6
 Kfeis-kfeis Xfcikioio 9 .  Ci k i oio b mefd jabi dil a k i o k fpi j i t ug ud k feis 7 i )  Kirbmdajrit b ) Xrmtfao ` )  Efcik j)  ^aticao f) Caofrie n)  Pfrit l) Iar Kirbmdajrit 9.  K i r b mda j r i t ij i e i d out r a fo yi ol cf oli ojuola 7 i) kirbmo (`irbmo) b) da j rm lf o (d yjr ml fo) `) m k salfo (m x ylf o). 2.  Oasbid (ritam) dajrmlfo kfpiji mksalfo ijieid 279. 0.  Kirbmdajrit tfrbfotuk jirapiji cmefkue-cmefkue raolkis yiol jakfoiea sfbilia luei raolkis (sacpef sulir). :.  K i r bmdaj r i t bmefd jabidi lak i o k fp iji ta li g foas, b fr j isi r k i o bae ioli o lue i r a olk is yiol t fr j ipi t ja j i e ic cmefkue7  Cmomsikiraji (cmomsi``dirajf) -  tfr j a r a ji r a p i j i e fb a d j ir a p i j i sit u uoa t luei r a olkis. -  @ mot md7 L e uk msi , nr uk t msi, li e i k tms i.  Jasikiraji (jasi``dirajf) -  tfr ja r a ji r a p iji jui uoa t luei r a olkis. -  @ motmd7 E i k tms i, ci e tmsi, s uk rmsi.  Xmeasikiraji (pmeysi``dirajf) -  tfr j a r a j i r a p i j i b i oyik uoa t- uoa t luei r a olk is.

Nota Sains Ting 2 Bab 2 (Nutrisi)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nota Sains Tingkatan 2 (BM) - Nutrisi

Citation preview

  • Kelas-kelas Pemakanan

    1. Makanan boleh dibahagikan kepada tujuh kelas: a) Karbohidrat b) Protein c) Lemak d) Vitamin

    e) Mineral f) Serat g) Air

    Karbohidrat

    1. Karbohidrat adalah nutrien yang mengandungi: a) karbon (carbon) b) hidrogen (hydrogen)

    c) oksigen (oxygen).

    2. Nisbah (ratio) hidrogen kepada oksigen adalah 2:1. 3. Karbohidrat terbentuk daripada molekul-molekul ringkas

    yang dikenali sebagai gula ringkas (simple sugar).

    4. Karbohidrat boleh dibahagikan kepada tiga jenis, berdasarkan bilangan gula ringkas yang terdapat didalam molekul:

    Monosakarida (monosaccharide) - terdiri daripada lebih daripada satu unit gula ringkas. - Contoh: Glukosa, fruktosa, galaktosa.

    Disakarida (disaccharide)

    - terdiri daripada dua unit gula ringkas. - Contoh: Laktosa, maltosa, sukrosa.

    Polisakarida (polysaccharide)

    - terdiri daripada banyak unit-unit gula ringkas.

  • - Contoh: Kanji, glikogen, selulosa. Sumber Karbohidrat

    Makanan yang berkanji (starchy food) seperti roti, nasi, dan kentang.

    Makanan yang manis/bergula (sugary food) seperti madu, buah-buahan, tebu dan susu.

    Sumber Kandungan karbohidrat (%)

    Nasi 76 Roti 74

    Pisang 53 Daging 10

    Ikan 2 Fungsi Karbohidrat

    Untuk membekalkan tenaga supaya sel-sel badan dapat berfungsi dengan lebih cekap. Satu gram (1g) karbohidrat boleh menghasilkan 17 kJ tenaga apabila dioksidakan sepenuhnya.

