27
Pengajaran Sekolah Rendah EED3103 1.0 Definisi Pengajaran Pengajaran boleh ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar demi memperolehi ilmu dan kemahiran. 1.1Pendekatan Pengajaran. Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan pengajaran seseorang guru dengan seseorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan(1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang ambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalan konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakma cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan kepada cara bagaimana mata pelajaran diajar untuk mencapai objektif. SEMESTER KHAS Page 1

Kajian induktif

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kajian induktif

Pengajaran Sekolah Rendah EED3103

1.0 Definisi Pengajaran

Pengajaran boleh ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama

oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk

melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak

dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar demi memperolehi ilmu dan

kemahiran.

1.1Pendekatan Pengajaran.

Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan pengajaran

seseorang guru dengan seseorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan(1998), pendekatan

merupakan cara atau langkah-langkah yang ambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu

tugas. Di dalan konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakma cara mendekati sesuatu,

misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata

lain, pendekatan kepada cara bagaimana mata pelajaran diajar untuk mencapai objektif.

Kamarudin Husin (1996), menjelaskan pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang

saling berkaitan, yang mencerminkan satu pandangan atau falsafah yang berkaitan dengan proses

pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ditentukan oleh cara sesuatu kandungan mata

pelajaran diolah oleh guru dan ditentukan oleh criteria sejauh mana murid-murid terlibat dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikur Kamarudin Husin (2004) mengatakan

pendekatan dalam suatu pengajaran dan pembelajaran adalah satu kumpulan andaian yang saling

SEMESTER KHAS Page 1

Page 2: Kajian induktif

Pengajaran Sekolah Rendah EED3103

berkait tentang sesuatu bentuk pengajaran dan pembelajaran. Setiap pendekatan mencerminkan

satu pandangan, atau falsafah atau teori.

Menurut Edward M.Anthony(1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling

berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.

Gestalt (2004) pula mengatakan bahawa, dalam pendekatan, kita mempelajari sesuatu

perkara atau sesuatu situasi secara keseluruhan dan kemudian mempelajari elemen-elemen

perincian situasi itu. Jika kita menerima sebagai satu teori pembelajaran, maka dijadikan sebagai

atau pendekatan dan pengajaran.

Mangantar Simanjuntak (1982) berpendapat, pendekatan ialah satu rencana (prosedur)

yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah

berdasarkan kepada pendekatan yang digunakan. Secara umumnya pendekatan terbahagi kepada

empat, iaitu Pendekatan Deduktif, Induktif, Elektif dan Komunikatif.

1.3 Konsep Induktif

Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat,

kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Dalam penggunaan kaedah induktif ini,

guru akan memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi

mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan, murid-

murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung

SEMESTER KHAS Page 2

Page 3: Kajian induktif

Pengajaran Sekolah Rendah EED3103

dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang

berkenaan.

Di dalam sesuatu situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif, guru boleh

mengemukakan beberapa contoh yang khusus, diikuti dengan aktiviti soal jawab untuk

membimbing murid-muridnya memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting

yang terkandung dalam setiap contoh itu. Semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran, guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan

kesimpulan itu. Guru hanya membimbing murid, melalui aktiviti soal jawab, mentafsir dan

membuat kesimpulan daripada contoh-contoh khusus yang dikemukakan.

Menurut Jonh M.Kierzek dan Walker Gibson (1960) pendekatan ini dimulakan dengan

sesuatu sebab atau contoh, kemudian bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Manakala

Kamaruddin Husin (19880, pula berpendapat induktif merupakan satu pendekatan pengajaran

yang bermula dengan contoh-contoh kemudian guru membuat mengaitkan terhadap unsure-unsur

yang terdapat dalam contoh-contoh tersebut.

1.4 Jenis Pendekatan Induktif

Pendekatan Induktif mempunyai banyak kaedah mengajar yang digunakan untuk mengajar

berbagai-bagai mata pelajaran. Demikian juga pendekatan induktif ini ada berbagai-bagai jenis.

Di antaranya ialah:

SEMESTER KHAS Page 3

Page 4: Kajian induktif

Pengajaran Sekolah Rendah EED3103

1. Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari ciri

segitiga yang sama daripada pelbagai jenis segitiga.

2. Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti

daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.

3. Membentuk satu hukum daripada penyataan-penyataan tertentu. Misalnya mendapat

hukum tatabahasa daripada membuat analisis tertentu ayat-ayat bahasa.

4. Membentuk satu teorem melalui aktiviti-aktiviti induktif. Misalnya mengukur dan

mencari hasil tambah sudut dalam pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem hasil

tambah sudut segitiga.

5. Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya memerhati tingkah laku

menusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.

SEMESTER KHAS Page 4

Page 5: Kajian induktif

Pengajaran Sekolah Rendah EED3103

1.5 PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF

SEMESTER KHAS Page 5

Guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai,

(yang boleh membantu murid membuat

rumusan)

Sediakan contoh-contoh yang sesuai

Soalan-soalan disediakan untuk

membimbing membuat kesimpulan

Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk

mencari kesimpulan

Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi

mengandungi ciri yang sama

Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi.

Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama

Guru tidak harus memberi contoh

sekaligus

Sediakan alat bantu

mangajar

Penggunaan deria-deria murid dalam

aktiviti – lihat, dengar, hidu & sentuh.

Pengajaran mengikut urutan yang tepat – contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan

umum.

Page 6: Kajian induktif

Pengajaran Sekolah Rendah EED3103

2.0 PENGERTIAN KREATIVITI

       Definisi kreativiti Menurut Kamus Dewan Edisi ke -4 , kreativiti bermaksud

kemampuan mencipta. Pengertian tentang kreativiti yang dikemukakan oleh pakar June King Mc

Fee Kreativiti bermaksud mencipta perlambangan dan idea yang baru, bagi mengemaskinikan

perlambangan yang sedia ada. Menyusun dan mengolah semua organisasi yang sedia ada dan

mantap, kepada suatu organisasi yang baru. Berdaya menyatukan idea baru atau idea yang

diambil dari sesuatu, kepada sistem oganisasi atau situasi yang lepas iaitu memberi makna baru.

      E. Paul Torrance Pelajar yang kreatif belajar melalui penyoalan, pemerhatian,

penemuan, percubaan, penerokaan, memanupulasi sesuatu semasa bermain tetapi sentiasa

mencuba mencari kebenaran .kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan.

       Donald W. Mac Kinnon.(1962) Individu kreatif boleh menyatakan tentang dirinya

serta mempunyai aras intelektual yang tinggi, pengalaman dan kepakaran estetika. Mereka

berdiri dalam aspek berfikir dan bertindak. Ada pertalian positif antara kreativiti dengan

kebebasan, kelenturan intelektul, kepekaan, keindahan dan keaslian.

      Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait dengan aspek

penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang membawa kita kepada

satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa. Ia dapat dibentuk, dilatih menerusi rangsangan

tertentu.

SEMESTER KHAS Page 6

Page 7: Kajian induktif

Pengajaran Sekolah Rendah EED3103

  Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan  dipupuk di

kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan merupakan naluri

semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanak-kanak

mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam

bentuk dan tahap berbeza  seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan.

2.1  CIRI-CIRI KREATIVITI.

Penghasilan kreativiti memaparkan 4 ciri yang utama iaitu:

2.1.1 Mempunyai Tujuan. 

Imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi biasanya berlaku secara

kebetulan. Kebiasaannya ia berlaku apabila seseorang sedang dalam proses cuba mencapai

sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya tidak berkaitan dengan kandungan

imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, disebabkan pemikiran kreatif

berpotensi membawa idea baru, objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama

sekali. Ini menunjukkan bahawa kreativiti adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan tujuan.

Contohnya, bot yang dinaiki oleh Samad tenggelam dan Samad cuba sedaya upaya memikirkan

kaedah lain untuk menyelamatkan diri.

2.1.2 Berskala dan bernilai. 

Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada tujuan atau

objektif asal. Kemudian, terpulanglah kepada individu yang terlibat untuk menilai secara kritikal

idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu idea menyumbang kepada pencapaian

objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai berguna dikekalkan dan idea yang kurang berguna

SEMESTER KHAS Page 7

Page 8: Kajian induktif

Pengajaran Sekolah Rendah EED3103

digugurkan. Kriteria penilaian sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang

aktiviti berkenaan. Contohnya, penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan,

kegunaan praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok.

