22
Fauzi PENGUMUMAN Semua tetamu diminta mengambil tempat masing- masing dan diminta berdiri sejurus pengerusi mengumumkan ketibaan VVIP Mengumumkan ketibaan Puan Hajah Zabidah Haji Ismail Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia Iringan muzik selawat berkumandang ..... FAUZI Technician Resort Memperkenalkan hos majlis malam anugerah kecemerlangan pada malam ini .... dipersilakan Lampu dimalapkan LINDA PR Technician P : Malam ku bermimpi Hai dengan satu bintang Berkata kata ku di jendela Ku lihat kanda tersenyum memandang Asmara bergelora meresap ke dada ..... L : Malam ku terlihat hai sekuntum lah bunga Baunya harum menarik hati Tak sanggup rasa menahan asmara Meresap ke dada menusuk di jiwa . 1

Skrip pengacara2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Skrip pengacara2

Fauzi PENGUMUMAN

Semua tetamu diminta mengambil tempat masing-masing

dan diminta berdiri sejurus pengerusi mengumumkan

ketibaan VVIP

Mengumumkan ketibaan

Puan Hajah Zabidah Haji Ismail

Pengarah Urusan

Amanah Ikhtiar Malaysia

Iringan muzik selawat berkumandang .....

FAUZI

Technician

Resort

Memperkenalkan hos majlis malam anugerah

kecemerlangan pada malam ini .... dipersilakan

Lampu dimalapkan

LINDA

PR

Technician

Resort

P : Malam ku bermimpi

Hai dengan satu bintang

Berkata kata ku di jendela

Ku lihat kanda tersenyum memandang

Asmara bergelora meresap ke dada .....

L : Malam ku terlihat hai sekuntum lah bunga

Baunya harum menarik hati

Tak sanggup rasa menahan asmara

Meresap ke dada menusuk di jiwa .

Lampu dicerahkan semula .......

(Sketsa ringkas ) .... turun pentas

1

Page 2: Skrip pengacara2

PR

ALUAN

Bismillahirahmanirrahim ..... ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi,

Dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi;

Diucapkan puji-pujian, kepada Allah RABBUL IZZATI,

Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi.

SELAMAT MALAM KAMI UCAPKAN

PARA TETAMU SEMUA JEMPUTAN

SELAWAT DAN SALAM KAMI JUNJUNGKAN

KE HADRAT NABI RASUL PILIHAN

LINDA

SALUTASI

Yang Berusaha,

Puan Hajah Zabidah Ismail

Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia

Yang Berusaha,

Puan Nor Fazidah Kadri

Pengarah Bahagian Pinjaman dan Operasi

Yang Berusaha,

Encik Mohd Suhaimi Abdullah

Pengurus AIM Wilayah Terengganu

Yang Berusaha,

Encik Remy Shahar Yahya

Pegawai Rancangan AIM Wilayah Kelantan

2

Page 3: Skrip pengacara2

PR

Yang Berusaha,

Encik Zulkaffle Khalid

Pegawai Rancangan AIM Wilayah Terengganu

Yang Berusaha,

Puan Azizah Omar

Ketua LPS AIM Wilayah Terengganu

Pengurus-pengurus cawangan , Penolong2 Pengurus

Cawangan , Ketua-Ketua Blok , Para jemputan

Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang diraikan sekalian.

KEMBANG MELUR DI TEPI KALI

BUAT HIASAN DARA PINGITAN

SELAMAT DATANG KAMI DAHULUI

KEPADA SEMUA HADIRIN BUDIMAN

Assalamualaikum ... dan selamat datang ke Majlis Anugerah

Kecemerlangan AIM Wilayah Terengganu Tahun 2009.

PR Menadah tangan pohon perkenan,

Agar majlis berjalan lancar;

Al-fatihah kita lafazkan,

Apa dihajat moga terpancar.

Majlis diteruskan dengan mempersilakan saudara Mohd

Khairulfitri Abdul Rahman untuk memimpin bacaan doa .

Dipersilakan..

3

Page 4: Skrip pengacara2

BACAAN DOA

PR Amin amin ya rabbal ‘alamin. Jazakallah hu khairan khasira.

Majlis merakamkan jutaan ucapan terima kasih. Semoga

dengan bacaan doa sebentar tadi membolehkan kita sama2

mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah s.w.t.

LINDA Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian...

Majlis Malam Anugerah Kecemerlangan ini diadakan sebagai

menghargai sumbangan dan kegigihan yang telah

ditunjukkan oleh semua kakitangan dan sahabat khususnya

ketua-ketua blok dalam menghasilkan prestasi kerja yang

cemerlang khususnya mencapai matlamat AIM mengeluarkan

isi rumah daripada kemiskinan.

