GggC 6033
ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA
TUGASAN INDIVIDU:
SISTEM PENILAIAN KUALITI GURU DAN KE MANA
ARAHNYA?
DISEDIAKAN UNTUK:
PM DR MUHAMMAD HUSSIN
DISEDIAKAN OLEH:
SITI NOR AISHAH BINTI MOHD NOR
P 61910
KANDUNGAN
2
Halaman
KANDUNGAN ii
SENARAI JADUAL iii
SENARAI ILUSTRASI iv
1.0 PENGENALAN 1
2.0 DEFINISI ISTILAH/KONSEP 2
2.1 Sistem Penilaian 2
2.2 Kualiti 2
2.3 Guru 3
3.0 GURU BERKUALITI 3
3.1 Formula Guru Berkualiti 4
3.2 Bentuk Sistem Penilaian Kualiti Guru 5
3.2.1 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 5
3.2.2 Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) 6
3.2.3 Sistem Penilaian Kualiti Antarabangsa 7
4.0 ISU BERKENAAN SISTEM PENILAIAN KUALITI GURU
DAN KE MANA ARAHNYA?
8
4.1 Isu 1: Pengisian Skor SKPM Standard 4; Pencerapan Guru 8
4.2 Isu 2: Perhatian Pentadbir dalam Penyeliaan; Pencerapan Guru 9
4.3 Isu 3: Ketulusan LNPT 11
5.0 PERBINCANGAN 12
6.0 CADANGAN 15
7.0 PENUTUP 16
8.0 MINI KAJIAN 17
RUJUKAN
LAMPIRAN
18
A Proses Penilaian Prestasi 21
4
SENARAI ILUSTRASI
No Rajah Halaman
3.1 Tujuan Pelaksanaan LNPT Sebagai Sistem Penilaian
Prestasi
6
5.1 Guru Berkualiti Menghasilkan Murid yang Lebih
Berprestasi Tinggi
12
5.2 Saling Kolaborasi Antara Pentadbir, Guru Pembimbing dan
Guru yang Dicerap
13
5.3 Syarat-Syarat Untuk Penambahbaikan Dan Penghasilan
Sistem Penilaian Kualiti Guru Yang Efisien, Dinamik Dan
Tidak Rigid
14
5
1.0 Pengenalan
Pendidikan merupakan wahana utama bagi sesebuah negara dalam merangka
perancangan untuk menghadapi cabaran semasa dan akan datang. Cabaran tersebut
adalah seperti cabaran untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau
K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain (Jamil dan Norlia 2008).
Malah cabaran K-ekonomi ini dapat diatasi dengan asosiasi yang utuh antara
pemupukan modal insan terbaik dengan pendidikan berkualiti (RMK-10 2010:17).
Justeru, matlamat untuk menjadi negara maju mengikut acuan sendiri dalam kerangka
wawasan 2020 akan dapat direalisasikan seandainya modal insan cemerlang dapat
dilahirkan menerusi pendidikan yang berkualiti seiring dengan kemajuan ekonomi
negara.
Sesungguhnya, negara memerlukan guru yang berkeupayaan tinggi sebagai
pemacu utama dalam membentuk pendidikan yang berkualiti. Mohammed Sani (2007)
menyatakan bahawa guru yang berkualiti dan berkeupayaan tinggi ini seharusnya
mempunyai tahap kompetensi yang memenuhi komponen-komponen berikut iaitu; 1)
berkebolehan dalam meningkatkan pengetahuan secara berterusan bagi membaiki
prestasi diri, 2) berkebolehan dalam mengguna dan memanfaatkan (ability to use and
practise) pengetahuan dan kemahiran bagi melaksanakan tugas dengan cemerlang
seterusnya mencapai objektif meningkatkan kualiti pendidikan, 3) dan mempunyai
nilai-nilai diri dan perlakuan yang selari dengan adab dan etika keguruan. Oleh itu,
apabila komponen-komponen profesionalisme keguruan ini dipenuhi, matlamat dalam
memperoleh guru yang berkualiti dapat direalisasikan.
Persoalannya, adakah sistem penilaian kualiti guru di negara kita benar-benar
telus dalam menterjemah konotasi prestasi dengan tahap profesionalisme para guru?
Adakah guru diberikan apresiasi sesuai dengan tenaga yang mereka curahkan dalam
inisiatif membangunkan anak bangsa? Kertas kerja ini akan mengupas isu sistem
penilaian kualiti guru dan ke mana arah tuju sistem ini dalam menentu ukur kredibiliti
seseorang guru.
6
2.0 Definisi Istilah/Konsep
Penulisan ini akan membincangkan beberapa istilah dan konsep yang akan memandu
hala tuju perbincangan ini. Antaranya ialah sistem penilaian, kualiti dan istilah guru.
Pemahaman istilah-istilah ini adalah penting bagi memastikan kupasan isu di bawah
tajuk ini adalah jelas dan difahami.
2.1. Sistem Penilaian
Istilah sistem penilaian merupakan suatu sistem yang bersepadu, komprehensif,
strategik, bersifat jangka panjang yang bertujuan untuk mengukuhkan dan
meningkatkan kualiti dan produktiviti sesebuah organisasi (Rusli et al. 2007).
