Upload
siti-rohani
View
436
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
8/18/2019 Pangkat Dan Lencana Pangkat
1/12
8/18/2019 Pangkat Dan Lencana Pangkat
2/12
PENUBUHAN
RUJUKAN
Peraturan ini hendaklah dibaca bersama dengan:i . Bahagian XI Akta Polis No. 41/1967.
ii. Lampiran A Akta Polis No. 41/1967 Peraturan - Peraturan Pasukan KadetPolis Di Raja Malaysia 1969.
TUJUANTujuan Penubuhan Pasukan Kadet Polis ialah untuk memupuk kesedaransivik di kalangan pelajar-pelajar sekolah terhadap tanggungjawab mereka
kepada masyarakat bagi memelihara undang - undang dan menjagaketenteraman awam dalam membantu untuk mengeratkan hubunganharmoni d iantara Polis dan masyarakat.
AKTA PENUBUHAN Polis Diraja Malaysia telah menetapkan penubuhan platun PKP bagi setiapdaerah berdasarkan pangkat Ketua Polis Daerah seperti berikut:
Pangkat KPD: ACP Sekurang-kurangnya 5 buah sekolahPangkat KPD: Supt Sekurang-kurangnya 3 buah sekolah.
Pangkat KPD: DSP/ASP Sekurang-kurangnya 2 buah sekolah.
Pengetua sekolah perlulah membuat satu permohonan bagi menubuhkanPKP dengan mengisi borang jadual pertama (Kaedah 5) seperti di lampiran A
kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan sokongannya, danseterusnya memanjangkan permohonan tersebut ke Ibu Pejabat PolisKontijen dan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mendapatkan kelulusan
Menteri Dalam Negeri.
https://sites.google.com/site/pkpsmkbkk/about-us/222.jpg?attredirects=0https://sites.google.com/site/pkpsmkbkk/about-us/222.jpg?attredirects=0
8/18/2019 Pangkat Dan Lencana Pangkat
3/12
ORGANISASI
Setiap platun PKP dianggotai seramai 35 orang iaitu seorang inspektor kadet
sebagai Komander Platun, seorang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, tigaorang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 30 orang sebagai anggota
kadet.Setiap empat platun atau lebih akan dijadikan satu kompeni dengan
berjawatan seorang ASP Kadet sebagai Komander Kompeni, seoranginspektor kadet sebagai Penolong Komander Kompeni, empat oranginspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sub inspektor kadet
sebagai Sab-Inspektor Kompeni, seorang sarjan mejar sebagai Sarjan MejarKompeni, empat orang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, dua belas orang
koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 120 orang anggota kadet.Walau bagaimanapun kelonggaran diberi jika mana-mana pasukan
mempunyai jumlah platun yang kurang atau lebih bagi membolehkanpenubuhan satu kompeni dan seterusnya.
PENUBUHAN PASUKAN KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA Penubuhan PKP di sekolah-sekolah adalah dirujuk mengikut Ordinan No. 2(Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 Akta Polis 1967.
Bahagian XI Akta Polis 1967 telah membolehkan penubuhan Pasukan Kadet
Polis (PKP) di mana-mana sahaja di Malaysia seperti yang diperintah oleh YBMenteri Dalam Negeri.
Pasukan Kadet Polis terdiri daripada:
1. Pegawai Kanan PKP
2. Pegawai Pangkat Rendah PKP3. Anggota PKP
Penubuhan PKP dilaksanakan di sekolah-sekolah Menengah sahaja dandibahagikan kepada;
1. PKP Lelaki
2. PKP Wanita
Anggota PKP (Anggota dan Pegawai Pangkat Rendah PKP) akan dipilih dikalangan pelajar sekolah menengah. Pegawai-pegawai Kanan PKP pula
adalah guru-guru sekolah tersebut (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan). PKPmerupakan satu pertubuhan yang bergabung dengan Polis DiRaja Malaysia
(PDRM) tetapi anggota-anggotanya bukan Pegawai Polis mengikut takrif
yang termaktub dalam Akta Polis 1967. Sokongan kerajaan untukmenubuhkan PKP telah diterima dan dilaksanakan sejak awal tahun 1970-
an. Penubuhan PKP ini telah menghasilkan perhubungan erat antara PDRM
8/18/2019 Pangkat Dan Lencana Pangkat
4/12
dengan para pelajar, guru, pentadbir, sekolah dan ibu bapa mereka selaras
dengan aspirasi PDRM: Mesra, Cepat dan Betul. Pelajar-pelajar didedahkandengan hal ehwal kepolisian dan justeru itu dapat menyedari tentangtanggungjawab mereka kepada masyarakat untuk menjadi warganegara
yang berdisiplin, berguna dan berjasa apabila mereka dewasa kelak.
