Menteri Malaysia Ke 4
1981 – 2003
“Bapa Permodenan”
• SUMBANGAN KEPADA NEGARA
Tun Dr. Mahathir yang digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" merupakan
pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri
iaitu selama 22 tahun (16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003).
Sepanjang mejadi Perdana Menteri, banyak kemajuan dan pembangunan
yang telah beliau rancang dan laksanakan. Beliau merupakan seorang yang
berpandangan jauh dan terkehadapan, malah lebih jauh daripada pemikiran
orang Melayu khususnya.
1997 Mengawal kegawatan ekonomi Malaysia dengan menambat Ringgit
kepada Dollar Amerika ketika ekonomi dunia berada dalam kegawatan dan
krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-
negara di Asia. Satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat dari Bank
Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Kesannya terbukti Malaysia satu-
satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu
kegawatan tersebut tanpa perlu ”meyembah” kepada IMF seperti yang
dilakukan oleh negara Asia lain. Kebijaksanaan beliau ini diakui oleh Pengurus
Besar IMF, Horst Kohler, dengan memuji tindakan yang diambil Tun Dr Mahathir
dalam mengawal matawang negara.
1980 Mengubah dan mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara yang
berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian.
Pergantungan ekonomi negara terhadap bahan komoditi seperti getah,
kelapa sawit, timah dan industri petroleum tidak dapat menyediakan banyak
peluang pekerjaan berikutan kejatuhan teruk harga bahan tersebut. Kini,
kebergantungan ekonomi negara terhadap bidang perindustrian membentuk
30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun
kepada 8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu.
Sumber rujukan”Wikipedia Bahasa Melayu”
Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008
SMK7,shah alam.
Seterusnya, Tun Dr Mahathir telah memperkenalkan beberapa Langkah dan
Dasar bagi membangunkan dan memajukan Malaysia.
Antaranya :
Dasar Persyarikatan Malaysia
Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja
dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk
meringankan bebebanan kewangan kerajaan. Syarikat-syarikat utiliti seperti
Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekom dan sebagainya, telah
disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya
meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara.
Dasar pemilikan saham Bumiputra
Meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor
perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional
Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera
dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB.
Dasar Pandang ke Timur
Kerajaan berpaling kepada negara-negara Timur yang maju seperti Jepun
dan Korea Selatan untuk tujuan usaha sama, perdagangan, pendidikan tinggi
dan aspek-aspek lain yang difikirkan bersesuaian.
Bersih, Cekap, Amanah
Tun Dr Mahathir memperkenalkan kempen "Bersih, Cekap, Amanah" yang
bertujuan meningkatkan produktiviti dan menanamkan etika kerja serta usaha
ke arah kecemerlangan.
Kepimpinan Melalui Teladan
Kempen "Kepimpinan Melalui Teladan" yang berhasrat memupuk sifat-sifat
kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap
lapisan kakitangan Kerajaan.
Malaysia Boleh
Slogan "Malaysia Boleh" – bukan sekadar slogan kosong tetapi digunakan
sebagai satu strategi ke arah mempromosikan Malaysia dan membuka rakyat
Malaysia kepada dunia penuh peluang dan kesempatan. Slogan ini adalah
pernyataan keyakinan yang telah menjadi pendorong berkuasa tinggi, yang
telah memungkinkan ramai rakyat Malaysia mencapai kejayaan di peringkat
antarabangsa.
Wawasan 2020
Pada 1990 Tun Dr Mahathir melancarkan Wawasan 2020 – pelan sembilan
cabaran yang menggariskan hasrat dan halatuju Negara dan rakyat Malaysia
untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020.
Sumber rujukan”Wikipedia Bahasa Melayu”
Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008
SMK7,shah alam.
Pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir dalam usaha
melakar nama Malaysia di arena antarabangsa. Antara projek-projek besar
yang dibangunkan dan direalisasikan beliau antaranya ialah :
1983 Projek Kereta Nasional (PROTON) melalui HICOM (Heavy Industries
Corporation of Malaysia).Julai 1985 kereta pertama buatan Malaysia di
keluarkan.
1998 Stadium Nasional Bukit Jalil di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia
YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamad sempena Sukan Komenwel yang di
adakan di Malaysia.
1998 Lapanganterbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan salah
satu hub penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara. Slogan
lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke
Dunia"
1998 Menara Berkembar Petronas pembangunan gergasi yang menampilkan
bangunan pejabat berkembar tertinggi di dunia, 452 meter (1483 kaki)
Menara kaca dan keluli tahan karat setinggi 88-tingkat, merupakan imbasan
warisan Muslim Malaysia.
