26
PENGHARGAAN Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan. Salmah binti Mohd Yassin selaku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz yang memberi dorongan dan kerjasama kepada kami dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak ketinggalan juga kepada guru mata pelajaran Sejarah iaitu En. Mohammad Mahfud bin Hashim yang memberi tunjuk ajar, bimbingan dan maklumat dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu En. Engapuram dan Pn. Jothy Letchumi yang memberi sokongan dan bantuan dari segi idea, maklumat, kewangan dan sokongan moral dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Akhirnya, jutaan terima kasih diucapkan kepada orang sumber iaitu En. Arumugam a/l

Sejarah Folio Ting 3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sejarah Folio Ting 3

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan. Salmah binti Mohd Yassin selaku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz yang memberi dorongan dan kerjasama kepada kami dalam melaksanakan tugasan ini.

Tidak ketinggalan juga kepada guru mata pelajaran Sejarah iaitu En. Mohammad Mahfud bin Hashim yang memberi tunjuk ajar, bimbingan dan maklumat dalam menyempurnakan kerja kursus ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu En. Engapuram dan Pn. Jothy Letchumi yang memberi sokongan dan bantuan dari segi idea, maklumat, kewangan dan sokongan moral dalam usaha menyiapkan tugasan ini.

Akhirnya, jutaan terima kasih diucapkan kepada orang sumber iaitu En. Arumugam a/l Perumal yang sudi memberi info dan kerjasama semasa melaksanakan kerja kursus ini.

Page 2: Sejarah Folio Ting 3

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang saya lakukan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan Kerja Kursus Sejarah PMR. Saya berharap agar saya dapat mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih berkenaan produk kraf tangan tempatan di Kuala Selangor iaitu keratan akhbar, orang sumber, melawat tempat kajian dan internet sehingga dapat membantu saya menjalankan kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

Selain itu, saya juga berharap melalui kajian ini saya dapat mengetahui secara terperinci tentang produk kraf tangan tempatan dari aspek nama produk dan pengusaha, latar belakang, kaedah / cara penghasilan dan perkembangan produk.

Dengan membuat kajian ini, saya dapat menyemai perasaan bangga terhadap pencapaian dan kegemilangan tamadun bangsa dan negara serta saya juga dapat memupuk semangat patriotik, peka dan berminat terhadap sejarah bangsa dan negara dalam diri saya sebagai generasi muda.

Akhirnya, saya juga dapat memupuk nilai bertanggungjawab, bekerjasama, tolong-menolong dan bertolak ansur dalam usaha memperoleh maklumat dalam menjalankan kajian ini.

Page 3: Sejarah Folio Ting 3

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 TAJUK2 SENARAI KANDUNGAN3 PENGHARGAAN4 OBJEKTIF KAJIAN5 KAEDAH KAJIAN6 HASIL KAJIAN

i) Maklumat Asas Produk Tempatanii) Latar Belakangiii) Kaedah/Cara Penghasilaniv) Perkembangan Produk

7 RUMUSAN8 LAMPIRAN9 RUJUKAN

Page 4: Sejarah Folio Ting 3

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa jenis kaedah bagi menjalankan kajian ini dengan jayanya. Kaedah pertama saya gunakan ialah kaedah melayari internet. Saya juga telah melayari media cetak Wikipedia, Google dan Yahoo yang tersedia bagi mendapatkan beberapa maklumat yang lebih lanjut mengenai produk kraf tangan iaitu periuk tanah liat untuk mendapatkan kesefahaman yang lebih meluas tentangnya.

Kaedah seterusnya yang saya gunakan ialah membuat penyelidikan di perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz dan perpustakaan awam iaitu PKNS dengan merujuk keratan akhbar. Maklumat ini difotostat dan di salin dalam buku catatan.

Bagi menghasilkan hasil kajian yang tepat, saya dan rakan-rakan telah mengadakan lawatan ke Aru Enterprise, Batu 2, Kuala Selangor, Selangor untuk melihat kaedah/cara penghasilan produk dan perkembangan serta sumbangannya terhadap masyarakat dan negara. Saya mendapat beberapa pengalaman yang sebelum ini saya tidak pernah merasai.