Kaedah-kaedah Penubuhan Pasukan Kadet Polis DiRaja 1969 bertarikh 20November 1969 seperti berikut:
1. Permohonan Untuk Penubuhan Pasukan Kadet: Sesuatu permohonanuntuk menubuhkan satu PKP di mana-mana sekolah hendaklah dibuatoleh Pengetua Sekolah itu kepada Pegawai Memerintah melalui
Jabatan Pendidikan Negeri mengikut Borang Jadual Pertama (Kaedah5)
2. Permohonan Untuk Pendaftaran Anggota PKP: Permohonan untuk
pendaftran anggota PKP hendaklah dibuat mengikut Borang JadualKedua (Peraturan 6) kepada Pegawai Memerintah/Ibu Pejabat PolisDaerah melalui Komander Kompeni.
3. Permohonan Menjadi Pegawai Kanan Kadet Polis: Setiap pemohonuntuk menjadi Pegawai Kanan Kadet Polis hendaklah mengisi BorangJadual Ketiga (Kaedah 7) kepada Ketua Polis Negara melalui Jabatan
Pendidikan Negeri dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen.4. Kelayakan Untuk Pendaftaran: Pendaftaran sebagai anggota PKP
adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Kelayakan untukmemohon memasuki Pasukan Kadet Polis mengikut Akta Polis 1967
adalah seperti berikut:a) Pelajar sekolah menengah lelaki dan perempuan yang berumur
antara 14 hingga 21 tahun boleh memohon untuk menjadi ahli Kadet;b) Guru - guru yang berumur di antara umur 21 hingga 50 tahunboleh memohon untuk menjadi Pegawai Kanan Kadet;
c) Mana-mana orang antara umur 21 dan 50 tahun yang telahdiluluskan oleh Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri ,boleh
diambil sebagai Pegawai Kanan Kadet;d) Anggota-anggota daripada Pasukan Bersenjata, Pasukan Kadet
yang sedia ada, Pengakap, Pandu Puteri,St.Johns,Bulan Sabit Merah
atau sebarang badan - badan lain, atau unit lain, tidak dibenarkanmenjadi ahli Pasukan Kadet Polis.e) Semua ahli lelaki mestilah berukuran 4 kaki 6 inci tinggi atau lebih.f) Semua ahli wanita mestilah berukuran 4 kaki 3 inci tinggi atau lebih.
5. Akuan: Semua pelajar yang mendaftar sebagai anggota PKPhendaklah mengisi dan menandatangani Surat Akuan Taat Setia dalam
Jadual Keempat (Kaedah 9).6. Mewakilkan Kuasa-kuasa: Pegawai Memerintah boleh mewakilkan
kuasa-kuasanya di bawah seksyen 70 Akta Polis, 1967 kepada mana-mana pegawai-pegawai lain dalam Pasukan PDRM untuk menjalankan
kewajipan-kewajipannya untuk menubuhkan dan menguruskan PKP.7.
Pemeriksaan Doktor/Pegawai Perubatan:i. Pemohon-pemohon untuk pendaftaran dalam PKP adalah
dikehendaki hadir di hadapan satu jawantankuasa yang terdiri
8/18/2019 Pangkat Dan Lencana Pangkat
5/12
daripada tiga pegawai yang dilantik oleh Pegawai Memerintah dan
setiap pemohon juga dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatanmereka oleh Doktor/Pegawai Perubatan yang bertauliah.ii. Seseorang pemohon yang layak diterima memasuki PKP setelah
diperiksa oleh Doktor/Pegawai Perubatan, boleh didaftarkan dalam
PKP dan mana-mana anggota yang tidak menjaga tahap kesihatannya,pada bila-bila masa hendaklah diberhentikan.