Dan majlis pada malam ini diadakan khas untuk menghargai

khidmat cemerlang yang telah dilaksanakan oleh kakitangan-

kakitangan dan semua ketua-ketua blok berkenaan.

LINDA Tuan-tuan dan puan-puan yang diraikan...

BUAH JAMBU DISANGKA KANDIS

KANDIS ADA DI DALAM CAWAN

GULA MADU DI DISANGKA MANIS

MANIS LAGI SENYUMAN PUAN ....

Kita teruskan acara dengan mempersilakan Yang Berusaha

Puan Azizah Omar selaku Ketua Lembaga Perwakilan

Sahabat AIM Wilayah Terengganu 2009 untuk memberikan

4

Page 5: Skrip pengacara2

ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan ...

UCAPAN KETUA LPS

PR

LINDA

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang

Berusaha Puan Azizah Omar. Semoga apa yang telah

disampaikan oleh beliau tadi berupaya memberi rangsangan

dan semangat untuk kita sama-sama terus berganding bahu

ke arah kecemerlangan AIM Wilayah Terengganu .

Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,

LEMAH GEMALAI TARI PERAWAN

SENYUM MELIRIK MEMIKAT JIWA

KACAK SUNGGUH PARASMU TUAN

MEMIKAT SUKMA IDEA BERGAYA

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Y.Brs Encik Mohd

Suhaimi Abdullah , Pengurus Wilayah Terengganu untuk

memberikan ucapan alu-aluan..... dipersilakan

UCAPAN PW

Majlis merakamkan jutaan ucapan terima kasih kepada Y.Brs

Encik Mohd Suhaimi Abdullah

ASAM KANDIS MARI DIHIRIS

MANIS SEKALI RASA ISINYA

5

Page 6: Skrip pengacara2

DILIHAT MANIS DIPANDANG , LG LA MANIS

TP KAN PR YG SEBENARNYA MANIS LAGI HATI

BUDINYA

Kini, majlis dengan bangga dan berbesar hati mempersilakan

Yang berusaha Puan Hajah Zabidah Ismail untuk

menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Malam

Anugerah Kecemerlangan AIM Wilayah Terengganu tahun

2009.

Dengan segala hormatnya dipersilakan ...

UCAPAN PN. HJH. ZABIDAH

PR Untuk menyempurnakan lagi acara perasmian , dipersilakan

Pengarah Urusan untuk melaksanakan acara MEMOTONG

PULUT sebagai simbolik perasmian Majlis Malam Anugerah

Kecemerlangan AIM wilayah Terenganu 2009 .... dipersilakan

ACARA MEMOTONG PULUT....(gimik atas pentas /

tayangan audio visual) ..... satu tepukan untuk kita semua

Terima kasih kepada PU ..... Begitulah amanat , hasrat dan

harapan Puan PU kepada kita semua. Semoga kita sama2

dapat menjiwai dan menghayati segala maksud yang tersurat

dan yang tersirat dalam ucapan PU td dan mengambil input2

yang positif demi kecemerlangan organisasi . Sekali lagi

pihak Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan

Hajah Zabidah Ismail.

6

Page 7: Skrip pengacara2

PR

LINDA

Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,

Sebelum acara penganugerahan membuka tirai , majlis

menjemput dan mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan

untuk menjamu selera yang disediakan .

Bismillahirrahmanirahim ... Allahummabariklana Fima

Rozaktana Waqina Azabannar .... Walhamdulillahirrabil

alamin

Sambil menjamu selera , kita akan dihiburkan dengan

Persembahan Dikir Barat Kumpulan Sanggar Budaya ,

Gong Guchil , Besut . Untuk makluman tuan2 dan

puan2 ....kumpulan DK Barat ini di bawah pimpinan

pendikir yang tidak asing lagi iaitu Meli Tumpok dan Abe

Ya Rabbana dan saudara Hasdam . Kumpulan ini pernah

menjadi naib johan Pertandingan DK Barat Peringkat

Kebangsaan anjuran RTM pada tahun 1995 dan naib

johan pertandingan Ilham Desa anjuran KPLB pada bulan

November yang lepas ....dipersilakan

Tkasih diucapkan kepada kumpulan dk barat sanggar

budaya

Sampailah kita ke acara penyampaian anugerah. Untuk

makluman tuan2 dan puan2 ..... anugerah pada malam ini

akan diberikan kepada sahabat2 dan kepada kakitangan

yang telah menunjukkan pencapaian dan prestasi yang

cemerlang sepanjang tahun 2009. Sebanyak 20 penerima

bagi kategori sahabat yg akan mewakili pusat dan blok dari

caw masing2 manakala sebanyak 28 lagi penerima bagi

kategori kakitangan.

