Author
odoyie
View
6.137
Download
7
Embed Size (px)
PENGENALAN KESELURUHAN TUGASAN
Warisan dan budaya yang dipilih dan diketengahkan sebagai isu utama dalam
tugasan ini adalah bahasa Kadazandusun. Dalam bahagian pengenalan keseluruhan tugasan
ini, terlebih dahulu diterangkan serba sedikit tentang sejarah berkaitan dengan penutur
bahasa Kadazandusun iaitu suku kaum Kadazandusun di negeri sabah. Menurut Banci
Penduduk Dan Perumahan 2000, penduduk Sabah berjumlah 2.4 juta orang yang terdiri
daripada lebih 30 suku kaum dan bertutur dalam 80 dielek tempatan. Orang
Kadazandusun merupakan suku kaum terbesar di negeri Sabah yang membentuk satu
pertiga daripada jumlah penduduk di negeri tersebut. Pada masa dahulu, suku kaum
Kadazandusun pernah menetap di kawasan pedalaman, tetapi kemudian ramai antara
mereka telah berpindah ke kawasan Residensi Pantai Barat. Kegiatan ekonomi suku kaum
Kadazandusun ini ialah menanam padi dan menternak lembu. Kawasan petempatan
mereka terkenal sebagai ‘jelapang padi’ di Sabah. Perayaan utama orang Kazandusun
ialah Pesta Ka’amatan yang disambut pada bulan mei setiap tahun selepas musim
menuai. Antara acara penting yang diadakan semasa perayaan ini ialah persembahan
tarian sumazau.
Suku kaum lain yang menduduki negeri Sabah adalah seperti kaum murut, bajau,
kadayan, bisaya, irranun, rungus, kimarang, lundayeh, ubian, binadan, orang sungai,
tatana, tagaas, brunei, suluk dan banyak lagi. Masyarakat majmuk di Sabah membolehkan
kita menikmati keunikan dan keindahan kebudayaan serta kesenian yang mempesonakan.
Walaupun Sabah kaya dengan pelbagai warisan dan budaya serta kesenian, namun
perbezaan di antara satu sama lain adalah ketara. Ini boleh dilihat terutama sekali
daripada segi pakaian tradisi, tarian tradisi, muzik tradisi, kraftangan dan sebagainya.
Selain itu, perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum di Sabah juga dapat dilihat dari
segi bahasa, adat istiadat, corak dan pegangan hidup dan sebagainya.
Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan, dan ejaan banyak dipengaruhi
mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan suku kaum dari satu daerah
dengan daerah lain di negeri Sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan
makna yang sama. Kewujudan melalui bahasa Kadazandusun ini amat penting kerana
melalui bahasa, maka sesuatu prestasi atau pencapaian budaya sesuatu suku kaum itu
dapat ditunjukkan. Selain itu, melalui bahasa juga, terkumpul dan terbentuklah berbagai-
bagai ilmu pengetahuan.
Pada masa dahulu, kebanyakan suku kaum Kadazandusun percaya kepada
kepercayaan animisme iaitu sebelum kedatangan agama kristian dan agama islam. Pada
zaman nenek moyang, suku kaum Kadazandusun mempercayai kepada kuasa
‘komburongo’ yang digunakan dalam upacara ritual untuk mengubati orang-orang sakit.
Orang tua-tua yang menggunakan ‘komburongo’ tersebut akan membaca ayat-ayat mantera
untuk berhubung dengan kuasa ajaib dengan menggunakan bahasa Kadazandusun kuno
yang dalam untuk memohon agar memberi ketenangan serta penyembuhan kepada
seseorang yang sakit. Namun begitu, pada masa kini, penggunaan ‘komburongo’ tersebut
tidak lagi diamalkan setelah kedatangan agama islam dan agama kristian. Sebahagian
besar kaum Kadazandusun kebanyakkannya menganuti agama kristian.
