Click here to load reader

RPH Thn 6 zie.docx

  • View
    258

  • Download
    7

Embed Size (px)

Text of RPH Thn 6 zie.docx

1Tahun6 Sarjana

2Tarikh 29 Februari 2012

3Masa9.45 10.45 pagi

4Bilangan Murid20 orang

5Mata PelajaranBahasa Melayu

6TemaSentiasa Berhemat Semua Selamat

7TajukMesej dalam Iklan

8Fokus UtamaHPK 4.2 : Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.Aras 1i. Mengemuka pandangan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu perkara berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain secara bersopan.

9Fokus SampinganHPK 11.4 : Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikan oleh pihak lain. Aras 1 i. Memberikan pandangan terhadap pendapat pihak lain tentang sesuatu bahan.

10ObjektifPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

A. Menguasai isi kandungan1. Mengemukakan 1 pandangan sama ada menyokong atau membangkang tentang bahan berdasarkan kad gambar dan petikan iklan serta telah dibincangkan dalam kumpulan masing-masing dengan jelas.

2. Menulis sekurang-kurangnya 2 pandangan hasil pembentangan pihak lain berdasarkan kad gambar dan petikan iklan yang telah disampaikan oleh kumpulan lain dengan bahasa yang betul.3. Menyatakan secara bertulis kata kerja yang terdapat dalam gambar berkaitan keselamatan jalan raya yang diberikan dengan betul.

11Kemahiran BahasaMendengar : Pendapat kumpulan lain.Bertutur : Soal - JawabMembaca : Mesej dalam Iklan Menulis : Membina perkataan dan lembaran kerja.

12Sistem BahasaTatabahasa : Kata KerjaSistem Ejaan : memimpin, meningkatkan, pejalan, melihat.Sebutan dan Intonasi : ayat perintah , ayat penyata.Kosa kata / Peribahasa : tergelincir, memantulkan, mengagak, keprihatinan, jejantas, Biar Lambat Asal Selamat.

13Pengisian KurikulumIlmu : Pendidikan Sivik dan KewarganegaraanNilai Murni : berwaspada, berdisiplin, berhati-hati.Kewarganegaraan : -Kem. Bernilai Sosiobudaya : Kesantunan Bahasa

Kemahiran Bernilai Tambah

i. Kemahiran Berfikir : menjana ideaii. Kemahiran TMK : tayangan videoiii. Belajar Cara Belajar : mencatat notaiv. Kajian Masa Depan : Jalan Raya Pada Tahun 2020.v. Kecerdasan Pelbagai : visual ruangvi. Pem. Konstruktivisme : Membina soalan pemahaman berdasarkan pengalaman sedia ada.vii. Pem. Kontekstual : Murid pernah mempelajari PKJR disekolah.

14Media1) Video (Iklan Keselamatan Jalan raya),2) Kad pendapat Sokong (5 unit) Bangkang (5 unit)3) Bahan media Poster (2 unit) Surat khabar (2 unit) Risalah (2 unit )4) Keratan akhbar5) Radio / CD6) Kertas sebak (5 unit)7) Lembaran kerja

15Pengetahuan Sedia AdaMurid pernah melihat dan mendengar tentang kempen keselamatan jalan raya sama ada melalui televisyen atau akhbar.

Langkah / MasaIsi KandunganAktiviti Pengajaran PembelajaranCatatan

Set Induksi(5 minit)1) Dua keping keratan akhbar mengenai keselamatan jalan raya.Keratan 1

Keratan 2

2) Guru bertanya beberapa soalan mengenai gambar tersebut.i- Apakah yang ditunjukkan di dalam gambar?ii- Di mana kamu biasa memperoleh maklumat mengenai keselamatan jalan raya?

a. Guru menunjukkan dua keping keratan akhbar mengenai keselamatan jalan raya

b. Murid melihat gambar yang ditunjukkan.

c. Murid menjawab soalan berkaitan dengan gambar tersebut yang dikemukakan oleh guru.

d. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran pada hari ini.

Strategi/ teknik-Menyoal seluruh kelas.-visual -ruang

Kem. berfikir.-Kecerdasan pelbagai.-Menjana idea

Sumber: Keratan akhbar keselamatan

Langkah 1(10 minit)1) Video iklan mengenai keselamatan jalanraya ditayangkan.

2) Murid akan bekerjasama dalam kumpulan untuk memberikan pendapat tentang iklan.3) Antara soalan yang ditanya ialah:

i- Apakah yang kamu lihat tentang perlakuan pengguna jalan raya dalam iklan yang ditunjukkan itu?ii- Apakah kesan daripada perlakuan tersebut?iii- Apakah yang kamu lihat tentang perlakuan pengguna jalan raya dalam iklan yang ditunjukkan itu?iv- Apakah kesan daripada perlakuan tersebut?1) Guru menayangkan video iklan tentang keselamatan jalan raya kepada murid.

