17
5.2 PERSONALITI

5.2 personaliti

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: 5.2 personaliti

5.2 PERSONALITI

Page 2: 5.2 personaliti

Struktur Asas Personaliti

Teras Psikologi Ia adalah ciri personaliti yang paling asas Ia adalah paksi utama dalam diri seseorang yang

menonjolkan sikap dan nilai, falsafah dan prinsip, keinginan dan kemahiran, serta kepercayaan dan keyakinan diri individu.

Teras psikologi menjelaskan siapa kita yang sebenarnya.

Ia adalah ciri dalaman yang stabil dan tidak mudah berubah.

Ia menjelaskan mengenai diri, sikap, perlakuan serta keseluruhan perkara yang berkaitan dengan kita.

Page 3: 5.2 personaliti

Respons yang biasa Struktur ini menjelaskan mengenai reaksi kita dalam

keadaan biasa, contohnya keramahan anda dan kemesraan dengan orang lain.

Dalam keadaan ini, menjelaskan respons ini adalah kayu pengukur dalam menjelaskan personaliti kita menerusi teras psikologi.

Dalam keadaan ini, menjelaskan bahawa kita adalah seorang yang peramah dan mudah mesra (ekstrovert)

Dalam keadaan yang berlainan situasi, kita boleh dianggap pendiam (introvert) jika dalam satu majlis yang dihadiri, orang melihat kita kurang bercakap, maka andaian berkenaan adalah kurang tepat kerana ia berdasarkan satu situasi sahaja.

Page 4: 5.2 personaliti

Peranan yang dimainkan Peranan yang dimainkan seharian adalah berkaitan

dengan persepsi kita terhadap situasi sosial yang kita hadapi setiap hari.

Ia adalah satu situasi yang dinamik dan sentiasa berubah mengikut keadaan contohnya, anda sekarang merupakan seorang pelajar dalam masa yang sama anda juga adalah atlet, abang/kakak/adik dan pelbagai peranan yang lain.

Setiap peranan yang dimainkan adalah berbeza. Oleh itu, kita perlu menyesuaikan diri agar tidak timbul konflik antara peranan tersebut.

Oleh sebab itu, ia tidak boleh dijadikan kayu pengukur kerana setiap peranan yang dimainkan adalah berbeza mengikut situasi.

Page 5: 5.2 personaliti

Personaliti dan penglibatan dalam sukan Ekstrovert Introvert

Morgan(1980), beliau membuat kesimpulan bahawa atlet biasanya lebih stabil serta ekstravert daripada mereka yang bukan atlet.

Cooper (1969) mendapati bahawa atlet biasanya lebih kompetitif, dominan, berkeyakinan,mempunyai motivasi pencapain yang tinggi, mudah menyesuaikan tahap psikologikal mereka dengan persekitaran, mempunyai konsep kendiri yang tinggi, mempunyai pandangan politik yang agak konservatif, bersikap autoritarian dan tidak cepat putus asa.

Page 6: 5.2 personaliti

Penyertaan dalam sukan serta kesannya terhadap pembentukan personaliti

Adakah atlet dan bukan atlet sememangnya berbeza dari segi personaliti sejak awal lagi ataupun penyertaan dalam bidang sukan yang mengubah personaliti mereka?

Page 7: 5.2 personaliti

Cratty (1989) telah mengutarakan tiga penjelasan atau kemungkinan:Model pengekalanModel pilihanModel perubahan

Page 8: 5.2 personaliti

Model Pengekalan

Mereka yang menyokong pendapat ini menjelaskan bahawa individu yang tidak mempunyai ciri yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang sukan akhirnya akanmenarik diri dari sukan. Mereka berpendapat bahawa penyertaan dalam bidang sukan mempengaruhi personaliti individu tersebut walaupun kenyataan sebenar personaliti individu itu langsung tidak terjejas.

Page 9: 5.2 personaliti

Model Pilihan

Mereka yang menyokong pendapat ini menegaskan bahawa hanya individu yang berkemampuan serta mempunyai ciri-ciri tertentu akan menyertai sukan.

Oleh disebabkan terdapat perbezaan antara individu yang menyertai sukan dengan individu yang tidak menyertai sukan maka akan terdapat dalam kalangan orang tertentu yang tidak faham dengan perkaitan ini akan membuat andaian yang silap dengan mengatakan bahawa penyertaan dalam sukan aktiviti sukanlah yang mengubah serta mempengaruhi personaliti individu.

Page 10: 5.2 personaliti

Model Perubahan

Mereka yang menyokong pendapat ini menjelaskan bahawa penglibatan dalam bidang sukan membawa perubahan kepada individu terbabit.

Page 11: 5.2 personaliti

Perbezaan personaliti berdasarkan penyertaan dalam sukan yang berbeza

Adakah wujud perbezaan yang sama antara atlet yang terlibat dengan sukan yang bersifat agresif atau kombat(silat, olahraga, taekwon-do) dengan atlet yang terlibat dengan sukan yang kurang agresif?

Page 12: 5.2 personaliti

Secara umumnya, kajian mendapati bahawa atlet yang terlibat dengan sukan yang berbentuk individu biasanya lebih tenang serta agak introvert jika dibandingkan dengan mereka yang terlibat dengan sukan berpasukan

Sementara mereka yang terlibat dengan sukan yang bercorak agresif biasanya lebih agresif dari atlet yang terlibat dalam sukan yang tidak bersifat agresif.

Page 13: 5.2 personaliti

Personaliti dan kemahiran : perbezaan antara atlet yang berjaya dengan yang kurang

berjaya

Menurut Morgan(1980), dengan mengetahui profil personaliti atlet, kita dapat membuat ramalan tetang kemampuan serta kejayaan atlet itu.

Menurut Wittig dan Schurr(1944), ciri-ciri personaliti seperti keyakinan diri, tidak mudah menyerah,emosi yang stabil dan sebagainya berkait rapat dengan kejayaan dalam bidang sukan.

Page 14: 5.2 personaliti

Tetapi menurut Davis dan Mogk(1994), personaliti seorang atlet bukanlah penentu kejayaan atlet terbabit dalam bidang sukan.

Menurut Morgan, kejayaan dalam bidang sukan berkait rapat dengan personaliti dan beberapa faktor psikologi yang bersangkutan dengan atlet tersebut serta faktor situasi(waktu, keadaan padang dan pengaruh penonton).

Page 15: 5.2 personaliti

Personaliti dan kecederaan dalam sukan

Kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri personaliti seperti bertenaga, terlalu berhati-hati dan kurang matang dari segi pemikiran berkait rapat dengan insiden yang melibatkan kecederaan dalam sukan.

Menurut McCullagh dan Tonymon (1992), atlet yang mengalami tekanan yang tinggi berkemungkinan besar akan mengalami kecederaan.

Page 16: 5.2 personaliti

Personaliti dan atlet wanita

Menurut Williams (1980), atlet wanita mempunyai ciri-ciri seperti bermotivasi pencapaian, tidak bergantung kepada orang lain, agresif, memiliki kestabilan emosi serta bersikap asertif jika berbanding dengan wanita yang kurang aktif.

Page 17: 5.2 personaliti

Personaliti dan aktiviti kecemasan

Merujuk kepada konsep kendiri, kajian menunjukkan bahawa aktiviti kecergasan berjaya meningkatkan konsep kendiri individu.

Menurut Sonstroem(1984), peningkatan konsep kendiri individu lebih disebabkan oleh persepsi individu terbabit tentang peningkatan tahap kecergasannya dan bukannya peningkatan kecergasan yang sebenar.