Manakala Salwani (2005) pula menyatakan bahawa sistem penilaian merupakan suatu
instrumen yang digunakan untuk menilai kompetensi yang lalu dalam suatu jangka
masa tertentu dan digunakan sebagai platform untuk merangka strategi masa hadapan.
Oleh itu, sistem penilaian merupakan suatu mekanisme yang disusun untuk menentu
ukur tahap keberkesanan kualiti kerja yang bersandarkan tujuan untuk membangunkan
organisasi.
2.2 Kualiti
Istilah kualiti pula boleh didefinisikan sebagai suatu penanda aras yang memenuhi
kehendak pelanggan melalui ketetapan kerja yang ditepati, tuntutan perkhidmatan
dipatuhi, perencanaan dan strategi diikuti sepenuhnya, tugasan pegawai atasan
disempurnakan dan mencapai sasaran kerja tahunan (Abdul Ghafar 2011). Sementara
Vijayaletchumi et al. (2010) pula mentakrifkan kualiti sebagai peningkatan
pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap. Namun begitu, jika diteliti dari konteks
pendidikan pula, kualiti adalah berkaitan dengan keperluan pelajar dan mempengaruhi
pencapaian mereka (Li Feng & Sass 2011; Feng Jie 2009). Justeru, penulis
menyimpulkan bahawa kualiti adalah segala kehendak yang digariskan sebagai
panduan dalam sesuatu disiplin pekerjaan perlu dipenuhi agar dapat menzahirkan
perkhidmatan yang berkualiti.
7
2.3 Guru
Istilah guru pula didefinisikan sebagai mereka yang menjalankan tugas-tugas ikhtisas
sebagai pendidik dan pemimpin (Mok 2008). Mok juga mengatakan bahawa guru
terlibat secara langsung dalam status sosialisasi masyarakat. Amir (2006) pula
menyatakan bahawa guru merupakan individu yang terlibat dalam profesion keguruan
dan tertakluk dengan kod etika keguruan yang di bawah Kod Tata Kelakuan
Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kesimpulannya, tajuk perbincangan ini adalah berkisar mengenai suatu
instrumen yang digunakan untuk menilai prestasi kerja pegawai pendidikan.
Instrumen inilah yang diterjemahkan sebagai sistem penilaian kualiti guru. Sistem ini
dirancang supaya dapat diimplementasikan sebagai asas kepada lonjakan kualiti dan
produktiviti guru. Oleh yang demikian, dengan pemahaman istilah dan konsep-konsep
berkenaan dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai keseluruhan penulisan
ini. Namun begitu, persoalan utamanya adalah ke manakah arah sistem penilaian
kualiti guru ini? Penulisan ini akan mengupas persoalan dan isu berkaitan dengan
sistem penilaian kualiti guru dan hala tuju sistem berkenaan untuk memenuhi
matlamat dunia pendidikan kita.
3.0 Guru Berkualiti
Bagaimanakah menilai kualiti seseorang guru? Kajian Koedel dan Betts (2007)
mendapati kualiti guru berkait rapat dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar.
Kajian tersebut juga mendapati bahawa kualiti guru turut bergantung pada elemen
latihan, perjawatan dan gaji yang merupakan suatu motivasi intrinsik dan ekstrinsik
bagi para guru. Oleh itu, penilaian yang betul, berkesan dan adil perlu diberikan
kepada para guru dalam menentukan aras kualiti profesion mereka (Norahimah dan
Rafisah 2010). Justeru, guru yang berkualiti penting dalam memastikan aspirasi
negara tercapai serentak dengan lonjakan kualiti barisan pendidik hasil daripada
penilaian yang dilaksanakan dalam garis kerja yang betul, tepat dan adil.
8
3.1 Formula Guru Berkualiti
Kajian yang dijalankan oleh Mohamad Johdi et al. (2009) menyatakan bahawa guru
adalah merupakan peneraju utama dalam mengangkat martabat pendidikan negara.
Beliau menyatakan bahawa curahan dan penggemblengan tenaga guru, dipadukan
dengan personaliti diri dan ciri-ciri guru yang efisien, integriti dan efektif merupakan
asas kepada pembentukan formula guru yang berkualiti. Formula guru yang berkualiti
boleh dijadikan mangkin ke arah pelestarian kesucian martabat dan profesion
keguruan.
Mohamad Johdi et al. (2009) menyenaraikan sepuluh komponen dalam
formula guru berkualiti yang disusun mengikut keutamaan iaitu berpengetahuan,
berkemahiran dan cekap mengikut bidang, menentukan objektif pengajaran dan
pembelajaran, kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran, menjalankan
pengukuran dan penilaian, bermotivasi, minat dan mencungkil daya inkuiri murid,
melaksanakan pemulihan dan pengayaan, menimbulkan keceriaan, interaksi dan
penglibatan murid, menyediakan rancangan mengajar, berkemahiran mengurus bilik
darjah, dan menggunakan pelbagai kaedah dalam pembelajaran.