1999 Litar Antarabangsa Sepang, tempat sukan permotoran berprestij, seperti
Formula One dan GP Moto.
1999 Projek Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC).
Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Tun Dr. Mahathir sedar
akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia
perdagangan masa kini dan masa depan. Ia merangkumi aplikasi-aplikasi
seperti kerajaan elektronik, tele-perubatan, dan kad pintar serbaguna.
1999 Cyberjaya adalah pusat-penyelidikan dan pembangunan berteknologi
tinggi, Cyberjaya merupakan sebuah 'bandar pintar' yang merupakan tulang
belakang Koridor Raya Multimedia (MSC). Konsep bandar ini adalah untuk
menjadi Lembah Silikon Malaysia. Upacara perasmian Cyberjaya telah
diadakan pada Mei 1997.
1999 Putrajaya, bandar pintar pertama di dunia yang kini menjadi pusat
pentadbiran Malaysia. Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri
dengan bercirikan budaya tempatan. Mula dibina pada 16 April 1995
Projek-projek beliau ini meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang
membangun yang dikenali dunia dan disegani. Kejayaan Malaysia sebagai
negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah
diiktiraf dan dihormati dunia kerana Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia.. Warisan pusaka
yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.
Sumber rujukan”Wikipedia Bahasa Melayu”
Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008
SMK7,shah alam.
• GARIS MASA 1925: Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember.
1945: Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union.
1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.
1953: Mendapat ijazah perubatan dari King Edward VII Medical College (yang
kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura;
1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Star, Hospital
Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis.
1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, Maha
Clinic di Alor Star.
1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti Perikatan selepas beliau
menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210
undi; Dr Mahathir mendapat 12,406 undi, sementara Mohd Shaari mendapat
8196 undi.
1965: Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO.
1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.
1969: Ditewaskan oleh calon Pas Pilihanraya pada 10 Mei, di kawasan Kotar
Setar.Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai,
berikutan pengedaran suratnya kepada Tunku Abdul Rahman;
Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September.
1970: Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk "Dilema Melayu" (The
Malay Dilemma); buku ini diharamkan dengan serentak.
1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac;
1973: Dilantik sebagai senator.
1974: Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Pilihanraya 1974, dan
beliau menang tanpa bertanding. Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5
September.
1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO.
1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.
1978: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Hussein Onn pada 15
September.Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi
Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan
Perdana Menteri Malaysia ke-empat pada 10 Julai, (berikutan perletakan
jawatan Tun Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan);
Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah", "Kepimpinan Melalui
Teladan", "Dasar Pandang ke Timur", "Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan polisi
pemulauan barang UK ("Buy British Last");
Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung Malaysia untuk
menyeleraskannya dengan Malaysia Timur;
Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay Dilemma)
Pengambilan kembali Guthrie Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad
(PNB) di Bursa Saham London pada 7 September, supaya memulangkan
hakmilik 200,000 ekar tanah pertanian kepada rakyat Malaysia.
1983: Mengemaskinikan kuasa Yang Di-Pertuan Agung dan Sultan-sultan, supaya
rang undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan
Negeri dapat menjadi akta, selepas penerimaan pendapat Yang Di-Pertuan
Agung ataupun Sultan.
Menubuhkan PROTON, sebuah projek kereta nasional..
1987: Menang Presiden UMNO tewaskan Tengku Razaleigh Hamzah,
Memegang jawatan Menteri Kehakiman, Menteri Dalam Negeri dan Perdana
Menteri.
Sumber rujukan”Wikipedia Bahasa Melayu”
Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008
SMK7,shah alam.
1988: Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun Saleh Abbas kerana
menghalang perbicaraan tentang salah laku tata tertib,UMNO telah
diharamkan oleh Makhamah Tinggi);
1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri di samping memegang jawatan
Perdana Menteri.
1993: Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan, selepas
peristiwa Douglas Gomez;
Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin Australia
merosot apabila Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai seorang
yang degil ("recalcitrant") kerana enggan menghadiri Persidangan APEC.
1997: Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya mengatasi
Krisis Ekonomi 1997.
1998: Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam kerajaan dan
dalam UMNO pada 2 September;
Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana
Menteri;
Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di
Sepang,
Merasmikan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai 88
tingkat, (menara berkembar yang tertinggi di dunia)
Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah TIME.
1999: Menjadi Menteri Kewangan 1 pada 8 Januari, di samping jawatan Perdana
Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis Ekonomi 1997;
Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar baru yang memainkan peranan
yang penting dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia.
2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001)
disamping jawatan Perdana Menteri.
2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata
pelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;
Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam
Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat penangguhan
selama 18 bulan.
2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003 dan
menamakan Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai pengganti;
Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan tertinggi di Malaysia.
Beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun,
2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa gelaran
"Datuk Seri Utama".