2.1.3 Pengurusan  Imaginasi.  

Aktiviti yang bersifat imaginatif adalah proses atau menjanakan sesuatu yang asli. Ia juga

memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti ini melibatkan proses perbuatan

dan berfikir. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai permainan mental yang diarahkan terhadap

sesuatu objektif yang kreatif di mana ia memfokuskan terhadap memperbaiki sesuatu situasi

menggunakan pelbagai perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada

digabungkan dan diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan ke dalam

bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif

adalah kebolehan membuat hubunganyang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea dan

objek yang sebelum ini belum pernah dilihat.

2.1.4 Bersifat Asli.  

Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini bermaksud ia

merupakan suatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh individu atau pun

berkumpulan. Keaslian boleh dikategorikan kepada tiga iaitu:

a. Hasil kerja seorang individu mungkin asli apabila dibandingkan dengan hasil kerjanya sendiri

yang terdahulu.

b. Ianya boleh dikatakan asli apabila dibandingkan dengan hasil-hasil kerja rakan-rakannya.

SEMESTER KHAS Page 8

Page 9: Kajian induktif

Pengajaran Sekolah Rendah EED3103

c. Paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan sebelum ini oleh mana-mana pihak

dalam mana-mana bidang.

3.0 Kajian Kes

3.1 Penyataan Masalah

Pengajaran bahasa seharusnya tidak lari dari matlamat asalnya iaitu menguasai bahasa itu

sendiri. Menguasai bahasa bermakna kebolehan untuk berkomunikasi dengan bahasa itu secara

spontan dan lisan. Komunikasi secara lisan yang terbaik ialah yang boleh difahami oleh

pendengar dan tanpa keupayaan lisan ini, komunikasi belum sempurna (Aziz Talib,1993). Oleh

kerana itu, aspek pertuturan menjadi asas kepada hampir semua pembelajaran bahasa (Mohd

Hilmi, 1982).

Banyak kajian telah dijalankan untuk mengkaji pendekatan yang digunakan oleh guru

dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, setiap pendekatan yang digunakan

terdapat kekuatan dan kelemahan tersendiri apabila kita menjalankan atau menggunakannya.

Lebuh-lebih lagi melibatkan murid yang mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Oleh itu satu

kajian telah dilakukan sendiri oleh pengkaji untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan apabila

menggunakan pendekatan tersebut.

3.2 Tujuan Kajian

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan apabila menggunakan

pendekatan yang dipilih dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

SEMESTER KHAS Page 9

Page 10: Kajian induktif

Pengajaran Sekolah Rendah EED3103

3.3 Kajian

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4

BAHASA MALAYSIA

HARI : ISNIN

MASA : 10.00-11.00

TAHUN : 4 EFISIEN

TEMA : KESELAMATAN

TAJUK PELAJARAN: TEKNIK MENYELAMATKAN DIRI SEMASA KEBAKARAN

BILANGAN MURID : 42 ORANG

FOKUS UTAMA

3.1 ARAS 2(i) : Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan istilah, frasa, ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.

: Meyampaikan isi penting sesuatu topic secara tersusun dengan bahasa yang mudah.

FOKUS SAMPINGAN

8.1 Aras 1(i) Membina dan menulis kata kerja.

Menulis perkataan dan pelbagai ayat berdasarkan topic yang diberikan.

1.1 Aras 1 Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau yang dibaca.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

1) Murid dapat membaca dengan lancer.

SEMESTER KHAS Page 10

Page 11: Kajian induktif

Pengajaran Sekolah Rendah EED3103

2) Murid pernah membaca dan mendengar tentang kebakaran dalam suratkhabar.

OBJEKTIF EKSPLISIT

Pada akhir pelajaran murid dapat :

1) Membuat hipotesis dengan betul tiga daripada tip-tip keselamatan yang ditunjukkan.2) Dapat membina sebahagian karangan yang lengkap berdasarkan rangka karangan yang

diberikan.