Komponen-komponen tersebut perlu disenaraikan untuk semakan dalam
merealisasikan matlamat menzahirkan guru berkeupayaan tinggi. Guru berkeupayaan
tinggi ialah guru yang menggarap kecemerlangan pelajar menerusi lonjakan prestasi
pelajar. Mohammad Johdi et al. (2009) menegaskan seseorang guru itu akan
memperoleh prestasi yang terbaik apabila sentiasa melakukan muhasabah diri dengan
menyemak komponen yang dalam formula guru berkualiti.
Keprihatinan dalam memastikan pembelajaran pelajar yang berkesan berlaku
dalam sistem pendidikan kita adalah begitu signifikan dengan perhatian dalam
peningkatan kualiti seseorang guru. Antara inisiatif yang tercatat dalam agenda yang
diatur oleh pihak kerajaan ialah meningkatkan daya tarikan profesion keguruan dan
menghasilkan guru yang terbaik. Lonjakan dalam pembangunan diri guru diatur
dengan pelbagai susunan program pembangunan profesional (RMK-10 2010: 200).
Sesungguhnya, guru yang berkualiti adalah guru yang dapat menjana pendidikan yang
berpotensi tinggi.
9
Sebagai kesimpulan, penulis bersetuju dengan Bisset (2006) yang menyatakan
bahawa guru yang berkualiti adalah guru yang pakar dalam pengajarannya. Dengan
kata lain guru yang berkualiti adalah guru yang menguasai aspek pengetahuan mata
pelajaran, pengetahuan kurikulum dan matlamat pendidikan, pengetahuan pedagogi
am, pengetahuan tentang pelajar, pengetahuan tentang konteks pendidikan,
pengetahuan tentang diri dan pengetahuan tentang kandungan pedagogi.
3.2 Bentuk Sistem Penilaian Kualiti Guru
Sistem penilaian kualiti guru yang sedia diamalkan sekarang mempunyai dua bentuk
iaitu ; 1) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), 2) Laporan Nilai Prestasi
Tahunan (LNPT).
3.2.1 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
Antara mekanisme yang digunakan untuk menilai kualiti seseorang guru ialah melalui
penilaian yang dibuat berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM
2010). SKPM 2010 telah diperkenalkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk
memastikan taraf atau standard pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan
dikekalkan di institusi pendidikan. Standard ini dijadikan garis penentu ukur
kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan (SKPM 2010 :2).
Terdapat lima standard yang terkandung dalam SKPM 2010 ini iaitu; 1)
Kepimpinan dan Hala Tuju, 2) Pengurusan Organisasi, 3) Pengurusan Kurikulum,
Kokurikulum dan Sukan, 4) Pengajaran dan Pembelajaran dan 5) Kemenjadian Murid.
Tegasnya, standard yang mempunyai kaitan langsung dalam penilaian kualiti
seseorang guru ialah standard keempat iaitu Pengajaran dan Pembelajaran menerusi
aktiviti pencerapan oleh pihak pentadbir sekolah. Melalui aktiviti ini jawatankuasa
penyeliaan sekolah akan menilai prestasi semua guru semasa di dalam kelas
berdasarkan 11 aspek iaitu; 1) penglibatan murid dalam pembelajaran, 2) penguasaan
pembelajaran murid, 3) hasil kerja murid, 4) perancangan dan persediaan guru, 5)
kaedah penyampaian, 6) kemahiran komunikasi, 7) penggunaan sumber pendidikan,
8) penilaian, 9) teknik penyoalan, 10) penguasaan isi kandungan, 11) pengurusan
10
kelas (bilik darjah/ makmal/ bengkel/ padang) dan, 12) amalan profesionalisme
keguruan.
3.2.2 Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT)
Selain daripada SKPM, kualiti guru juga dinilai menggunakan sistem Laporan Nilai
Prestasi ( LNPT). Bagi guru penolong, LNPT ini dinilai oleh pentadbir berdasarkan
prestasi dalam sasaran kerja tahunan (SKT) bagi setiap guru berdasarkan prosedur
yang sistematik (LAMPIRAN A). Prosedur proses pelaksanaan LNPT ini bermula
daripada peringkat jabatan lagi. Sistem penilaian LNPT ini turut mengundang isu
dalam bagaimana penilaian diberi kepada guru Abdul Shukor 2007). Tujuan LNPT ini
dijadikan alternatif bagi membuat penilaian untuk guru ialah seperti dalam rajah
berikut:
Abdul Shukor menyatakan bahawa LNPT adalah penting untuk dilaksanakan
bagi meletakkan kriteria yang dikehendaki pada prestasi guru. LNPT juga digunakan
sebagai salah satu kaedah pemilihan guru-guru yang terbaik untuk menerima asas
pertimbangan kemajuan dalam kerjaya terutamanya berkenaan dengan penempatan.
Markah yang diberikan dalam LNPT juga sebenarnya dijadikan sebagai kayu
pengukur untuk memberikan peluang dalam perjawatan iaitu berkenaan dengan
kenaikan pangkat dan pemangkuan. Selain berkenaan dengan perjawatan, markah
LNPT juga digunakan untuk menentukan pinjaman dibenarkan.
