kertas kerja lawatan 2012

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh kertas kerja lawatan ke kuala terenggan

Text of kertas kerja lawatan 2012

KERTAS CADANGAN LAWATAN MOTIVASI SAMBIL BELAJAR SK SUNGAI PENCHALA KE KUALA TERENGGANU 2012

TARIKH: 9 11 NOVEMBER 2012ANJURAN : UNIT BMBINGAN DAN KAUNSELING UNIT KOKURIKULUM PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PANITIA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SKSP

1. Pengenalan Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran semata-mata. Guru boleh mempelbagaikan proses pembelajaran, melalui aktiviti-aktiviti diluar kelas supaya boleh mendorong murid menimba sesuatu pengalaman baru dan merasai sendiri suasana berkenaan bukan sekadar teori sahaja. Pengalaman yang mereka lalui dapat mengukuhkan lagi daya ingatan murid-murid. Guru boleh mengadakan lawatan sambil belajar bagi memberi peluang kepada murid mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa yang mereka lihat dan muridi. Sehubungan dengan itu Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Panitia Agama Islam dan juga Unit Kokurikulum SK Sg Penchala telah bergabung tenaga merancang untuk melaksanakan satu lawatan motivasi sambil belajar ke Kuala Terengganu kepada murid-murid tahun 4 dan 5 SK Sg Penchala seramai 40 orang murid. Kuala Terengganu dipilih kerana terdapat banyak tempat-tempat berunsurkan pembelajaran yang boleh murid lawati dan mengumpul maklumat untuk dijadikan bahan pengetahuan am berkenaan perkembangan Dunia Islam dan Sejarah Perkembangan Malaysia. Guru-guru telah merancang dan memilih tempat-tempat yang strategik seperti Universiti MalaysiaTerengganu, Taman Tamadun Islam, Planetarium, Muzium Negeri, dan beberapa tempat lain yang boleh mendidik murid-murid supaya menghargai ilmu pengetahuan. Selain daripada itu di sepanjang perjalanan murid-murid akan didedahkan dengan praktikal bagaimana melakukan solat Jama dalam perjalanan yang jauh supaya murid-murid dapat memahami bahawa Islam itu adalah mudah dan tidak menyusahkan penganutnya. 2. Objektif 2.1 2.2 Memberi nilai tambah kepada pengetahuan am murid-murid tentang Pembangunan Dunia Islam, dan Sejarah Perkembangan Malaysia. Meningkatkan motivasi murid supaya lebih berdaya saing dalam mencapai kejayaan supaya murid-murid boleh menjadi orang yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, maysarakat dan Negara.

3. Bilangan Peserta / Guru Seramai 40 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibubapa / penjaga dan seramai 4 orang guru akan mengawasi murid- murid sepanjang lawatan ini berjalan.

4. Cadangan Lawatan Tarikh Masa bertolak Tempat Lawatan 5. AJK INDUK Penasihat Pengerusi Pengerusi bersama Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK : En Ibrahim Bin Sahadan ( Guru Besar SKSP ) : EnMazilah Bin Mat Isa ( GPK HEM ) : Pn Azizah Binti Mahmud (GPK Kokurikulum) : Pn. Azlinda Sham Binti Abdullah Sani : Pn. Nik Roslina Binti Mohamad : Pn Azlina Binti Hamid : Pn. Suraya Binti Mohammad Din : En Mohd Iqbal Ridzwan Bin Hamdan : Pn Zakiyanah Binti Alias : Pn Samsiah Binti Ismail 6. AJK KERJA Ketua Rombongan Fotografi Kuiz Kecemasan : Pn. Nik Roslina Binti Mohamad : Pn Azlina Binti Hamid : Pn. Suraya Binti Mohammad Din : En Mohd Iqbal Ridzwan Bin Hamdan : 9 hingga 11 November 2012 : 7.00 pagi (berkumpul di tapak pasar malam Kg Sg Penchala) : rujuk tentatif

Jangkaan masa sampai di Sg Penchala: 11.30 malam

Penolong Setiausaha : En Nik Mohd Fahmi Bin Nik Harun Aminarrashed

Makanan/Penginapan : En Nik Mohd Fahmi Bin Nik Harun Aminarrashed

7. TENTATIF PROGRAM Jumaat (9 November 2012) 7.00 pagi 3.00 petang 6.00 petang 7.30 malam 9.00 malam 10.30 malam Sabtu (10 November 2012) 6.00 pagi 8.00 pagi 9.00 pagi 11.00 tengahari 1.30 petang 2.30 petang 5.30 petang 6.00 petang 7.00 malam 9.00 malam Ahad (11 November 2012) 6.00 pagi 8.00 pagi 9.00 pagi 11.00 pagi 1.30 petang 2.30 petang 4.00 petang 11.00 malam : Solat Subuh dan kuliah Subuh : Sarapan pagi : Universiti Malaysia Terengganu : Pasar Payang : Makan, Jamak Solat Zuhur Asar : Lawatan Tapak Pemprosesan Keropok Lekor : Bertolak pulang : Tiba di SK Sg. Penchala : Solat Subuh dan kuliah Subuh : Sarapan pagi : Taman Tamadun Islam : Muzium Terengganu : Makan tengahari dan Solat Jamak Zuhur Asar di Masjid Kristal : Planetarium : Pulang ke tempat penginapan : Aktiviti Riadhah di Pantai Batu Buruk : Makan, Jamak Solat Maghrib Isyak dan Kuliah : Rehat dan tidur : Peserta berkumpul : Tiba di Kompleks Belia dan Sukan : Makan malam : Solat Jamak Maghrib Isyak dan Kuliah Jamak Qasar : Pulau Warisan dan Dataran Shahbandar : Pengurusan diri dan tidur

