Click here to load reader

RPH BM THN 2.docx

  • View
    260

  • Download
    7

Embed Size (px)

Text of RPH BM THN 2.docx

Matapelajaran: Bahasa MalaysiaKelas/Masa: 2 Maju/ 7.30 pagi-8.30 pagiTema: KemasyarakatanTajuk: Gotong-royong Standard Pembelajaran: 2.3.2Objektif: Di akhir pembelajaran murid dapat 1) Membaca pelbagai jenis ayat dengan lancar.2) Membaca kuat dialog dengan intonasi dan tanda baca yang betulAktiviti: 1) Guru mempamerkan gambar aktiviti bergotong-royong 2) Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar yang dilihat.3) Guru mengedarkan petikan teks kepada murid.4) Murid membaca kuat petikan dialog yang diberikan dengan bimbingan guru.5) Murid membaca secara kelas,kumpulan dan individu dengan sebutan dan intonasi yang betul.6) Guru berbincang dan meminta murid memberikan pendapat mereka tentang petikan dialog yang dibaca.7) Melengkapkan ayat yang diberi dengan jawapan yang sesuai pada lembaran kerja.EMK : Ilmu : Pendidikan Moral Nilai : Kerjasama TMK : Kreativiti dan inovasi BBB : Petikan,lembaran aktiviti,gambarPenilaian P & P : Murid memahami dialog yang dibacaRefleksi :________orang murid dapat menguasai kemahiran._______diberi bimbingan.

Tajuk: Gotong-royong di Balai Raya

Ravi: Kamu berdua hendak ke mana,Izham,Richard?Mengapakah kamu berdua membawa sabit dan penyapu?Izham: Oh,awak rupanya, Ravi.Saya ingatkan siapa tadi.Kami berdua hendak ke balai raya.Awak sudah lupakah Ravi?Hari ini taman perumahan kita akan mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan taman perumahan kita.Sebab itulah kami membawa penyapu dan sabit ini.Richard: Semua penduduk taman perumahan ini diwajibkan menyertai aktiviti ini.Ravi: Nasib baik kamu berdua mengingatkan saya.Kalau begitu marilah kita pergi bersama-sama.Richard dan Idham : Marilah.

Lengkapkan ayat di bawah dengan jawapan yang betul.1. Gotong-royong itu diadakan di___________________.

2. Alatan yang digunakan semasa gotong-royong ialah _________________dan_______________.

3. Jumlah orang yang terlibat dalam dialog diatas ialah_____________orang.

4. ____________________wajib menyertai gotong-royong tersebut.

5. Nama budak yang terlibat dalam dialog di atas ialah_______________,_____________dan__________________.