Teknik Menjawab Sains UPSR

  • View
    65

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teknik sains upsr

Text of Teknik Menjawab Sains UPSR

  • TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR

    Panduan dan Teknik menjawab soalan Sains

    Bahagian A dan Bahagian B

  • Pengenalan Pada Kertas Sains

    Kertas soalan peperiksaan ini terdiri daripada satu kertas sahaja. Masa yang

    diperuntukkan untuk menjawab soalan

    ini ialah satu jam lima belas minit.

    Kertas ini terbahagi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B

  • Pengenalan Pada Kertas Sains

    Bahagian A terdiri daripada 30 soalan. Soalan ini dalam bentuk aneka pilihan

    atau objektif. Masa dicadangkan untuk

    menjawab soalan ini ialah 45 minit.

    Bahagian B terdiri daripada 5 soalan berstruktur dan masa yang dicadangkan

    untuk menjawab soalan ini ialah 30 minit.

  • Panduan Menjawab Soalan

    Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali untuk memahami kehendak soalan.

    Pertanyaan soalan dalam Kertas Sains ini tidak secara terus. Sebaliknya calon

    dikehendaki menjawab berdasarkan

    maklumat yang diberi.

  • Panduan Menjawab Soalan

    Kaitkan maklumat-maklumat tersebut dengan fakta dalam bidang penyiasatan

    yang disoal.

    Tandakan jawapan Bahagian A di kertas soalan dahulu sebelum memindahkan

    jawapan tersebut dengan menghitamkan

    kertas jawapan yang diberi.

  • Panduan Menjawab Soalan

    Calon perlu berhati-hati menandakan jawapan pada kertas jawapan (OMR)

    Pastikan jawapan tersebut sama dengan jawapan yang anda pilih di kertas soalan

  • Panduan Menjawab Soalan

    INGAT !! Pastikan anda dapat skor yang baik bagi kertas Bahagian A ini.

    Bahagian A menyumbang 60% daripada markah keseluruhan kertas Sains UPSR

  • Jenis-Jenis Soalan

    Fakta

    Urutan

    Istilah

    Kaedah

    Pengelasan

    Prinsip / Konsep

    Tafsiran

    Terjemahan

    Ekstrapolasi

    Aplikasi

  • Fakta

    Menguji pengetahuan calon tentang fakta seperti ciri , sifat

    atau fenomena.

  • Contoh soalan

    Ketiga-tiga pereka cipta di atas memberi sumbangan dalam bidang

    A Pengangkutan

    B Komunikasi

    C Angkasa lepas

    D Pembinaan

    Alexander Graham Bell

    Samual FB Morse

    Guglielmo Marconi

    Jawapan: B

  • Urutan

    Menguji pengetahuan calon tentang proses , aliran atau

    tertib, pergerakan fenomena

    berhubung dengan masa,

    kesinambungan dan

    perkembangan.

  • Contoh soalan

    Susun mengikut urutan kejadian objek dalam Sistem suria bermula dari ia berada di angkasa lepas hinggalah jatuh ke Bumi.

    A Meteor Meteroid Meteorit

    B Meteroid Meteorit Meteor

    C Meteroid Meteor Meteorit

    D Meteorit Meteor Meteroid

    Jawapan: C

  • Istilah

    Menguji pengetahuan calon tentang definisi, maksud,

    makna atau simbol yang

    berkaitan dalam soalan.

  • Contoh soalan

    Apakah yang dimaksudkan dengan siratan makanan ?

    A Hubungan makanan antara setiap hidupan

    B Keupayaan hidupan untuk terus hidup walaupun terdapat banyak rintangan

    C Gabungan dalam bentuk makanan antara setiap hidupan

    D Cara makanan diagih-agihkan kepada setiap hidupan

    Jawapan: C

  • Kaedah

    Menguji pengetahuan calon tentang cara, pendekatan dan

    teknik bagi mengenal pasti

    jawapan yang betul.

  • Contoh soalan

    Sebuah kubus mempunyai sisi 4 cm. Berapakah isi padu kubus tersebut selepas dipotong separuh daripada keseluruhannya ?

    A 16 cm

    B 32 cm

    C 64 cm

    D 128 cm

    Jawapan: B

  • Pengelasan

    Menguji pengetahuan calon tentang jenis, kumpulan, set

    atau bidang yang terlibat

    dalam soalan berkenaan.

  • Contoh soalan

    Antara berikut, objek yang manakah tidak boleh dikelaskan dalam

    kumpulan yang sama dari segi

    sumber asas objek tersebut ?

    A C

    B D

    Jawapan: A

  • Prinsip / Konsep

    Menguji pengetahuan calon tentang hukum dan prinsip

    sains.

  • Contoh soalan

    Pernyataan berikut boleh menerangkan tentang pembentukkan bayang-bayang objek kecuali

    A cahaya bergerak lurus

    B cahaya boleh dibiaskan

    C cahaya tidak boleh menembusi objek legap

    D cahaya boleh diselerakkan

    Jawapan: B

  • Tafsiran

    Menguji pemahaman calon tentang maklumat yang diberi dengan meminta

    calon membuat rumusan atau

    kesimpulan daripada data dalam

    soalan. Calon juga diuji tentang

    sesuatu idea secara menyeluruh.

  • Contoh soalan

    Jadual di atas menunjukkan perubahan suhu air yang telah direkodkan dalam satu penyiasatan. Antara berikut, penyataan yang manakah boleh mewakili maklumat dalam jadual di atas ?