8. Perkhidmatan Dalam Tempoh Percubaan: Apabila didaftarkan,
seseorang anggota PKP hendaklah berkhidmat dalam tempohpercubaan selama dua bulan dan pada akhir tempoh itu ia boleh
diperiksa apa-apa juga sebagaimana yang ditetapkan oleh PegawaiMemerintahnya. Jika keputusan pemeriksaan itu mendapati ia tidaklayak untuk terus menjadi anggota PKP, maka ia hendaklah
diberhentikan.
8/18/2019 Pangkat Dan Lencana Pangkat
6/12
PANDUAN KURIKULUM
PENGETAHUAN KEPOLISAN DAN KENEGARAAN
A. Pengenalan kepada organisasi polis peringkatpusat,negeri,daerah dan balai
1. Pengenalan kepada Undang-undang .2. Kanun Keseksaan
3. Kanun acara Jenayah4. Aktar Dadah Merbahaya
5. Kes Juvana.6. Akta senjata Api7. Akta Pengngangkutan Jalan.
8. Akta Orang muda.9. Undang-undang kecil 3/55
10. Akta Perlindungan kanak-kanak11. Undang-undang benda melucur/bahan letupan /senjata.
12. Akta rasuah13. Kesalahan Tatatertib dan hukuman.
B. Kenegaraan 1. Sejarah negara Polis Diraja Malaysia2. Kepimpinan Dalam PDRM semasa pemerintahan British.
3. Peristiharan Dharurat 1948.4. Penubuhan Pasukan Polis di Semenanjung Tanah Melayu.
5. Kemerdekaan Tanah Melayu19576. Sejarah Penubuhan Malaysia
7. Penglibatan polis mencegah penyeludupan Dadah8. Penglibatan polis membantu menyelesaikan masalah muda-mudi
9. Tokoh-tokoh yang berjasa pada negara.10. Mengenali lambang-lambang negeri dan negara,lagu-lagu petriotik.
C. Bina Diri Atau Kreativiti
1. Disiplin /kerohanian .
2. Ceramah agama.3. Hobi4. Sembahyang Jemaah (Qiamullail)
5. Projek keceriaan6. Bacaan Doa
7. Ikrar polis8. Jimrama berkumpulan9. Bersukan
10. Kebudayaan Malaysia (piusi,drama,deklamasi pantun sajak atau syair)11. Pertandingan mengarang.
12. Sudut pameran Kadet polis13. Reka Cipta
14. Sukanika dan Tradisional
8/18/2019 Pangkat Dan Lencana Pangkat
7/12
8/18/2019 Pangkat Dan Lencana Pangkat
8/12
8/18/2019 Pangkat Dan Lencana Pangkat
9/12
UNIFORM DAN PANGKAT
1.
Anggota-anggota PKP hendaklah dilengkapkan dengan pakaian
seragam sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Polis Negara(KPN 22/1/21 bertarikh 19 Februari 1970.2.
2. Anggota-anggota PKP hendaklah memakai pakaian seragam yangtelah diluluskan oleh Ketua Polis Negara :- 2.1. Semasabertugas/latihan atau semasa pergi/balik latihan semasa
bertugas/latihan atau semasa pergi/balik latihan. 2.2. Dalammesyuarat, perbarisan dan majlis-majlis lain sebagaimana yang
diluluskan oleh Pegawai Pemerintah. 2.3. Pada bila-bila masayang dibenarkan oleh Pegawai Pemerintah.
3.