Akhir sekali, saya juga telah menemu ramah orang sumber iaitu En. Arumugam iaitu pemilik syarikat Aru Enterprise dan beberapa orang pekerja yang bekerja di syarikat ini dan orang awam bagi mendapatkan beberapa maklumat berkaitan produk ini. Saya telah mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan kepadanya untuk dijawab. Dengan baik dan tenang, temu ramah itu berjalan dengan baik sekali.

Page 5: Sejarah Folio Ting 3
Page 6: Sejarah Folio Ting 3
Page 7: Sejarah Folio Ting 3
Page 8: Sejarah Folio Ting 3
Page 9: Sejarah Folio Ting 3
Page 10: Sejarah Folio Ting 3
Page 11: Sejarah Folio Ting 3

RUMUSAN

Bersyukur kerana telah dapat melaksanakan kerja kursus dalam tempoh yang telah ditetapkan. Banyak pengetahuan dan beberapa kemahiran yang telah saya pelajari semasa menghasilkan kerja kursus ini.

Kajian sejarah ini dapat membantu saya mengetahui dan mempelajari dengan lebih mendalam tentang produk kraf tangan tempatan dari aspek latar belakang, kaedah penghasilan dan perkembangannya. Hasil kajian menunjukkan En. Arumugam merupakan pengusaha periuk tanah yang berwawasan untuk menjadi penghasil periuk tanah yang unggul di Malaysia.

Pengkajian ini juga telah memberi pendidikan betapa kita perlu bersyukur dan berbangga dengan peranan dan sumbangan beliau dalam meningkatkan ekonomi negara dengan memberi peluang pekerjaan dan sumber pendapatan kepada masyarakat tempatan dan masyarakat luar. Keadaan ini mewujudkan keamanan, kemakmuran dan membawa kegemilangan tamadun bangsa dan negara.

Penerapan nilai murni seperti sabar, saling bekerjasama, bantu-membantu ketika menjalankan kerja kursus merupakan pengalaman dan pendidikan yang sangat berguna kepada saya untuk masa depan. Secara tidak langsung, semangat patriotik berjaya dipupuk dan membentuk jati diri dalam diri saya dan rakan-rakan lain sebagai warganegara Malaysia.

Harapan saya agar kajian ini akan dapat melahirkan rasa cinta kita terhadap kebudayaan negara dalam kalangan masyarakat. Masyarakat akan hidup aman dan damai selaras dengan harapan mantan Perdana Menteri dalam Konsep 1 Malaysia.

Page 12: Sejarah Folio Ting 3

HASIL KAJIAN

6.1                   Maklumat asas produk tempatan

6.1.1      Nama Produk

Produk yang diusahakan oleh pengusaha ialah Periuk Tanah. Pengusaha mengeluarkan pelbagai jenis produk kraf tangan berasaskan periuk tanah seperti lampu pelita, bekas telur, barangan masakan dan sembahyang

6.1.2      Kategori

Produk tempatan yang dikaji ialah produk kraf tangan tempatan iaitu Periuk Tanah.

6.1.3      Nama pengusaha/ syarikat/ status/ hak milik

Produk Kraf tangan Tempatan Periuk Tanah Aru Enterprise ini diusahakan oleh Encik. Arumugam a/l Perumal yang didaftarkan atas nama sendiri iaitu Arumugam a/l Perumal.

6.1.4      Lokasi

Syarikat Aru Enterprise berada di PT 30, Jalan Klang, Batu, 45000 Kuala Selangor, Selangor.

Page 13: Sejarah Folio Ting 3

6.2                  Latar Belakang.

6.2.1     Sejarah Kewujudan

Sejarah kewujudan Aru Enterprise Periuk Tanah bermula pada 1920an oleh datuk En. Arumugam secara kecil-kecilan di Kuala Selangor. Selepas kematian datuknya, pada 1950an bapa En. Arumugam telah mengusahakan perniagaan ini dan sekarang perniagaan ini diusahakan oleh En. Arumugam.

