Buletin Sejarah Edisi 1_2013

  • View
    728

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Contoh Tajuk Kertas 3 SPM sejarah

Text of Buletin Sejarah Edisi 1_2013

  • Sejarah adalah umpama bilik kuliah yang besar dan sesiapa yang tidak belajar daripada sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan yang serupa.

    Tun Dr. Mahathir Mohamad,Perdana Menteri Malaysia Keempat

    SEGMEN LPG

    Kemunculan Tamadun Awal Manusia

    Peningkatan Tamadun

    Tamadun Awal Asia TenggaraKemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

    Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia KeduaKesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa

    EDIS I : 1 /2013

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  • Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

    Guru-guru yang saya hormati serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah dengan izin serta limpah kurnia-Nya, buat pertama kali, Buletin Sejarah berjaya diterbitkan. Syabas dan tahniah kepada Bahagian Buku Teks (BBT) sebagai peneraju dan semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung mengambil inisiatif menerbitkan Buletin Sejarah ini. Buletin Sejarah diterbitkan untuk Edisi 1, 2 dan 3 bagi tahun 2013 serta 2014 sebagai rujukan tambahan untuk murid Tingkatan 4 dan 5. Tumpuan kandungan diberikan kepada bahan yang menjurus kepada Kemahiran Berkir Aras Tinggi (KBAT). Semoga bahan yang disediakan ini relevan dan dapat memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah, menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan murid serta membugarkan penghayatan murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Penerbitan buletin ini juga diharap dapat mempertingkat empati murid untuk mengenali tokoh-tokoh, daya pemikiran dan kemahiran pemikiran sejarah. Sekian, terima kasih. Saya akhiri dengan wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat maju jaya.

    TAN SRI ABDUL GHAFAR B. MAHMUD

    Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

    Syukur Alhamdulillah, kerana dengan limpah kurnia-Nya, maka Buletin Sejarah Edisi 1/2013 berjaya diterbitkan. Pada kesempatan ini, saya mewakili warga Bahagian Buku Teks (BBT ) ingin merakamkan ucapansyabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Kerja Sidang Redaksi KPM dan Panel Penulis Guru Cemerlang Sejarah yang telah terpilih menjayakan penerbitan buletin ini. Buletin ini adalah satu wahana untuk memberikan maklumat dan percambahan idea daripada pelbagai sumber bahan sejarah bagi membantu murid Tingkatan 4 dan 5. Segmen berbentuk ilmiah yang dimuatkan dalam buletin ini adalah lebih berbentuk santai namun diadun dengan unsur Kemahiran Berkir, Kritis, Kreatif dan Inovasi (KBKKI), menyelitkan elemenKemahiran Berkir Aras Tinggi (KBAT) dan Lembaran Pengurusan Grak (LPG). Bahan buletin ini mempunyai sedikit kelainan daripada bahan yang terkandung dalam buku teks, namun masih dengan harapan mampu menjadi medan menjana potensi murid ke arah membina jati diri dan menyemarakkan semangat patriotisme.

    Sekian, terima kasih dan saya akhiri dengan wabillahitauk walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    ABDUL GHANI B. MOHAMAD NIZA PMP, AMP

    Selembar Bicara Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

    Sekapur Sirih Seulas Pinang Pengarah Bahagian Buku Teks

    SIDANG REDAKSI

    PENAUNGYBhg. Tan Sri Abdul Ghafar b. Mahmud

    Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

    PENASIHATYBhg. Datuk Dr. Amin b. Senin

    Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia(Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan)

    PENGERUSIEn. Abdul Ghani b. Mohamad Niza PMP, AMP

    PengarahBahagian Buku Teks

    TIMBALAN PENGERUSI Hj. Paridin b. Jais

    KETUA EDITORHj. Che Noh b. Muda K.M.W

    KETUA TEKNIKAL PENERBITANHarizan b. Hamzah

    SIDANG EDITORNoriza bt. Hj. Asmuni

    Yusri Amir b. Hj. BahasaMuhamad Zuraidi b. Abdul Jalal

    SIDANG TEKNIKAL PENERBITANAzhar b. Mohd ShariAli Hanaah b. Kassim

    Hj. Ab. Rashid b. Md. Yasin

    PENULISMasariah bt. Mispari

    Nor Mastura bt. Bahrum SakmorMat Zaid b. ManLim Chin Guan

    Ridzuan b. HassanMohd Rozi b. Ibrahim

    Azalan b. DaudIshak b. Saidoo

    Mohd Saleh b. IbrahimAbdul Rahim b. Ali

    Abdul Halim b. PendekNorhayati bt. Mat ZainSohaidie b. Mohd ZainMuhammad b. Abduhu

    Edwin ApokNor Azan b. Alias

    Abang Kussaini b. Abang MasaedHarvinder Kaur a/p Ranjit Singh

    PENGHARGAAN

    BBT merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada panel penulis, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Lembaga Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Pengurusan Maklumat serta kepada semua pihak yang terlibat dalam pelbagai aspek sehingga Buletin Sejarah ini dapat diterbitkan.

    HAK CIPTA

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buletin ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bagi tujuan komersial.

    Tamadun Mesir Purba telah meninggalkan warisan berharga bagi tamadun masa depan dari segi idea, ciptaan dan kreativiti. Bincangkan warisan tamadun Mesir Purba tersebut dan kaitannya dengan kemajuan tamadun Malaysia hari ini.