SISTEM BAHASA

1) Tatabahasa : Sistem ejaan2) Kosa Kata : Kebakaran /keselamatan , tindakan

PENGISIAN KURIKULUM

1) Ilmu : Pendidikan Moral, Kemahiran Hidup dan Sains2) Nilai Murni : Berhati-hati ,berhemah, bekerjasama, semangat

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

1) Teori kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, verbalinguistik, kinestatik dan naturalis.

2)Kemahiran Berfikir : Menyusun ataur, mengnalpasti, idea utama dan idea sokongan.

3) Belajar Cara Belajar : Penilaian secara berkumpulan.

4) Pembelajarn kontekstual : mengaitkan isu keselamatan dengan pengalaman sedia ada murid.

5)Kajian Masa Depan : Membuat Ramalan.

BAHAN SUMBER

1) Video klip

SEMESTER KHAS Page 11

Page 12: Kajian induktif

Pengajaran Sekolah Rendah EED3103

2) LCD projector & Laptop

LANGKAH/MASA

ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Set Induksi Slide gambar kebakaran.

Contoh soalan:1) Apakah yang anda

lihat dalam klip video?

2) Apakah pendapat kamu punca kebakaran berlaku?

-kecuaian-Litar pintas-api lilin

-Guru bersoal jawab dengan murid tentang kebakaran.

-Guru menayangkanklip video tentang gambar kebakaran.

-Murid berdialog dengan guru tentang paparan klip

video yang ditunjukkan.

-guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran.

TKP-verbal linguistic

-interpersonal

StrategiBerpusatkan murid

BSMKlip video

LCD & laptopPenilaian HP3.1 Aras 2(i)

Tayangan videoTeknik menyelamatkan diri semasa kebakaran

-guru menunjukkan tayangan video teknik menyelamatkan diri daripada kebakaran.

Kemahiran BerfikirMenjana idea

TKPIntrapersonal

SEMESTER KHAS Page 12

Page 13: Kajian induktif

Pengajaran Sekolah Rendah EED3103

-guru mengarahkan murid untuk mencatatkan tip-tip menyelamatkan diri semasa kebakaran secara individu.

ILMUPendidikan Moral

NILAIBerhemahBerhati-hatiBekerjasama

Penilaian HPFU:5.1 Aras (i)

Lakonan Main Peranan

Guru bahagikan murid kepada 5 kumpulan

Kumpulan 1:Tip 1 dan 2Kumpulan 2:Tip 2 dan 3Kumpulan 3:Tip3 dan 4

StrategiPerbincanganKumpulan

TKPInterpersonal

SEMESTER KHAS Page 13

Page 14: Kajian induktif

Pengajaran Sekolah Rendah EED3103

Kumpulan 4: Tip 4 dan 5Kumpulan 5: Tip 5 dan 6

-Guru mengarahkan setiap kumpulan untuk melakonkan aksi mengikut tip-tip menyelamatkan diri yang telah ditentukan dalam kumpulan.

*situasi*tindakan selanjutnya

-Murid-murid berbincang dalam kumpulan untuk

membahagikan peranan masing-masing berdasarkan catatan yang telah dibuat. Dalam kumpulan masing-masing murid melakonkan watak-watak-Pencerita-Penunjukcara

-Setiap kumpulan perlu membuat persembahan di depan kelas.

Kinestatik

NIlai MurniMembantuTeliti

Penilaian HPFS1.1 Aras 1(i)

Pengayaan

Membuat karangan berformatkan fakta(Teknik menyelamatkan diri semasa kebakaran)

Pemulihan

Murid yang lemah membina ayat mudah berdasarkan kata kerja.

-guru menunjukkan jenis karangan fakta

-murid berbincang tentang penghuraian/pengembangan isi pelajaran.

Pemulihan-Guru membimbing murid pemuluhan membuat ayat kata keraja berdasarkan gambar.

-Murid pemulihan menyalin

TKP-verbal linguistikIntrapersonal

Sistem bahasaTatabahasa

Kemahiran BerfikirMenjana idea

BSMKad gambarKad Kata Kerja

SEMESTER KHAS Page 14

Page 15: Kajian induktif

Pengajaran Sekolah Rendah EED3103

format dan rangka karangan yang telah dibincangkan.