8. PENDAPATAN / PERBELANJAAN 8.1 PENDAPATAN 1. Peruntukan Unit Kokurikulum 2. Peruntukan Panitia Pendidikan Islam 3. Peruntukan Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 4. Kutipan Murid (RM 60.00 X 40 orang) 5. PIBG Jumlah RM 1800.00 RM 1100.00 RM RM 300.00 500.00 RM 2400.00 RM 6100.00

8.2 PERBELANJAAN 1. Bayaran Pengangkutan 2. Makanan (RM 35 X 40 orang ) 3. Penginapan (RM 25 X 40 orang) 4. Tiket (Taman Tamadun Islam, Muzium, Planetarium) 5. Cenderahati kepada UMT 6. Perubatan dan lain-lain Jumlah 9. CADANGAN AKTIVITI a. Setiap murid akan diberi lembaran kerja bagi menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan lawatan dan tempat-tempat yang dilawati. b. Lembaran kerja akan dikumpul semula setelah program selesai untuk disemak dan dinilai oleh guru pengiring. c. Seramai 10 orang murid yang dapat menjawab dengan memuaskan akan dipilih untuk menerima cenderahati yang disediakan. RM 2700.00 RM 1400.00 RM 1000.00 RM RM RM 760.00 40.00 200.00

RM 6100.00

10. PENUTUP Diharap dengan menyertai lawatan ini, dapat membuka minda murid disamping memberi kepada murid tentang kawasan di luar tempat tinggal murid dan juga memberi motivasi kepada murid untuk lebih berdaya saing dalam memajukan diri.

Disediakan oleh : (NIK ROSLINA BINTI MOHAMAD) Setiausaha Lawatan 2012 SK Sg Penchala

Disahkan oleh:

1.1 1.2 1.3

Surat Kebenaran Ibu bapa Surat Kebenaran Tempat Lawatan Surat Kebenaran Pelancongan

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH, 47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSANNo. Tel. : 03-61561669 No. Fax :03-61571926 Email : SKSPpej@tm.net.my

Tuan: Ruj.Kami: SKSP01/06/10/001 ( ) Tarikh : 20 Jun 2007

Pengarah, Penjara Kajang, Selangor Darul Ehsan Tuan, Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk: 2. Adalah dimaklumkan sekolah kami berhasrat untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Penjara Kajang. Sehubungan dengan perkara di atas berikut adalah butiran lawatan : Tarikh Masa Bilangan Tujuan : 10 September 2007 : 8.00 pagi hingga 4.00 petang : 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring : i) Memberi pengalaman baru mengenai corak kehidupan sebagai penghuni penjara.

3. Di sini juga pihak kami akan sertakan tentatif lawatan yang kami cadangkan. Pihak tuan boleh membuat perubahan dan cadangan yang difikirkan bersesuaian. 4. Kami amat berharap permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan. Segala jasa dan perhatian pihak tuan amat kami hargai.

/2 Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

(HAJI ZULKIFLI BIN HAJI HAININ) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh, Selangor.

. . . . Kepada, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh, 47000 Selangor Darul Ehsan. Tuan, SURAT KEBENARAN PENJAGA / IBU BAPA

No. Tel : ________________

Bahawa saya ibu bapa / penjaga yang bernama __________________________________ No. K/P ________________________ memberi kebenaran kepada murid yang bernama ____________________________________ dari kelas ___________ menyertai aktiviti seperti butiran berikut : Aktiviti Tarikh Masa Tujuan Tempat Bayaran : Lawatan Sambil Belajar : 10 September 2007 : 8.00 pagi hingga 4.00 petang : Memberi pengalaman baru berkaitan dengan kehidupan seorang banduan. : Penjara Kajang : RM 20.00

2. Saya faham bahawa pihak sekolah telah pun memberikan segala penerangan dan akan mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang kegiatan tersebut diadakan. 3. Saya bersetuju untuk memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat apa-apa perubahan kesihatan atau keadaan fizikal anak jagaan saya sebelum tarikh aktiviti berkenaan. Saya juga telah memastikan bahawa anak jagaan saya faham bahawa setiap peraturan dan arahan yang diberikan oleh pihak sekolah dan guru pengiring hendaklah dipatuhi bagi memastikan keselamatan murid. 4. Saya juga memberikan kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya memberikan segala bentuk rawatan ke atas anak saya sekiranya diperlukan. Perakuan dibuat oleh. Nama : ________________________ Nama saksi : ______________________

No.K/P : _______________________ No. K/P : ______________________ Tarikh : ________________________ Tarikh : ______________________ SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH, 47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSANNo. Tel. : 03-61561669 No. Fax : 03-61571926 Email : SKSPpej@tm.net.my

Ruj.Tuan: Ruj.Kami: SKSP01/06/10/001 ( ) Tarikh Pegawai Muridan Daerah Gombak, Pejabat Muridan Daerah Gombak, Tingkat 3, Kompleks Selayang Mall, Jalan SU 9, Taman Selayang Utama, 68100 Batu Caves, SELANGOR. Tuan, Undang-Undang Pelancongan Sekolah 1957 Surat Kebenaran Daripada Ibu Bapa Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki. 2. Adalah disahkan bahawa pihak sekolah telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa bagi membawa seramai 40 orang murid untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke Penjara Kajang, Selangor pada 10 September 2007. 3. Adalah dimaklumkan juga bahawa pihak sekolah telah memberi segala penerangan dan akan mengambil langkah keselamatan dan pengawasan kepada ibu bapa di sepanjang program ini. Walau bagaimanapun pihak ibu bapa mengaku bahawa tidak akan mendakwa mana-mana pihak sekiranya berlaku perkara-perkara seperti kemalangan tau kecederaan ke atas anak jagaan mereka di sepanjang program tersebut. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, : 2Julai 2007