7

Page 8: Skrip pengacara2

Untuk menyempurnakan penyampaian anugerah bagi

kategori sahabat , majlis dengan segala hormatnya

menjemput dan mempersilakan Tuan Pengurus Wilayah

untuk

mengiringi Pn.Norfazidah Kadri , Pengarah Pinjaman Dan

Operasi bagi menyempurnakan anugerah.

Dipersilakan ...

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH

PR Kita mulakan dengan…Anugerah 1 : Pembentang Terbaik

Bengkel Teras 2010

Dinilai berdasarkan gaya persembahan , isi persembahan

dan kerjasama antara ahli kumpulan

Dengan hormatnya dipersilakan…

Pertama: Setiu 88.66%

Kedua:Hulu Terengganu 88.66%

Ketiga:. Dungun 86%

Anugerah 2 : % Kadar Kehadiran Blok Terbaik 2009

RUJUK SENARAI

Anugerah 3: Pusat Terbaik 2009

Kriteria :

% Keberkesanan Operasi (OE)

% Kadar Kehadiran

Keaktifan Meminjam

Keceriaan Pusat

Komitmen dan kerjasama sahabat pusat

Anugerah 4: Pengeluaran Pembiayaan Tertinggi

Anugerah 5:Blok OE Tertinggi 2009

8

Page 9: Skrip pengacara2

Anugerah 6:Blok Terbaik 2009

Kriteria :

% Keberkesanan Operasi (OE)

% Kadar Kehadiran

Keaktifan Meminjam

Komitmen dan kerjasama ketua blok

RUJUK SENARAI

LINDA

LINDA

Tahniah diucapkan kepada semua penerima-penerima

anugerah sebentar tadi.

Majlis turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada

Pn.Norfazidah Kadri diatas penganugerahan tersebut.

Baik lah tuan2 dan puan2,

Kalau tadi kita dihiburkan dengan persembahan luar DK Barat

.... apa kata kita saksikan pula bakat2 kakitangan kita yang

cukup Luar biasa.Majlis dgn dk melengahkan masa lagi

mempersilakan shrizan bersama gitaris nya ikhwan untuk

tampil ke pentas.Mereka akan mendendangkan 2 BUAH lagu

ANDAIKU TAHU DAN SYURGAMU yg di popularkan oleh

kumpulan Ungu.

DIPERSILAKAN........

Demikianlah persembahan yg cukup memukau dan

terpukau...

9

Page 10: Skrip pengacara2

PR

LINDA

Tuan-tuan dan puan-puan yang diraikan,

Penyampaian anugerah seterusnya adalah untuk Kategori

Kakitangan Dan Cawangan yang mempamerkan prestasi

yang cemerlang sepanjang tahun 2009.

Malam ini anda akan saksikan lahirnya peribadi-peribadi

terbilang, yang tidak pernah mengenal jemu dalam

perjuangan.

Untuk menyempurnakan penyampaian kepasa semua

penerima dipersilakan sekali lagi PW untuk mengiringi

Pengarah Urusan ke atas pentas utama.

1.ANUGERAH BLOK JSA 100% MEMINJAM

2.PENGEKALAN OE TERBAIK

3.PENINGKATAN OE TERBAIK

4.OE TERTINGGI CAWANGAN 2009

5.PENGELUARAN PEMBIAYAAN TERTINGGI CWGN

6.KAKITANGAN DALAMAN TERBAIK

7.KAKITANGAN TERBAIK LELAKI 2009

8.KAKITANGAN TERBAIK WANITA 2009

9.CAWANGAN TERBAIK

Dijemput Cawangan ….

Jikalau td kita saksikan persembahan luar iaitu dk barat,

kemudian kita saksikan persembahan kakitangan...apa kata

kali ini kita akan tampilkan pula persembahan daripada

penyanyi jemputan kita yg mmg cukup terkenal di sekitar

10

Page 11: Skrip pengacara2

PR

besut dan pantai timur . Beliau akan menyampaikan 3 buah

lagu untuk hiburan kita bersama ... dipersilakan saudara

ANTA YA Habibi

PERSEMBAHAN RESORT

Ucapan terima kasih kpd beliau selepas nyanyi ....TIMA

KASSIIIHHHHHHHHHHHH

Tuan-tuan dan puan-puan yang diraikan,

DARI TERENGGANU HIJRAH KE PAHANG

MENCARI REZEKI SEBAGAI BEKALAN

WALAUPUN JAUH DI RANTAU ORANG

JASAMU TETAP DALAM INGATAN

Bagi mengenang jasa dan sumbangan beberapa kakitangan

yang akan berhijrah ke cawangan-cawangan di luar Wilayah

Terengganu , dipersilakan Pengurus Wilayah untuk ke pentas

bagi menyampaikan cenderahati sebagai tanda ingatan di

atas sumbangan yang telah diberikan.