Penilaian HPFS:8.1 Aras (i)

Penutup

Kita mestilah sentiasa berhati-hati semasa menggunakan bahan api.

Kita wajib memilih

-Murid membuat rumusan

-Guru menekankan betapa pentingnya menjaga keselamatan semasa

kebakaran.

Kecerdasan pelbagai-intrapersonalVerbal linguistic

Nilai Murni

Mendengar nasihatMenjaga keselamatan diriMematuhi peraturan

3.4. Hasil Kajian

3.4.1 Kekuatan dalam pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Induktif.

Semasa menjalan makro teaching saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan apabila

menggunakan pendekatan induktif . Pertama pendekatan ini dapat mengasah kemahiran berfikir

dalam kalangan murid-murid contohnya dalan set induksi yang dijalankan dengan penayangan

klip video kebakaran . Murid begitu berminat dengan aktiviti ini. Hal ini disebabkan mereka

menggunakan keupayaan mental untuk mengenal pasti rumus-rumus yang menjadi dasar kepada

dasar pembentukan sesuatu ayat. Di samping itu, dalam pengajaran menjadi bertambah menarik

lagi apabila daya kefahaman dan ingatan murid terhadap isi pelajaran dapat ditingkatkan kerana

mereka sendiri yang terlibat dalam pengesanan rumus seperti dalam aktiviti main peranan.

Selain itu, pendekatan ini juga dapat melibatkan penglibatan yang aktif dalam kalangan

murid. Melalui pendekatan ini, strategi perbincangan dapat digalakkan kerana tugas menentukan

SEMESTER KHAS Page 15

Page 16: Kajian induktif

Pengajaran Sekolah Rendah EED3103

rumus dibuat oleh murid sendiri dengan suasana pembelajaran menjadi lebih seronok seperti

dalam aktiviti main peranan yang memerlukan murid berlakon dan berdialog dengan

menggunakan ayat sendiri. Sebelum berlakon mereka dihendaki berbingcang dalam kumpulan

untuk menentukan siapa yang terlibat dalam aktiviti main peranan tersebut.

Kelebihan pendekatan ini juga, ialah kemahiran lisan dapat disuburkan kerana

pendekatan ini memerlukan perbincangan yang banyak di dalam bilik darjah dan murid-murid

tidak begitu dibebani dengan rumus-rumus pada peringkat awal pembelajaran sebaliknya mereka

didedahkan dengan pelbagai contoh penggunaan terlebih dahulu. Justeru perkara ini boleh

mengurangkan kebosanan mereka.

3.5 Kelemahan dalam pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Induktif.

Setiap sesuatu itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri begitu juga

dengan pendekatan induktif yang telah dijalankan. Antara kelemahan pendekatan ini adalah

pengajaran yang dilakukan mengambil masa yang panjang kerana guru perlu membimbing murid

mengesan rumus. Sekiranya sesebuah kelas itu terdiri daripada murid yang ramai jumlahnya,

penjurusan fikiran ke satu arah sukar dibuat kerana setiap murid mempunyai fikiran dan

pendapat dan pemahaman yang berbeza. Bagi murid-murid yang lemah pula, pendekatan ini

akan menimbulkan masalah kerana sukar bagi mereka untuk memikirkan rumus-rumus

tatabahasa daripada contoh-contoh ayat yang diberikan. Selain itu, pendekatan ini memerlukan

pengetahuan-pengetahun asas tentang tatabahasa dalam kalangan murid tanpa pengetahuan asas

rumus-rumus tatabahasa sukar dikesan. Sekiranya banyak kekecualian daripada rumus-rumus

tatabahasa dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya, pendekatan ini akan

SEMESTER KHAS Page 16

Page 17: Kajian induktif

Pengajaran Sekolah Rendah EED3103

menimbulkan masalah kerana rumus-rumus yang dibuat hanya berdasarkan contoh-contoh yang

diberi. Kelemahan lain pendekatan ini ialah, tidak dapat memperlihatkan penggunaan tatabahasa

yang diajarkan dalam konteks yang sebenarnya. Oleh yang demikian, kecekapan berkomunikasi

dalam situasi yang sebenar tidak dapat dikembangkan. Tegasnya pengajaran dan pembelajaran

lebih memnberatkan aspek ilmu bahasa.