11
Guru yang menepati kriteria yang diperlukan akan mengalami pergerakan gaji
atau anjakan gaji berdasarkan markah LNPT. Oleh itu, sekiranya guru tidak
menunjukkan prestasi yang baik dan mengakibatkan markah yang diperoleh tidak
melepasi syarat pemberian pergerakan gaji tahunan, maka gaji guru berkenaan akan
statik dan tidak menaik.
Sekiranya guru memperoleh markah LNPT yang cemerlang, maka beliau akan
memperoleh Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), pingat atau sijil. Pemberian
anugerah ini adalah merupakan pengiktirafan kepada kecemerlangan guru.
Pengiktirafan ini sebenarnya memberikan motivasi intrinsik kepada guru untuk
meneruskan kecemerlangan dalam mendidik dan melaksanakan tugasan.
Bagaimana pula dengan guru yang memperoleh markah LNPT yang rendah?
Berdasarkan markah LNPT yang rendah ini, guru yang bermasalah dikesan akibat
pemerolehan markah yang kurang memuaskan. Guru dalam kategori ini akan
diberikan rawatan khas iaitu sama ada latihan atau bimbingan untuk meningkatkan
prestasi dan kebolehupayaan mereka (Abdul Rahim 2006)..
3.2.3 Sistem Penilaian Kualiti Antarabangsa
Untuk perbandingan, penulisan ini akan meninjau sistem perbandingan
penilaian kualiti guru di peringkat antarabangsa. Contohnya ialah penilaian kualiti
guru di Flourida. Kajian prestasi guru tersebut telah dijalankan oleh Feng dan Sass
(2011). Daripada kajian ini, didapati sistem penilaian kualiti guru di Flourida dibentuk
daripada hasil prestasi pelajar. Prestasi yang diperoleh oleh pelajar dijadikan sebagai
salah satu komponen pengukur prestasi dan kualiti guru.
Ini kerana menurut Feng, guru dikatakan berkualiti apabila pelajar yang
dihasilkannya berprestasi tinggi. Maka, model pengiraan bagi sistem pengukuran
kualiti guru melibatkan “nilai tambah” dan “prestasi pelajar”. Berikut ialah antara
contoh model pengiraan kualiti guru berdasarkan ukuran ke atas kualiti pelajar yang
dihasilkan oleh guru berkenaan.
12
Contoh model pengiraan kualiti guru di Flourida:
Sesungguhnya kaedah penilaian kualiti guru dibuat adalah terpulang kepada
bagaimana sesuatu sistem pendidikan itu memberi takrifan kepada guru yang
berkualiti. Sistem penilaian prestasi sebenarnya adalah penting bagi memastikan guru
yang merupakan agen sosialisasi sentiasa dipantau keupayaan mereka dalam
menjalankan tugas sebagai agen sosialisasi dan transformasi kemajuan sesebuah
negara.
4.0 Isu Berkenaan Sistem Penilaian Kualiti Guru dan Ke Mana Arahnya?
Setelah melihat kepada sistem yang diguna pakai dalam menilai kualiti guru,
penulisan ini seterusnya akan membawa perbincangan mengenai isu-isu yang timbul
dalam sistem penilaian ini. Seterusnya, penulisan ini akan mengupas ke mana arah
sistem penilaian kualiti guru ini.
4.1 Isu 1: Pengisian Skor SKPM Standard 4; Pencerapan Guru
Isu pertama ditinjau daripada aspek penggunaan SKPM sebagai sistem penilaian
kualiti guru. SKPM yang dibina berdasarkan Standard Guru Malaysia ini memberikan
skor markah kepada setiap guru berdasarkan pencerapan yang dibuat oleh pihak
pentadbir yang bertanggungjawab. Pencerapan bagi pemberian markah ini dibuat
semasa guru menjalankan sesi pembelajaran dan pengajarannya. Pencerapan oleh guru
yang bertanggungjawab bukan dijalankan dalam kadar sekali sahaja, malah berulang
untuk memperoleh markah purata.
Terdapat kajian yang dijalankan untuk meninjau keberkesanan SKPM dalam
menilai kualiti guru. Kajian Nurahimah dan Rafisah (2010) menyatakan bahawa
ketika SKPM diperkenalkan, pentadbir sekolah mendapati item dalam instrumen
penyeliaan & pencerapan (P&P) guru begitu rigid. Item yang rigid ini menyebabkan
13
pentadbir menghadapi kesukaran dalam mentakrif, memahami dan mengamalkan
perkara yang dijadikan elemen-elemen utama di dalam sistem tersebut.
Seterusnya, penyeliaan dan pencerapan akan hilang fungsi jika semata-mata
untuk menyimpan rekod SKPM. Terdapat pihak pentadbir yang hanya melakukan
pencerapan semata-mata untuk memenuhi arahan yang diterima daripada Jabatan
Pelajaran Negeri atau Kementerian Pendidikan Malaysia. Akibatnya, pemberian
markah pencerapan berkenaan hanya diberikan untuk tujuan dokumentasi tanpa dibuat
pertimbangan bagi meningkatkan kualiti guru. Ini menyebabkan sistem SKPM ini
hanya dilihat sebagai suatu sistem yang membebankan tanpa dapat memberikan
manfaat kepada pihak guru khususnya dan pihak sekolah amnya.