6.2.2 Punca dan jumlah modal

Syarikat Aru Enterprise memulakan perniagaan dengan modal permulaan RM60,000 iaitu modal persendirian hasil simpanan dari pengasasnya tanpa menerima mana-mana pinjaman.

6.2.4 Tujuan/ Kepentingan produk

Kepentingan produk ini adalah bertujuan meningkatkan kreativiti dan kemahiran Orang India dalam menghasilkan produk periuk tanah. Secara tidak langsung, Syarikat ini akan dapat memberi peluang pekerjaan dan memupuk minat masyarakat Malaysia supaya mencintai produk tempatan.

6.2.5 Keistimewaan/ kelebihan/ keunikan

Keistimewaan produk Periuk Tanah keluaran EN. Arumugam adalah Periuk Tanah tradisional. Dari segi corak dan rekaannya menggunakan ukiran sendiri dengan kreativiti pengusaha . Ukiran dibuat terus di atas periuk sehingga memberi identity tersendiri kepada ukiran tersebut. Masakan yang masak menggunakan periuk tanah ialah lazat dan tahan lama.

Page 14: Sejarah Folio Ting 3

6.3                 Kaedah / Cara Penghasilan

6.3.2     Senarai bahan

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu produk Periuk Tanah ialah pasir dan tanah liat. Tanah liat dan pasir ini selalunya dibeli dari Puchong dan Batang Berjuntai. Selain itu, air juga diperlukan untuk membentuk periuk tanah tersebut. Seterusnya , barangan hiasan juga diperlukan untuk menghias periuk tersebut.

6.3.3   Senarai peralatan

Peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan produk Periuk Tanah ialah Mesin guli tanah, membentuk periuk tanah dan tempat bara. Mesin guli tanah diperlukan untuk menguli tanah liat dan pasir sehingga menjadi sebati. Selain itu, mesin membentuk periuk tanah diperlukan untuk membentuk periuk. Seterusnya, kayu pengukur digunakan untuk mendapat ketebalan yang dikehendaki, terutama tapak. Span digunakan untuk mengemas dan melicinkan permukaan periuk tanah.

6.3.4   Proses/ peringkat penghasilan

Proses penghasilan Periuk Tanah dimulakan dengan tanah liat dan pasir dicampur oleh mesin menguli tanah. Langkah seterusnya, campuran tanah liat ini terus diguna bersama dengan air yang secukupnya untuk membentuk periuk tanah. Semasa membentuk periuk tanah mereka mengguna beberapa bahan seperti kayu pengukur digunakan untuk membentuk ketebalan tapak dan span digunakan untuk mengemas dan melicinkan permukaan periuk

Page 15: Sejarah Folio Ting 3

tanah. Selepas membentuk periuk tanah, ia dijemur di bawah sinaran matahari. Setelah periuk tanah tersebut kering secukupnya, ia dimasukkan ke dalam tempat bara yang menghasilkan api dengan menggunakan kayu-kayan untuk dibakar. Akhir sekali, periuk tanah yang telah dibakar sehingga menjadi keras, ia dihias dengan menggunakan barangan hiasan seperti cat yang berwarna-warni.

 6.3.5 Spesifikasi produk (timbangan/sukatan /ukuran)

Bagi menghasilkan periuk tanah, contoh timbangan tanah liat ialah 70kg dan pasir sebanyak 30kg. Selain itu, untuk mendapatkan periuk tanah yang keras pengusaha membakar periuk tanah tersebut dengan suhu 180o C.

6.4                 Perkembangan produk

6.4.1    Rangkaian pemasaran

Syarikat Aru Enterprise Peruk Tanah memasarkan produk mereka secara eksport ke luar negara. Beliau juga mempunyai sebuah gedung sendiri di kawasan rumah mereka. Selain itu, beliau juga menghantar produk beliau kepada pelanggan yang mempunyai kedai borong di seluruh Semenanjung Malaysia.