1. PC Azmi Daud .... marang ke kuala lipis

2. PA Norhayati Mohd Yusoff .... Dgn – PKMB Kepong

3. PA Norhaffizan Abu Bakar .... Setiu – PKMB Selayang

4. Muhamad Shahrulrizal Md Yusof ....Setiu – PKMB

KEPONG

5. Noraini Zamaluddin ... Setiu – PKMB KT

6. Mohd Noor Ikhwan Mohd Noor .... Marang – PKMB KT

ANUGERAH ANGGUN BERGAYA .... MINTA PW STAY

11

Page 12: Skrip pengacara2

SAMPAIKAN KPD PEMENANG

Sahabat :

Ktgn :

PERMINTAAN KHAS CAWANGAN

KEMAMAN ... ...CENDERAMATA KPD

PW/pwt.....dipersilakan PC Che Ismail Che Awang untuk

menyampaikan c/hati.....

PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA VVIP

Dipersilakan Pengurus Wilayah utk menyampaikan

cenderahati sebagai tanda ingatan kepada tetamu-tetamu

jemputan.

1. Encik Remy Shahar Yahya – PR Wilayah Kelantan

2. Puan Nor Fazidah Kadri – Pengarah Pinjaman Dan

OPerasi

3. Puan Hajah Zabidah Haji Ismail , Pengarah Urusan

AIM

PR Hadirin dan hadirat sekalian,

Pinggan sabun berisi minyak,

Minyak bernama seragam bayu;

Minta ampun banyak-banyak,

Maaf seandainya kata terlalu.

Indah terukir ciptaan seni,

12

Page 13: Skrip pengacara2

Lembut bagaikan sentuhan bayu;

Jari sepuluh disusun kini,

Andainya ada kata terlalu.

LINDA Agar majlis dapat keredaan,

Salah dan silap pohon ampunkan;

Agar majlis dapat keampunan,

Semoga kita beroleh keberkatan.

Di malam ini kita berjumpa,

Di lain masa bersama pula;

Dengan berkat selamat sejahtera,

Semoga bahagia harapan kita.

PR Semoga Majlis Anugerah Kecemerlangan AIM Wilayah

Terengganu ini meninggalkan kenangan yang serba indah

dan bermakna kepada setiap yang hadir.

Terima kasih kepada semua yang menyumbangkan jasa,

mencurahkan bakti dan kepada semua yang hadir.

PR

& LINDA Selamat malam dan Assalamualaikum…

SESI

BERGAMBAR

SETIU

MARANG

HULU

KT

DUNGUN

KMM

13

Page 14: Skrip pengacara2

BST

WILAYAH

14

Page 15: Skrip pengacara2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT BERTEMU KEMBALI PADA PETANG INI.

ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH SUBHANAHUA TAALA KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA DAPAT KITA BERSAMA-SAMA PADA PETANG INI.

PADA SESI PETANG INI, KITA AMAT BERTUAH KERANA DI KESEMPATAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PADA TAHUN INI, KITA AKAN BERSAMA-SAMA DALAM SESI CERAMAH BERKENAAN DENGAN KECEMERLANGAN DIRI DAN PRESTASI KERJA.

SEBELUM SAYA MENJEMPUT PENCERAMAH TERSEBUT, IZINKAN SAYA MENCERITAKAN SEDIKIT LATAR BELAKANG BELIAU.

KERJAYA BELIAU BERMULA PADA TAHUN 1986 SEBAGAI PENSYARAH DAN KETUA KURSUS SAINS KOMPUTER DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DENGAN PENGKHUSUSAN DALAM BIDANG PENGATURCARAAN DAN PEMBENTUKAN ALGORITMA.KERJAYA BELIAU SEMAKIN MENINGKAT MAJU SEHINGGA DILANTIK SEBAGAI PENGURUS KANAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN PEMBANGUNAN SISTEM ORGANISASI DI FAR EAST HOLDINGS BERHAD.

PENGALAMAN DAN MINAT BELIAU DALAM BIDANG LATIHAN, PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN TELAH MENDORONG BELIAU UNTUK MENUBUHKAN GEM-ASIA SEMINARS DAN DILANTIK SEBAGAI KETUA EKSEKUTIF DAN PERUNDING UTAMA.