2) Murid menonton sedutan aksi pengguna jalan raya yang ditunjukkan.

3) Guru meminta murid memberikan pendapat mereka tentang iklan tersebut.

4) Murid memberikan pendapat dan jawapan merekaStrategi/ TeknikSebaran soalan kepada semua murid

Menyoal secara rawak

AktivitiBerkomunikasiKBKKMenaakul

NilaiInteraksiPeribadi-keyakinan

Sumber:-Video keselamatan jalan raya- Borang mengemukan pendapat.

Langkah 2(15 minit)1) Kad tugasan dan bahan media yang berkaitan keselamatan jalan raya.a- Kumpulan A (surat khabar)

b- Kumpulan B (Risalah)

c- Kumpulan C (Risalah)

d- Kumpulan D(Poster)

1) Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan kad tugasan dan bahan media berkaitan keselamatan jalan raya.

2) Murid bergerak dalam kumpulan seperti yang telah ditetapkan.

3) Setiap kumpulan dikehendaki berbincang sama ada menyokong atau membangkang perlakuan yang terdapat dalam bahan media dengan memberikan alasan yang munasabah sambil menunjukkan Kad Pendapat

4) Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing.

Strategi/TeknikAktiviti inkuiri dalam kumpulan

AktivitiMembuat kaitan

Sikap saintifik dan nilai murni:

-Penglibatan aktif-Menghargai masa-Bekerjasama

Sumber:

1. Bahan media2. keratan akhbar3. risalah4. Poster

Langkah 3(20 minit)1) Membentangkan hasil perbincangan dalam kumpulan.Contoh Kad Pendapat :

SOKONGSebabAlasan

BANGKANGSebabAlasan

1) Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan mereka.2) Guru bersama murid menyemak jawapan hasil pembentanganwakil setiap kumpulan.3) Semasa salah satu kumpulan menyampaikan hasil perbincangan, kumpulan yang lain diminta memberikan pandangan, sama ada menyokong atau membangkang pendapat kawan mereka dengan memberikan alasan yang munasabah.4) Murid mengangkat kad pendapat masing-masing sama ada menyokong atau membangkang jawapan kumpulan lain dan menyatakan alasan mereka.Strategi/TeknikAktiviti inkuiri dalam kumpulan

Aktiviti-Membuat kaitan-Kemahiran berfikir-Klasifikasi

Sikap saintifik dan nilai murni:Penglibatan aktifBekerjasama

Sumber:Kad pendapat

Langkah 4(5 minit)

Menyenaraikan kata kerja pada poster.

1) Murid menyenaraikan kata kerja yang terdapat pada poster secara lisan dengan bimbingan guru.Teknik/StrategiMenjawab soalan

SumberPoster

Pentaksiran

Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan

1) Murid diedarkan lembaran kerja tentang gambar berfikir sebelum melintas .2) Kemudian tandakan ( ) pada gambar pelakuan yang selamat dan tandakan ( x ) pada gambar pelakuan yang tidak selamat.

Teknik/StrategiMenjawab soalan.

AktivitiPsikomotor

NilaiPeribadi

Sumber: Lembaran kerja

PemulihanMurid memadankan gambar dengan ayat yang di berikan.

1) Murid diminta memadankan gambar dengan ayat yang sesuai

Strategi/TeknikMenjana idea

SumberLembaran kerja

PengayaanMembina perkataan.Contohnya: Semat Kelam Taman Selam Lemak1) Murid dikehendaki membina perkataan lain berdasarkan perkataan asal KESELAMATANTeknik/StrategiMenjana ideaLatih Tubi

SumberKertas lembaran

Penutup(5minit)Rumusan pelajaran.

- Berhati-hati di jalan raya.- Patuhilah undang-undang jalan raya.- Berpimpin tangan ketika melintas di jalan raya.- Melintas di lintasan belang.- Pandu cermat jiwa selamat.

Menyanyikan lagu

Pandu Cermat

Penutup Kognitif1) Murid dengan bimbingan guru merumuskan isi pelajaran pada hari ini.

Penutup Sosial1) Murid menyanyikan lagu Pandu Cermat dengan iringan muzik dari radio.2) Guru memberikan ganjaran atas hasil kerja mereka 3) Murid-murid menerima ganjaran daripada guru.

Strategi/TeknikPengukuhan

AktivitiMengaplikasi

NilaiPeribadi

Sumber:

-Penanda buku

-Radio / CD

9