3.6 Ciri-ciri kreatif yang telah dijalankan semasa pengajaran tersebut.

Semasa menjalankan pengajaran dengan menggunakan pendekatan induktif terdapar beberapa ciri-

ciri kreatif yang telah digunakan untuk menarik minat murid. Antaranya ialah dengan menggunakan klip

video kebakaran yang mana murid dapat melihat sendiri bagaimana kebakaran boleh berlalu jika berlakunya

kelalaian sendiri. Di samping itu, murid juga dapat menilai dan membuat rumusan sendiri bagaimana

kebakaran boleh berlaku dengan melihat video klip yang telah dipaparkan.

Di samping itu, ciri kreatif seterusnya ialah dengan menunjukkan klip video cara untuk

menyelamatkan diri jika berlakunya kabakaran sama ada di sekolah, rumah dan sebagainya. Murid dapat

membuat rumusan dan mencari jawapan kepada persoalan yang telah di berikan oleh guru.

Main peranan juga, merupakan ciri-ciri kreatif yang ditunjukkan di mana murid dapat menjalankan

aktiviti dengan begitu aktif sekali apabila dapat melakonkan watak- watak yang telah diberikan. Melalui

aktiviti ini juga, murid dapat berbincang dalam kumpulan masing-masing dan dapat memberikan idea mereka

untuk menjalankan aktiviti tersebut.

SEMESTER KHAS Page 17

Page 18: Kajian induktif

Pengajaran Sekolah Rendah EED3103

3.7 Penerimaan murid terhadap pengajaran melalui pendekatan induktif.

Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya untuk menyampaian isi kandungan

pelajaran dengan baik. Mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang

dengan kemas dan teratur. Pemilihan pendekatan yang sesuai sangat diperlukan supaya murid dapat menerima

isi pelajaran dengan lancar dan baik. Permulaan set induksi dengan membuat tayangan slaid video kebakaran

kepada murid dapat menarik perhatian murid untuk meneruskan pembelajaran . Murid begitu aktif dan dapat

menjawab persoalan yang diajukan oleh guru dengan baik sekali. Penggunaan ICT dapat menarik minat

murid dan membantu mereka memahami dengan jelas terhadap pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru.

Selain itu, dalam aktiviti main peranan murid dapat menjalankan tugas mereka dengan baik dan mereka begitu

teruja untuk melakonkan watak yang diberikan kepada mereka. Walau bagaimanapun bagi murid-murid

pemulihan mereka tidak dapat menguasainya dengan baik kerana guru tidak dapat membimbing mereka

dengan sepenuhnya kerana dengan menggunakan pendekatan ini masa begitu terbatas untuk menjalankan

aktiviti –aktiviti yang lebih mudah untuk mereka. Tindakan susulan murid di mana mereka dapat mengarang

karangan dengan baik menunjukkan mereka faham terhadap pengajaran guru.

4. Refleksi Kendiri

Semasa menjalankan makro teaching saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan dan kelemahan

pengajaran saya. Antara kekuatan yang saya dapati ialah dengan menggunakan pendekatan induktif murid

dapat menerima isi pelajaran mengikut peringkat daripada yang senang kepada yang lebih susah. Semasa set

induksi di mana dengan tayangan slaid video di dapati murid begitu teruja untuk meneruskan aktiviti

seterusnya. Saya dapati dengan menggunakan ICT murid lebih berasa seronok dan berminat untuk belajar.

SEMESTER KHAS Page 18

Page 19: Kajian induktif

Pengajaran Sekolah Rendah EED3103

Pendekatan induktif yang digunakan dapat memudahkan murid untuk faham dengan lebih cepat isi pelajaran

yang disampaikan oleh guru di mana guru memberi contoh-contoh yang sesuai Selain itu, guru juga

membimbing murid untuk lebih faham dengan bersoaljawab dengan murid di samping kepelbagaian aktiviti

begitu menarik minat murid. Didapati semasa aktiviti main peranan murid dapat melakukannya dengan baik

sekali dan memudahkan murid untuk memahami apa yang hendak disampaikan oleh guru.

SEMESTER KHAS Page 19