    Sebagai simpanan makanan pada haiwan dan sel-sel tumbuhan, sebagai contoh:

    I. Glukosa yang berlebihan akan ditukar kepada glikogen untuk disimpan dalam sel-sel haiwan.

    II. Sel-sel tumbuhan menyimpan lebihan glukosa dalam bentuk kanji.

    III. Kanji dan glikogen boleh ditukarkan semula kepada gula ringkas apabila diperlukan.

    Ujian makanan untuk karbohidrat. Kanji dan Glikogen 1. Boleh diuji dengan larutan iodin. 2. Apabila iodin yang berwarna perang kekuningan (yellowish

    brown) dititiskan ke dalam larutan berkanji, warna larutan akan berubah kepada biru gelap (dark blue) atau biru kehitaman (blackish blue).

  • Kehadiran Glukosa, Galaktosa, Laktosa, dan Maltosa 1. Boleh diuji dengan menggunakan larutan Benedict atau

    larutan Fehling. 2. Apabila larutan Benedict dititiskan kedalam larutan glukosa

    dan kemudiannya dipanaskan perlahan-lahan selama dua minit, larutan tersebut beransur-ansur akan berubah warna daripada biru muda (light blue), hijau, kuning jingga dan akhirnya kepada mendakan merah bata (brick-red precipitate).

    Protein

    1. Protein adalah nutrien yang mengandungi:

    a) karbon (carbon) b) hidrogen (hydrogen)

    c) oksigen (oxygen) d) nitrogen.

    e) Ada juga protein mengandungi sulfur (sulphur) dan fosforus (phosphorus).

    2. Sifat-sifat protein:

    a) Unit asas bagi protein adalah asid amino. b) Terdapat 20 jenis asid amino yang diperlukan oleh

    tubuh manusia seperti: serine methionine

    glycine alanine.

    c) Kebanyakan protein terbentuk daripada 100-300 unit

    rantaian asid amino. Ini menjadikan molekul protein besar dan kompleks.

    d) Protein tidak dapat menembusi membran plasma di dalam sel dan juga tidak larut (insoluble) dalam air.

    e) Sesetengah asid amino tidak boleh dibentuk oleh sel-sel badan. Jadi, asid amino ini hendaklah diperolehi daripada makanan.

    3. Terdapat dua kelas protein: I. protein kelas pertama (protein daripada haiwan)

    - mengandungi semua jenis asid amino

  • II. protein kelas kedua (protein daripada tumbuhan) - yang mana terdapat kekurangan beberapa jenis

    asid amino. Sumber Protein

    Protein haiwan seperti daging, ikan, telur, susu dan produk tenusu (keju dan mentega).

    Protein tumbuhan seperti kekacang (soya, kacang tanah, kacang pea) dan bijirin (oat, gandum, jagung).

    Sumber Kandungan Protein (%)

    Ikan (Fish) 26.0 Daging (Meat) 23.0

    Telur (Egg) 14.0 Milk (Susu) 6.0

    Sayur-sayuran (Vegetables)

    3.2

    Fungsi Protein

    a) Untuk pertumbuhan badan kerana protein adalah salah satu komponen utama dalam protoplasma sel.

    b) Untuk pembentukan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel lama atau sel-sel yang telah rosak.

    c) Untuk mensintesiskan sebatian protein yang lain seperti enzim, hormon dan antibodi.

    d) Untuk memberikan tenaga. - Protein boleh ditukarkan kepada glikogen apabila

    tubuh badan kekurangan karbohidrat dan lemak. - Glikogen adalah tenaga yang tersimpan yang mana

    ianya boleh menghasilkan tenaga apabila dioksidasikan (oxidised) melalui respirasi sel.

    Ujian Makanan Untuk Protein

    a) Ujian untuk mengesan kehadiran protein dalam sampel makanan dikenali sebagai Ujian Millon (Millon's test).

    b) Mendakan merah bata (brick-red precipitate) akan terbentuk apabila makanan yang mengandungi protein

  • (seperti albumin telur) dipanaskan bersama-sama dengan reagen Millon.

    Lemak

    1. Lemak adalah sebatian (compounds) yang mengandungi:

    a) karbon (carbon) b) hidrogen (hydrogen)

    c) oksigen (oxygen)

    2. Tetapi nisbah hidrogen dengan oksigen adalah lebih tinggi

    daripada 2:1. 3. Sebagai contoh, nisbah hidrogen kepada oksigen dalam

    tricerine (sejenis lemak haiwan) adalah 18:1.