Jenis/peralatan pakaian seragam yang ditetapkan kepada anggotakadet. 3.1. Pakaian kawad (Drill Order), But kawad, Angklet, Tali
Pinggang Hitam (untuk kawad biasa), Selempang Putih (untukkawad perbarisan). 3.2. Pakaian Hijau (Jungle Green), But'antispike', Baju Hijau, Seluar Hijau, Tali Pinggang Hijau, Topi
hijau.4. Setiap Ahli Kadet Polis yang baru dilantik dikehendaki mempunyai
sepasang baju Kadet Polis. Selain itu mereka perlu melengkapkanuniform mereka dengan aksesori berikut : a) Sepasang kasut
hitam b) Sepasang sarung kaki hitam c) Beret d) Lencana beret
berpelapik biru e) Tali pinggang biru tua f) Rantai kocek (landyard) g) Wisel h) Sepasang lencana bahu i) Sepasang lencanakolar
5. Kelengkapan bagi kasut dan beret boleh ditukar pada tiap - tiapselepas lapan belas bulan.
6. Lencana Kopral,Sarjan ,Sarjan Mejar dan Sub -Inspektor akan
dibekalkan apabila mereka naik pangkat.7. Apabila menerima barang - barang kelengkapan pakaian seragam
tiap - tiap Ahli Kadet dikehendaki menandatangani borang akuanpenerimaan seperti lampiran "A" dengan disaksikan oleh
Komander Platun.8. Adalah menjadi tanggungjawab ahli kadet yang menerima
kelengkapan pakian seragam menjaga barang - barangberkenaan dengan baik dan selamat. Barang - barang tersebuthendaklah dikembalikan kepada Komander Platun apabila
seseorang ahli kadet berhenti dari menjadi kadet.KomanderPlatun adalah bertanggungjawab menerima balik barang - barang
tersebut dan memeriksa serta menentukan semua barang -barang yang dikeluarkan kepada kadet itu diterima balik dengan
sepenuhnya. Barang - barang itu kemudiannya hendaklah
dikembalikan oleh Komander Platun kepada stor Polis.Bagimereka yang berhenti kerana tamat persekolahan barang -barang tersebut hendaklah dikembalikan pada bulan November
8/18/2019 Pangkat Dan Lencana Pangkat
10/12
kepada Komander Platun.
9. Sekiranya barang - barang kelengkapan pakaian seragamtersebut dihilangkan atau tidak dipulangkan oleh mana - manaahli kadet,maka ahli Kadet tersebut dikehendaki membayar balik
harga barang - barang yang hilang itu mengikut nilai yang
ditetapkan oleh stor Polis.
Adalah menjadi tanggungjawab Komander Platun untuk memesan
semua pakaian seragam dari setor Polis,untuk ahli - ahli Kadetnyapada tiap - tiap tahun bulan Januari.
10. Bagi menukar pakaian seragam untuk mengganti pakaian
seragam lama,Kadet dikehendaki melaporkan perkara ini kepadaKomander Platun. Komander Platun akan berurus dengan
penjaga stor gantian tersebut dengan kadar satu sama satu .
Penggantian ini akan dibuat dalam bulan Januari. PlatunKomander hendaklah berhubung dengan Penjaga stor untukukuran pakaian bagi tiap - tiap ahli Kadet.(Semua pemberian
gantian pakaian seragam adalah kain yang belum berjahit danpenjaga stor adalah bertanggungjawab untuk menguruskantender untuk menjahit pakaian tersebut).
11. Tatacara pemakaian pakaian seragam kadet polis perempuandan kadet polis lelaki adalah seperti berikut :
8/18/2019 Pangkat Dan Lencana Pangkat
11/12
PANGKAT DAN LENCANA PANGKAT
SIJIL PENGAKUAN
Ketua Polis Daerah bertanggungjawab memberi satu sijil pengakluankepada semua pegawai dan anggiota PKP yang berjaya menjadi
anggota kadet polis.
PENGURNIAAN REBEN
Sebagai satu langkah insentif, seseorang anggota kadet bolehdikurniakan reben untuk dipakai pada uniform setelah menjalani semuaujian aktiviti yang dijalankan dalam KURIKULUM LATIHAN.
https://sites.google.com/site/pkpsmkbkk/about-us/uniform-kadet-polis/Pangkat.jpg?attredirects=0https://sites.google.com/site/pkpsmkbkk/about-us/uniform-kadet-polis/Pangkat.jpg?attredirects=0
8/18/2019 Pangkat Dan Lencana Pangkat
12/12