    I Tenaga haba telah dibebaskan

    II Perubahan keadaan bahan mulai berlaku pada minit ke 25

    III Proses penyejatan telah berlaku

    A III sahaja C I dan III sahaja

    B I dan II sahaja D I, II dan III

    Masa/minit 5 10 15 20 25 30

    Suhu/ c 50 33 20 8 0 0

    Jawapan: B

  • Terjemahan Menguji pemahaman calon tentang

    maklumat / data / fakta yang diberikan

    dan biasanya memerlukan calon

    menyatakan maksud atau memindahkan

    data daripada satu bentuk ke bentuk

    yang lain. Data / maklumat yang diberi

    boleh jadi dalam bentuk jadual, graf,

    simbol atau gambar rajah.

  • A C

    B D

    Contoh soalan

    Antara berikut, yang manakah boleh dikaitkan dengan sifat cahaya di atas ?

    Jawapan: C

  • Ekstrapolasi

    Menguji pemahaman calon tentang kesan / akibat / implikasi

    daripada sesuatu tindakan. Calon

    biasanya diminta membuat

    ramalan berdasarkan maklumat

    yang terdapat dalam soalan.

  • Contoh soalan

    Antara berikut bola yang manakah akan bergerak lebih jauh apabila menuruni landasan ?

    Jawapan: D

  • Aplikasi

    Menguji keupayaan calon menggunakan pengetahuan dan

    pemahaman fakta untuk

    dihubungkaitkan dengan situasi baru

    khususnya berlatarbelakangkan

    kehidupan seharian.

  • Contoh soalan

    Mengapakah kereta lumba lebih rendah berbanding kereta lain ?

    A Lebih laju

    B Bentuk yang menarik

    C Tidak mudah terbalik

    D Menjimatkan perbelanjaan

    Jawapan: C

  • TIPS MENJAWAB SOALAN - BAHAGIAN B

    Bagi soalan Bahagian B, istilah-istilah yang digunakan perlu diketahui oleh para

    calon kerana telah dipelajari di bilik

    darjah. Misalnya, apakah inferens?

    Apakah kesimpulan? Apakah hipotesis?

    Apakah pemboleh ubah? Dan pelbagai

    lagi.

  • TIPS MENJAWAB SOALAN - BAHAGIAN B

    Adalah dicadangkan calon memperuntukkan masa sebanyak 45 minit untuk menjawab

    soalan Bahagian A dan 30 minit untuk

    menjawab soalan Bahagian B.

    Semak jawapan anda sebelum menghantar kepada pengawas peperiksaan.

  • Tips Menjawab Soalan - Bahagian B

    Soalan berstruktur sentiasa bermula dengan sesuatu perenggan yang

    mempunyai maklumat tertentu.

    Fahamkan segala maklumat yang diberikan dalam perenggan itu sebelum

    menjawab.

  • Bentuk Soalan

    Pada asasnya terdapat 4 bentuk utama yang digunakan dalam pertanyaan soalan Kertas

    Sains.

    Bentuk-bentuk soalan itu ialah:

    i. Eksperimen

    ii. Rajah/Gambar Rajah/Jadual/Maklumat

    iii. Padanan

    iv. Kemahiran matematik

  • Eksperimen

    Hampir keseluruhan soalan yang dikemukakan adalah berasaskan

    eksperimen atau uji kaji. Untuk

    menjawab soalan seperti ini, calon

    hendaklah memerhati dengan teliti dan

    memahami dengan teliti perkembangan

    eksperimen tersebut.

  • Rajah/Gambar Rajah/Jadual/Maklumat

    Sekurang-kurangnya 20 soalan dalam Bahagian A dan semua soalan Bahagian B pada peperiksaan disertakan rajah/gambar rajah/jadual/maklumat. Untuk menjawab soalan seperti ini, para calon perlu memahami maklumat yang diberi menerusi rajah/gambar rajah/jadual/maklumat tersebut.

  • Padanan

    Selain daripada soalan yang berbentuk eksperimen atau rajah, ada juga soalan

    yang mengemukakan maklumat dalam

    bentuk padanan atau gandingan. Para calon

    dikehendaki memilih padanan yang sesuai

    sebagai jawapannya. Soalan bentuk ini

    lebih menguji kepada aplikasi konsep sains

    atau tokoh yang terlibat dalam bidang sains.

  • Kemahiran matematik

    Terdapat juga soalan dalam Kertas Sains ini memerlukan calon menguasai

    kemahiran matematik. Soalan yang

    dikemukakan biasanya melibatkan aspek

    pengiraan. Pengiraan ini meliputi

    pengiraan isi padu, keluasan, panjang,

    masa dan sebagainya.

  • Tips Menjawab Soalan - Bahagian B

    Kata Kunci Kemahiran Proses Sains

    Membuat Inferens

    Meramal

    Membuat Hipotesis

    Mentafsir Maklumat/ Data

    Mengawal Pemboleh Ubah

    Pemerhatian

    Pola dan Corak

    Hubungan

    Kesimpulan

  • Kata Kunci Soalan

    Membuat Inferens

    Perhatikan fenomena / kejadian yang berlaku (menggunakan

    deria)

    Fikirkan sebab berlakunya kejadian / fenomena (menggunakan minda )

    Penerangan dari