Sesungguhnya, menurut Nurahimah dan Rafisah (2010), SKPM ini merupakan
suatu sistem yang amat membantu dalam meningkatkan kualiti guru di atas syarat
bahawa semua pihak memahami tujuan dan kaedah pelaksanaan sistem penilaian
kualiti berkenaan. Kejelasan mengenai sistem penilaian kualiti guru menjamin
berlakunya keadilan dan ketulusan dalam pemberian markah. Tegasnya, fungsi
penyeliaan dan pencerapan yang sebenar ialah meningkatkan kualiti keguruan
menerusi asosiasi kelemahan dan penambahbaikan yang dikesan. Perbincangan yang
telus juga perlu dijalankan oleh pihak pentadbir dan guru dalam memastikan sistem
panilaian kualiti ini benar-benar memberi manfaat.
4.2 Isu 2: Perhatian Pentadbir dalam Penyeliaan; Pencerapan Guru
Seterusnya, persoalan yang mungkin timbul ialah adakah penilaian yang dijalankan
mematuhi semua komponen yang disyaratkan untuk pemberian markah yang adil dan
saksama semasa pemberian markah kualiti guru melalui sistem SKPM atau LNPT.
Kajian Rusli at.al (2007) mendapati pemberian markah prestasi kepada guru tidak
melibatkan keseluruhan aspek dan komponen penyeliaan yang perlu dinilai dan
diteliti. Aspek-aspek berkenaan ialah:
1. Pencerapan
2. Pemantauan
3. penilaian dengan menggunakan instrumen klinikal
14
4. mentoring
5. coaching
Berlaku ketidakadilan kepada guru apabila pemberian markah kualiti diri mereka tidak
mencakupi keseluruhan aspek yang perlu dinilai. Pemberian markah yang tidak telus
ini sebenarnya tidak menggambarkan kualiti dan prestasi sebenar guru yang dinilai.
Namun begitu, apakah punca yang menyebabkan pihak pentadbir tidak membuat
penilaian penuh kepada guru yang diselia?
Rusli et. al menyatakan antara sebab yang dikemukakan ialah kepimpinan
sekolah kurang memperuntukkan waktu untuk menjalankan penyeliaan ke atas guru-
guru. Sebahagian besar waktu diperuntukkan untuk menjalankan kerja-kerja
pentadbiran yang memerlukan masa yang banyak dan teliti. Oleh itu, adalah penting
pihak pentadbiran menjalankan pengurusan masa yang efisien bagi memastikan
keseluruhan komponen penilaian kualiti guru dapat dipenuhi, untuk memberikan
keadilan kepada guru-guru yang diselia.
Apakah implikasi yang mungkin timbul akibat ketidaktelusan dan
ketidakcakupan semua elemen yang perlu dipertimbangkan dalam memberi markah
nilaian kualiti kepada pihak guru? Impak utamanya ialah pentadbir cenderung
memberi markah penyeliaan guru hanya untuk memenuhi arahan & tujuan
pentadbiran semata-mata.
Jika keadaan ini berlaku berterusan, isu mengenai perhatian pentadbir yang
tidak sepenuhnya dalam pemberian markah LNPT ini akan terus berlanjutan tanpa
kesudahan. Ini seterusnya menggambarkan sistem penilaian kualiti guru di negara kita
berada pada tahap yang rendah akibat ketulusan pemberian markah yang tidak dapat
dipatuhi oleh pentadbir. Walau bagaimana pun, Rusli et al. turut menyatakan bahawa
penglibatan sepenuhnya Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan
Kementerian Pelajaran Malaysia diperlukan dalam memastikan kepatuhan penilaian
keseluruhan komponen kualiti guru oleh setiap pentadbir sekolah.
15
4.3 Isu 3: Ketelusan LNPT
Selain daripada isu yang timbul dalam sistem penilaian kualiti guru SKPM semasa
pencerapan pembelajaran dan pengejaran dibuat, terdapat juga isu yang berbangkit
mengenai isu ketelusan LNPT. LNPT yang melibatkan pemberian markah oleh dua
orang pegawai penilai dalam kalangan pentadbir sekolah iaitu:
1. PPP: Pegawai Penilai Pertama
PPP terdiri daripada Penolong Kanan Pentadbiran
2. PPK: Pegawai Penilai Kedua
PPK terdiri daripada pengetua atau guru besar.
Oleh itu, terdapat persoalan yang timbul iaitu adakah kedua-dua penilai ini
benar-benar telus dalam pemberian markah kualiti guru yang dinilai tanpa sebarang
pengaruh emosi dan justifikasi yang melibatkan domain efektif dan perasaan ini?
Seterusnya, adakah kedua-dua penilai benar-benar mengetahui dan memahami
prosedur pemberian markah dan definisi terma yang terdapat dalam LNPT? Kedua-
dua persoalan ini sebenarnya menentukan kualiti penilaian prestasi dan kualiti guru.
Jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut terdapat dalam kajian yang
dijalankan oleh Abdull Sukor (2007). Kajian ini menyatakan bahawa dapatan kajian
menunjukkan berlaku bias yang menimbulkan ketidakpuasan hati guru dalam sistem
penilaian LNPT. Ketidakpuasan ini adalah diakibatkan oleh:
1. Guru tidak dipanggil untuk aktiviti temu bual penilaian prestasi: guru tidak
berpuas hati kerana tidak jelas dengan ketulusan markah yang diberi. Malah,
justifikasi pemberian markah bagi kualiti yang dinilai turut tidak dibincangkan
bersama-sama guru. Ini mengakibatkan guru kabur mengenai faktor-faktor
yang mengatakan mereka kurang kualiti dan efisien. Malah, terdapat guru yang
tidak dibimbing mengenai penambahbaikan yang boleh diambil bagi
meningkatkan kualiti diri guru sebagai seorang pendidik.
2. Markah yang diberi tidak menggambarkan prestasi sebenar guru: pegawai
penilai tidak merujuk kepada SKT dan Hasil Kerja Pegawai Dinilai. Faktor ini
16
merupakan faktor yang lebih kritikal. Ini disebabkan oleh markah diberi secara
semberono dengan memberi tafsiran individu kepada kualiti guru yang
berkenaan tanpa mempedulikan pertimbangan sebenar melalui evidens yang
disediakan oleh guru yang dinilai.
Keseluruhannya, sistem penilaian kualiti guru di negara kita harus mengalami suatu
anjakan paradigma agar isu-isu yang timbul dapat diatasi dan dikurangkan. Sistem
penilaian kualiti guru ini adalah suatu sistem yang baik sekiranya manfaatnya diteroka
dan diaplikasikan seoptimum yang mungkin agar penilaian kualiti guru ini benar-
benar telus dan berupaya menjadi asas lonjakan kualiti guru-guru.
5.0 Perbincangan
Sesungguhnya, kewujudan sistem penilaian kualiti guru adalah satu instrumen yang
penting bagi menilai dan menginterpretasikan kualiti guru-guru seterusnya menjadi
landasan untuk merangka penambahbaikan dalam bidang pendidikan dari semasa ke
semasa. Asasnya ialah kualiti guru. Guru berkualiti, melahirkan pelajar yang
berprestasi tinggi seterusnya membawa negara ke arah kecemerlangan lantaran
lonjakan kualiti guru dan pelajar. Rajah di bawah menunjukkan impak guru yang
berkualiti terhadap prestasi pelajarnya.
Rajah 5.1 Guru Berkualiti Menghasilkan Murid yang Lebih Berprestasi Tinggi
Sumber: Dokumen Rancangan Malaysia ke-10 2010
17
Oleh itu, suatu sistem penentu ukur kualiti guru diperlukan bagi memastikan
aspirasi negara dalam melahirkan modal insan yang cemerlang diperlukan. SKPM dan
LNPT adalah suatu sistem yang telah dan sedang diguna pakai bagi menentukan tahap
kualiti guru. Namun begitu, kedua-dua sistem ini ternyata masih memerlukan
penambahbaikan yang lebih menyeluruh dan komprehensif (Nurahimah dan Rafisah
2010; Abdull Sukor 2007; Rusli at.al 2007).
Implementasi penyeliaan guru perlu dijalankan dengan telus oleh pihak
pentadbir. Elemen peribadi dan emosi tidak harus diambil kira sebagai suatu sentimen
pemberian markah. Seandainya sentimen seperti ini diambil kira, guru berkenaan akan
mendapat markah yang tidak adil walaupun mempersembahkan prestasi dan kualiti
terbaik sepanjang tahun. Di samping itu, untuk memastikan kesepaduan antara guru
yang berkualiti dengan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan, kolaborasi
antara pentadbir dan guru pembimbing dengan guru yang dicerap perlu dijalankan
secara telus (rajah 5.2 di bawah). Kolaborasi ini penting untuk perkongsian idea dan
pengalaman bagi menambah baik kualiti guru dan pengajarannya (Shukri Zain 2011).
Pentadbir
Guru Pembimbing Guru dicerap
Rajah 5.2 Saling Kolaborasi Antara Pentadbir, Guru Pembimbing dan Guru yang
Dicerap
Menurut Shukri Zain (2011), kolaborasi penting bukan setakat perkongsian
idea malah mencari alternatif bagi meningkatkan kualiti keguruan menerusi teguran &
bimbingan membina. Teguran untuk memperbaiki kelemahan perlu diberikan dan
diperkukuhkan lagi dengan bimbingan yang membina. Kualiti guru tidak mudah
ditingkatkan seandainya guru tersebut dikritik tanpa dibimbing. Oleh itu, sistem
KOLABORASI
18
pengukuran kualiti seperti LNPT sebenarnya suatu sistem yang dapat
mengimplementasikan saling kolaborasi untuk meningkatkan kualiti guru ini.