6.4.2 Pengiktirafan/sambutan daripada pengguna/ penghargaan.

Perkembangan Periuk Tanah di Malaysia turut mendapat sokongan padu daripada Kraf tangan Malaysia yang sentiasa

Page 16: Sejarah Folio Ting 3

mencari penemuan atau teknik baru di dalam bidang ini. Selain itu Kementerian Pelancongan turut sama dengan memartabatkan Periuk Tanah di persada antarabangsa.

6.4.5       Cabaran dan masalah yang dihadapi

Cabaran dan masalah yang dihadapi oleh En. Arumugam ialah pada awal permulaan dia tidak mendapat loan daripada bank dan terpaksa menggunakan wang simpanan. Selain itu, beliau juga tidak mempunyai tanah sendiri untuk berniaga. Beliau juga menghadapi ketiadaan pekerja untuk membuat periuk tanah tersebut. Seterusnya, pada awal juga beliau tidak mempunyai lori yang sendiri untuk memasarkan barangannya dan juga tidak mendapat sambutan daripada Pelanggan.

6.4.7      Perancangan masa depan

Syarikat Aru Enterprise Periuk Tanah bercita-cita untuk meningkatkan kualiti dan mencipta beberapa produk yang dibuat daripada tanah liat. Beliau juga mempunyai cita-cita untuk membuka beberapa cawangan di tempat lain. Selain itu, beliau juga ingin membuat pameran barang- barang yang dicipta oleh beliau. Untuk meningkatkan jumlah pelanggan yang banyak, beliau ingin membuat iklan di media cetak dan media elektronik.

Page 17: Sejarah Folio Ting 3

RUJUKAN

Keratan Akhbar

Star Metro, Selasa, 15 Jan 2008, halaman 2.

Orang Sumber

En. Arumugam a/l Perumal, PT, Jalan Klang, Batu 2, 45000 Kuala Selangor, Selangor.

Melawat Tempat Kajian

Syarikat Aru Enterprise, PT, Jalan Klang, Batu 2, 45000 Kuala Selangor, Selangor.

Internet

Page 18: Sejarah Folio Ting 3

ESEI

Pelancaran kempen terbaru itu, selepas kali pertama

diadakan pada 1998, menandakan komitmen serta kesungguhan

kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan barangan

tempatan. Ia bertepatan dalam suasana ekonomi dunia yang tidak

menentu dan diramal bertambah gawat dalam tempoh yang akan

datang ini. Usaha kerajaan mengadakan kempen ini dengan

beberapa matlamat seperti faktor kepentingan perusahaan

tempatan , melindungi pengguna dan mengerakkan ekonomi

negara ini melalui kuasa beli rakyat. Dengan membeli barangan

tempatan, ia bukan saja menyekat aliran wang ke luar negara,

tetapi lebih penting menggalakkan pembangunan industri atau

perusahaan tempatan. tindakan ini merupakan suatu bentuk

tindakan yang wajar dan selari dengan aspirasi Negara Rakyat

negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Sebagai

negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak

menghasilkan dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk

sendiri. Pendek kata negara ini sudah mampu berdikari dalam

usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnya. kita

tidak lagi perlu mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan

keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari

segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita

dijamin lebih baik lagi. Dalam nada yang sama semangat cinta

Page 19: Sejarah Folio Ting 3

akan negara mampu menjadi benteng utuh dalam menggerakkan

minda rakyat di negara ini bagi kepentingan bersama . Lantas ia

mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu

padu

Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-

galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri

automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak

yang menembusi pasaran luar negara. Barangan elektronik seperti

televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin

banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.Ini tidak

termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis

produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk

luar negara. Kita seharusnya berasa bangga sejarah Negara yang

pernah menghasilkan produk tempatan di persada

antarabangsa dan bersyukur menjadi rakyat negara ini.

Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan

sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.

Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus

mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat

mengembangkan produk tempatan negara ini. Tuntasnya, rakyat

negara ini wajar berada pada pihak peka kepada masalah dan isu

yang berkaitan dengan negara

Page 20: Sejarah Folio Ting 3