    1. PENGENALAN (5 markah) Jelaskan latar belakang tamadun Mesir Purba * Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 4 m.s. 18

    2. MEMAHAMI (30 markah) i. Jelaskan proses pembentukan tamadun Mesir Purba (10 markah) * Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 4 m.s. 18 ii. Terangkan ciri-ciri tamadun Mesir Purba (20 markah) * Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 4 m.s. 18 & 19

    3. MENGANALISIS (15 markah) Terangkan sumbangan tamadun Mesir Purba kepada peradaban dunia * Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 4 m.s. 21 & 22

    Pengenalan - Lokasi*

    Memahami/Menganalisis - Fakta - Huraian - Contoh

    Kenal pasti tugasan soalan Contoh:Tugasan soalan ini

    memerlukan anda mengenal pasti warisan tamadun Mesir Purba yang masih digunakan di negara kita

    Ayat permulaan jawapan hendaklah menjawab tugasan soalan

    Contoh: Warisan tamadun Mesir Purba yang masih kekal digunakan di negara kita seperti

    Rangka jawapan dengan menulis kata kunci jawapan

    Contoh: nombor, geometri,

    Bina ayat lengkap Aplikasi pernomboran, ilmu geometri, dan kimia daripada tamadun Mesir diterap dalam ilmu matematik dan sains di sekolah

    Kaitkan setiap isi dalam jawapan Menggunakan penanda wacana seperti selain itu, di samping itu, tambahan pula

    JUMLAH ISI JAWAPAN

    mengikut atau melebihi jumlah peruntukan markah

    4. MENGAPLIKASI (15 markah ) Malaysia banyak mempelajari ilmu dan warisan daripada tamadun lain. Apakah warisan tamadun Mesir Purba yang masih kekal digunakan di negara kita?

    Warisan tamadun Mesir Purba yang masih kekal digunakan di negara kita

    seperti dalam bidang perubatan contohnya pembedahan dan ubatan.

    Sistem pernomboran, ilmu geometri, zik dan kimia daripada

    tamadun Mesir Purba telah dijadikan asas pembelajaran matematik

    dan sains di sekolah.

    Ilmu astronomi dan sistem kalendar berdasarkan 12 bulan dan 365 hari dalam setahun kekal digunakan. Teknologi pengairan juga diadaptasi dalam sistem pengairan di negara kita contohnya Rancangan PengairanMuda, Kedah dan Rancangan Pengairan Kemubu di Kelantan.

    Selain itu, batu bata masih digunakan sebagai asas dalam sektor pembinaan. Begitu juga teknologi membuat kertas daripada pokok kekal digunakan hingga kini.

    Negara kita seperti tamadun Mesir Purba turut mempunyai pusat pentadbiran. Pusat pentadbiran negara kita terletak di Putrajaya. Mesir pernah diperintah oleh Firaun Wanita bernama Firaun Hatshepsutyang membina kegemilangan tamadunnya. Di negara kita, kaum wanitaturut terlibat dalam bidang pentadbiran negara.

    19 isi = maksimum 15m1 isi = 1mOleh itu 15 isi sudah memadai

    AYAT PERMULAAN

    MENGAITKAN ISI

    TUGASAN SOALAN

    SAINS & MATEMATIK SISTEM PENGAIRAN

    TEKNIK LUKISANPEMBEDAHANTULISAN HIEROGLIFKERTASPIRAMIDKALENDAR

    PEMBEDAHAN PUSAT SAINS NEGARA

    HERBA HOSPITAL

    KALENDAR MASIHI RANCANGANPENGAIRAN MUDA

    Masariah bt. MispariGuru Cemerlang

    SEK. SULTAN ALAM SHAH, PUTRAJAYA

    OH,SENANGNYA!

    BAB1

    Kemunculan Tamadun AwalManusia

    TINGKATAN 4

    AMBIL DARIPADABUKU TEKSSEJARAH

    BEGINI CARANYA...

    BULETIN

    SEJARAH - ED

    ISI 1/2013

    2

  • Tamadun Mesir Purba telah meninggalkan warisan berharga bagi tamadun masa depan dari segi idea, ciptaan dan kreativiti. Bincangkan warisan tamadun Mesir Purba tersebut dan kaitannya dengan kemajuan tamadun Malaysia hari ini.

    1. PENGENALAN (5 markah) Jelaskan latar belakang tamadun Mesir Purba * Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 4 m.s. 18

    2. MEMAHAMI (30 markah) i. Jelaskan proses pembentukan tamadun Mesir Purba (10 markah) * Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 4 m.s. 18 ii. Terangkan ciri-ciri tamadun Mesir Purba (20 markah) * Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 4 m.s. 18 & 19

    3. MENGANALISIS (15 markah) Terangkan sumbangan tamadun Mesir Purba kepada peradaban dunia * Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 4 m.s. 21 & 22

    Pengenalan - Lokasi*

    Memahami/Menganalisis - Fakta - Huraian - Contoh

    Kenal pasti tugasan soalan Contoh:Tugasan soalan ini

    memerlukan anda mengenal pasti warisan tamadun Mesir Purba yang masih digunakan di negara kita

    Ayat permulaan jawapan hendaklah menjawab