Justeru, aplikasi sistem LNPT dan SKPM sebenarnya memerlukan
perancangan yang baik dalam melaksanakan penilaian agar penilaian kualiti seseorang
guru berlaku dalam keadaan yang tenang dan tidak mengejut. Maka kepimpinan
sekolah memastikan penyeliaan berlaku mengikut jadual yang dirancang sebelum atau
pada awal tahun sesi persekolahan bermula. Mengapakah perancangan awal ini
penting? Antara sebab utama yang mendasari perancangan awal dalam amalan sistem
kualiti guru ini ialah dapat mengelakkan penyeliaan dijalankan semata-mata untuk
memenuhi arahan dan simpanan rekod. Setelah penilaian dan aktiviti kolaborasi
sebelum dan selepas penilaian dijalankan, guru yang dicerap perlulah diberi waktu
untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengejaran dengan penambahbaikan
yang telah diputuskan dalam kolaborasi tersebut.
Berikut ialah analisa dan tafsiran yang dapat disimpulkan bagi meningkatkan
keberkesanan dan ketulusan sistem penilaian kualiti guru. Semua sistem penilaian
guru perlulah mematuhi syarat-syarat yang berikut untuk penambahbaikan dan
menghasilkan sistem penilaian kualiti guru yang efisien, dinamik dan tidak rigid:
Rajah 5.3 Syarat-Syarat Untuk Penambahbaikan Dan Penghasilan Sistem Penilaian
Kualiti Guru Yang Efisien, Dinamik Dan Tidak Rigid
Oleh itu, kajian dan penambahbaikan perlu sentiasa dijalankan supaya suatu
sistem penilaian kualiti yang dihasilkan memberi manfaat kepada semua pihak.
19
6.0 Cadangan
Berdasarkan perbincangan mendalam mengenai isu-isu sistem penilaian kualiti guru
dikupas dan arah sistem-sistem berkenaan ditentukan haluannya, jadual berikut
menyenaraikan antara cadangan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kualiti guru
di Malaysia.
Jadual 6.1 Cadangan Penambahbaikan Kualiti Guru
No Cadangan Huraian
1 Pentadbir mengikuti
program kepimpinan
instructional
meningkatkan pengetahuan dan
kefahaman pentadbir tentang
kepentingan melakukan penyeliaan
guru
pentadbir mengetahui prosedur yang
betul dalam membuat penilaian kualiti
guru-guru
pentadbir adil dalam pemberian markah
(Rusli Ahmad et.al 2007)
2 Penyeliaan dijadikan
amalan kualiti & budaya
ilmu di sekolah
melibatkan semua pihak secara
konseptual dan instructional
supaya semua guru menjadi sebati
dengan budaya sekolah
oleh itu, guru sentiasa bersedia untuk
diselia (Shukri Zain 2011)
3 Melaksanakan “Lesson
Study” untuk
meningkatkan Kualiti
Pengajaran guru (Arani
2011, Sudirman 2011)
Pentadbir membudayakan Lesson Study
dalam amalan P & P sekolah
seperti yang diamalkan di Jepun, United
Kingdom, Singapura, Indonesia dan
lain-lain
penyeliaan P&P guru tidak lagi
dilakukan oleh pentadbir semata-mata
penyeliaan dilakukan kepada
keseluruhan proses P&P yang berlaku
20
Perbincangan dijalankan di antara para
guru dan penyelidik untuk memperbaiki
kelemahan pengajaran
Penilaian Kualiti Guru dijalankan
secara holistik
7.0 Penutup
Sistem penilaian kualiti guru adalah suatu sistem yang dinamik. Perubahan dan
penambahbaikan perlu dilakukan seiring dengan perubahan bidang pendidikan dunia
semasa tanpa meninggalkan acuan Malaysia. Hasrat utama dalam sistem penilaian
kualiti guru adalah mewujudkan sistem penilaian kualiti guru yang tidak melibatkan
unsur-unsur bias, pilih kasih, justifikasi guru yang berat sebelah.
Di samping itu, kualiti dinilai berdasarkan bukti yang jelas berkenaan. Antara
evidens utama yang boleh dijadikan penentu ukur kualiti seseorang guru ialah dengan
menjadikan prestasi yang diperoleh pelajar sebagai suatu kesinambungan kualiti guru
seperti yang telah dilaporkan oleh Feng dan Sass (2011) di Flourida. Sesungguhnya,
tunjang utama yang paling penting dalam bidang pendidikan ini ialah memastikan
guru-guru adalah berkualiti walau apa pun sistem yang digunakan sebagai instrumen
pengukurannya. Ini bertepatan dengan guru yang berkualiti penjana pendidikan yang
berkualiti tinggi.
8.0 Mini Kajian
21
Berikut ialah mini kajian yang telah dijalankan yang berkaitan dengan sistem
penilaian kualiti guru.