PROGRAM UTAMA YANG DIJALANKAN IALAH PEMANTAPAN PRESTASI, PENGUKURAN KPI, PENGUCAPAN AWAM, PENGURUSAN KUALITI DAN AMALAN 5S.

BAIK LAH, UNTUK TIDAK MELENGAHKAN MASA, DENGAN TAJUK PEMBINAAN IMEJ KECEMERLANGAN DIRI, SAYA PERSILAKAN – KETUA EKSEKUTIF, GEM-ASIA SDN BHD, TUAN HAJI AZMAN HAJI TAHER

15

Page 16: Skrip pengacara2

MATLAMAT

Di dalam dunia yang mencabar ini latihan dan dorongan adalah perlu untuk mencapai kejayaan yang sebenar. Bagi menarik kakitangan menambah ilmu pengetahuan, unsur pendidikan perlu digabungkan dengan rekreasi dan ‘adventure’. Di dalam program ini semua kakitangan akan melalui proses mendengar, melihat dan menilai bagi proses pemahaman menyeluruh. Bagi membolehkan bengkel ini menjadi lebih menarik, satu simulasi berbentuk aktiviti sukaneka akan diadakan melalui program belajar melalui pengalaman (experiential learning) berasaskan :-

Membina cita-cita dan wawasan gemilang pada tahun 2009

Membuat perancangan bersistem untuk kejayaan organisasi

Membentuk keyakinan diri untuk kejayaan sebenar (Yakin Boleh)

Strategi menyelesaikan masalah Pelan tindakan kumpulan

OBJEKTIF BENGKEL

Bertindak secara lebih efektif (pro-aktif) Berkomunikasi dengan lebih jelas Mengwujudkan dan membina kepercayaan Mencapai tahap penghasilan/output secara lebih kolektif Memanfaatkan keupayaan diri untuk menjadi kakitangan

yang terbaik melalui kaedah komunikasi berkesan, perundingan dan semangat berpasukan

Menetapkan objektif, membentuk perancangan kerja dan menukarkannya kepada pelan tindakan

Mengoptimakan keputusan dan keupayaan bekerja di dalam berbagai-bagai situasi yang mencabar.

Membina satu bentuk pasukan kerja yang berjaya dan membentuk persekitaran yang merangsangkan ke arah perubahan organisasi yang positif

16

Page 17: Skrip pengacara2

Mengekalkan tumpuan kekuatan pengurusan secara profesional disamping meningkatkan kepuasan diri.

Menilai kembali kaedah bekerja dan kesedaran diri berlandaskan nilai-nilai keagamaan – mulia, jujur di dalam menjalankan tugas, amanah dan bertanggongjawab

Membentuk imej yang lebih positif dan efektif untuk diri sendiri serta organisasi yang akan menghasilkan personaliti yang lebih berkeyakinan dan dinamik

17

Page 18: Skrip pengacara2

TAKLIMAT BENGKEL TERAS 2010

Tujuan kenapa kita ada di sini ????

1. Bengkel Teras 2010 amat penting utk kita merangka idea dan strategi bersama untuk mencapai matlamat / sasaran setiap cawangan.

2. Kita nak membentuk satu struktur LPS yang proaktif dan fokus kpd matlamat dan bertanggungjawab di atas sebarang situasi yang terhasil di peringkat cawangan

3. Menghargai peranan dan jasa yang dimainkan oleh semua LPS dan Ketua-Ketua Blok

ADAB BERADA DALAM MAJLIS ILMU

a) Menjaga ketepatan masa sbg menghormati Majlis dan tetamu- 7.40 mlm ktgn dah dalam dewan- 7.45 mlm LPS & Ketua Blok berkumpul kat kereta lembu

b) Off HPc) Elak keluar terlalu kerapd) Semua peserta beri tumpuan , jgn bercakap / buat catitane) Solat lelaki digalakkan berjemaah / perempua solat dalam

waktu / layak jamak / Solat subuh berjemaah / baca yassin … 5.40 pg berada di surau ….mintak kejutkan rakan2 sebilik / kunci jam / room call

f) Acara sukan …. 8.00 pg berkumpul ….pakaian sukan mungkin x muat …boleh pakai pakaian bebas …. Beg dah kemas siap2 ….sarapan jam 7.00 pg

g) Sebelum balik check barang jangan tinggal …. Balik ngan kereta masing2 ….jgn bawok kereta lembu

h) Kunci serah kat kaunter …bawok balik denda

Baca aturcara Majlis / pertanyaan jika ada

18