    4. Sifat-sifat lemak a) Unit asas bagi lemak adalah asid lemak (fatty acid) dan

    gliserol (glycerol). b) Satu molekul lemak adalah terbentuk daripada satu

    molekul gliserol dan tiga molekul asid lemak. c) Lemak wujud dalam bentuk:

    pepejal Pada suhu bilik, lemak wujud dalam bentuk cecair

    dan dikenali sebagai minyak.

    d) Lemak tidak larut (insoluble) dalam air e) Tetapi boleh larut dalam alcohol. f) Lemak juga boleh melarutkan vitamin A, D, E dan K.

    Sumber-sumber Lemak

    Lemak haiwan seperti mentega, keju, kuning telur (egg yolk), minyak sapi dan minyak ikan kod (cod fish oil). Lemak haiwan mengandungi paras kolestrol (cholestrol) yang tinggi.

    Lemak tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran (margerine), minyak kelapa, minyak zaitun, minyak sawit, minyak jagung, minyak bijirin dan minyak kacang soya.

  • Sumber Kandungan lemak/minyak (%) Ayam 7 Telur 11

    Daging 28 Keju 35

    Mentega 82 Fungsi-fungsi Lemak

    a) Sebagai sumber yang kaya dengan tenaga. Pengoksidaan satu gram (1g) lemak boleh menghasilkan 38kJ tenaga, iaitu dua kali ganda jumlah tenaga yang dihasilkan oleh satu gram (1g) karbohidrat.

    b) Sebagai penebat haba kepada badan. - Lemak berlebihan yang disimpan sebagai

    tisu adipos (adipose tissues) dibawah kulit, boleh mengekalkan suhu badan.

    c) Sebagai pelarut vitamin A, D, E, dan K untuk membolehkan/memudahkan pengangkutan ke bahagian-bahagian tertentu badan.

    d) Menyekat kehilangan air dari permukaan kulit melalui rembesan minyak oleh kelenjar sebum pada kulit.

    Ujian Mengesan Kehadiran Lemak

    a) Ujian bagi mengesan kehadiran lemak dalam sampel makanan dikenali sebagai ujian emulsi alkohol.

    b) Beberapa titik etanol ditambahkan kepada sejumlah kecil lemak dan campuran tersebut digoncang dengan bersungguh-sungguh untuk melarutkan lemak.

    c) Kemudian ditambahkan air sejuk dengan jumlah amaun yang sama. Emulsi putih keruh (cloudy white emulsion) menunjukkan kehadiran lemak atau minyak.

    Kelas-kelas PemakananKarbohidratProteinProtein adalah nutrien yang mengandungi:karbon (carbon)hidrogen (hydrogen)oksigen (oxygen)nitrogen.Ada juga protein mengandungi sulfur (sulphur) dan fosforus (phosphorus).Sifat-sifat protein:Unit asas bagi protein adalah asid amino.Terdapat 20 jenis asid amino yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti:serinemethionineglycinealanine.LemakLemak adalah sebatian (compounds) yang mengandungi:karbon (carbon)hidrogen (hydrogen)oksigen (oxygen)Tetapi nisbah hidrogen dengan oksigen adalah lebih tinggi daripada 2:1.Sebagai contoh, nisbah hidrogen kepada oksigen dalam tricerine (sejenis lemak haiwan) adalah 18:1.Sifat-sifat lemakUnit asas bagi lemak adalah asid lemak (fatty acid) dan gliserol (glycerol).Satu molekul lemak adalah terbentuk daripada satu molekul gliserol dan tiga molekul asid lemak.Lemak wujud dalam bentuk:pepejalPada suhu bilik, lemak wujud dalam bentuk cecair dan dikenali sebagai minyak.Lemak tidak larut (insoluble) dalam airTetapi boleh larut dalam alcohol.Lemak juga boleh melarutkan vitamin A, D, E dan K.