PERKARA PENERANGAN
Tajuk Keadilan Penilaian Prestasi dalam Kalangan Guru
(Abdull Sukor et.al. 2007)
Tujuan i. meninjau persepsi guru terhadap keadilan dalam
penilaian prestasi dari segi keadilan pengagihan
dan keadilan prosedur
ii. Meninjau hubungan antara kedua-dua keadilan
penilaian prestasi dengan prestasi organisasi
sekolah yang diukur melalui kepuasan kerja guru
dan pencapaian akademik sekolah
Sampel Semua guru sekolah menengah di Kedah & Perlis
Dapatan i. Keadilan penilaian prestasi berada pada tahap
sederhana
ii. Jika guru mendapat keadilan dalam penilaian
markah dalam prestasi, maka guru akan
mengalami kepuasan kerja yang tinggi
Perbincangan i. Penilaian prestasi perlu lebih berfokus kepada
pengajaran dan pembelajaran, kebolehan
menjalankan tugas dan hubungan sosial dengan
rakan sejawat
ii. Elakkan unsur-unsur pilih kasih, kronisme,
kecenderungan penilai terhadap guru
iii. Guru diberikan makluman dan pendedahan yang
jelas dalam penilaian prestasi.
Kesimpulan Keadilan prestasi menyumbang kepada usaha
organisasi pendidikan dalam usaha meningkatkan
motivasi kerja guru dan prestasi akademik guru.
Penilaian prestasi sebenarnya memainkan peranan
penting dalam pembangunan sumber manusia
22
sesebuah organisasi.
RUJUKAN
Abdull Sukor Shaari, Ab. Aziz Yusof, Mohd Khan Jamal Khan, Swee Mei Tang,
Kong Teong Lim. 2008. Keadilan penilaian prestasi dalam kalangan guru dan
hubungannya dengan motivasi kerja dan prestasi akademik sekolah
.International Journal of Management Studies (IJMS) 15: 159-176.
Abdul Ghafar Mahmud. 2011. Haluan Kerja Pendidikan Merealisasikan Agenda
Transformasi Negara. Purtajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Abdul Rahim Bin Hamdan, Ahmad Johari Bin Hj Sihes, Jamaluddin Bin Ramli &
Rosliza Binti Hamzah. 2006. Persepsi Guru Terhadap Profesion Perguruan Masa
Kini. Jurnal Pendidikan 31: 123-141
Amir Hassan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim:
Quantum Books Sdn. Bhd.
Feng, L & Sass, T. 2011. Teacher Quality and Teacher Mobility. http://www.urban.
org/publications/1001506.html diakses [27 Oktober 2011].
Feng Jie & Aida Idris.2009. Education Management: Perception of TQM and Its
Effect on Attractiveness of Place of Study. www.g-casa.com/PDF/malaysia/
Idris.pdf diakses [20 Oktober 2011].
Jamil Ahmad & Norlia Goolamaly. 2008. Pentadbiran dan Pengurusan Sistem
Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti. http://eprints.oum.edu.
my/160/ diakses [20 Oktober 2011].
Koedel, C. & Betts, J.R. 2007 Re-Examining the Role of Teacher Quality In the
Educational Production Function. ideas.repec.org/p/umc/wpaper/0708.html
23
diakses [28 Oktober 2011].
Malaysia. 2010. Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015.
Malaysia. 2010. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia.
Mohammed Sani Ibrahim. 2007. Evolusi pendidikan guru di Malaysia. Dlm. Norzaini
Azman & Mohammed Sani Ibrahim (pnyt.). Profesion Perguruan, hlm.23-54.
Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Johdi Salleh, Abdul Rasid Jamian, Baharom Mohamad, Mohd Hasani Dali.
2009. Peranan Guru Mencapai Objektif Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar.
www.iab.edu.my/DR_MOHD_JOHDI.pdf diakses [27 Oktober 2011].
Mok Soon Sang. 2008. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Rendah, Komponen 3:
Profesionalisme Keguruan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Nurahimah Mohd Yusoff & Rafisah Osman. 2011. Hubungan kualiti penyeliaan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan efikasi guru. Asia Pacific
Journal of Educators and Education 25: 53–71.
Rusli Ahmad, Azman Ismail & Wan Khairuzzaman Wan Ismail. 2007. Sistem
penilaian prestasi sektor awam di Malaysia: pemikiran semula terhadap peranan
dan tanggungjawab pegawai penilai prestasi. Jurnal Kemanusiaan 10: 80-89
Salwani Ismail. 2005. E-Sistem Penilaian Prestasi (E-Spp). Tesis Sarjana Muda,
Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, Universiti Teknologi Mara.
Shukri Zain. 2011. Komunikasi Kepemimpinan Berprestasi Tinggi: Rithmanologi
Dogma. Kertas kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
ke-18 Tahun 2011. Anjuran Anjuran Institut Aminuddin Baki, Kementerian
Pelajaran Malaysia, 25-28 Julai 2011.
24
Vijayaletchumi a/p Vairavan, Segar a/l Raja Manickam & Ahmad Sabirin Bin Abd.
Ghani. 2010. Pengembangan Profesionalisme: Satu Analisis Program
Pengembangan Profesionalisme Guru Di Peringkat Sekolah Dalam Menambah
baik Kualiti Guru. Prosiding Seminar Transformasi Pendidikan Teknikal, hlm.
70 – 80.