Pada zaman dahulu, bahasa Kadazandusun memainkan peranan penting kepada
kaum yang menuturkannya iaitu suku kaum Kadazandusun. Bahasa Kadazandusun ini
digunakan dalam pergaulan dan perbualan harian suku kaum Kadazandusun. Selain itu,
bahasa Kadazandusun ini juga menjadi bahasa utama yang digunakan oleh para pemimpin
agama kristian di dalam setiap gereja. Terdapat beberapa kitab suci keagamaan kristian
seperti ‘buuk sambayang’ dalam bahasa Kadazandusun yang bermaksud ‘buku misa
kudus’ yang ditulis dan dibaca serta diterangkan dalam bahasa Kadazandusun di setiap
gereja di Sabah. Katekis serta Paderi iaitu pemimpin agama kristian Katolik khususnya
mengunakan bahasa Kadazandusun sebagai bahasa perantaraan utama dalam gereja-gereja
di Sabah. Selain itu, kebanyakan lagu-lagu rohani atau lagu puji-pujian juga ditulis dalam
bahasa Kadazandusun. Hal ini disebabkan semua suku kaum Kadazandusun pada masa
dahulu hanya memahami dan pandai bertutur dalam bahasa Kadazandusun sahaja.
Bilangan suku kaum Kadazandusun yang pandai bertutur dalam bahasa lain terutamanya
dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris amat sedikit bilangannya berbanding pada
zaman sekarang.
Bahasa Kadazandusun ini terdapat dalam dua bentuk iaitu secara lisan dan bukan
lisan. Namun begitu, pada zaman dahulu, kebanyakkan penduduk suku kaum
Kadazandusun ini mengunakkan bahasa Kadazandusun secara lisan disebabkan oleh tahap
pendidikan yang kurang dititikberatkan pada ketika itu. Kebanyakan suku kaum
Kadazandusun masih lemah dalam mengeja huruf, menulis serta membaca tulisan. Oleh
itu tulisan serta catatan dalam bahasa Kadazandusun masih agak kurang. Keadaan yang
demikian menyebabkan suku kaum Kadazandusun akan berhubung atau menyampaikan
sesuatu mesej atau pesanan secara lisan sahaja pada zaman itu. Contoh penyampaian
bahasa Kadazandusun secara lisan yang sering dilakukan ialah ketika menyampaikan
cerita dongeng, mitos, lagenda dan sebagainya yang tersirat banyak pengajaran dan
teladan dalam cerita tersebut.
Selain itu, penggunaan bahasa Kadazandusun secara lisan juga sering digunakan
oleh penghulu atau ketua kampung dalam acara adat istiadat perbicaraan atau sebagainya.
Penghulu atau ketua kampung tersebut akan membicarakan sesuatu adat istiadat dan
menjatuhkan sesuatu hukuman yang setimpal dan menyampaikannya secara lisan sahaja
kerana pada zaman dahulu, penulisan belum dilakukan disebabkan oleh tahap pendidikan
yang masih lemah ketika itu. Namun begitu, peredaran masa yang semakin moden dan
canggih pada masa kini menyebabkan penulisan dalam bahasa Kadazandusun ke dalam
buku-buku tertentu semakin banyak dihasilkan dan diterbitkan. Namun demikian,
penggunaan bahasa Kadazandusun ini semakin lama semakin berkurangan serta dilupakan
dan tidak diendahkan lagi kepentingan serta penggunaan bahasa Kadazandusun tersebut
oleh suku kaum Kadazandusun. Hal ini disebabkan juga oleh tuntutan pendidikan yang
semakin tinggi serta sikap masyarakat yang terlalu mengagung-agungkan bahasa asing
yang lain sehingga menyebabkan bahasa ibunda sendiri terabai dan terjejas
penggunaannya. Penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa perantaraan antarabangsa serta
penggunaannya dalam institusi pengajian tinggi dan dalam subjek-subjek tertentu seperti
dalam subjek sains dan matematik menyumbangkan kepada penggunaan bahasa kaum
ibunda masing-masing semakin berkurangan dan dilupakan.
Oleh yang demikian, faktor-faktor utama kepada kepupusan bahasa suku kaum
sendiri haruslah dikaji serta mencari alternatif dan kaedah-kaedah tertentu untuk terus
menghidupkan dan mengekalkan penggunaan warisan tersebut daripada pupus dan hilang
begitu sahaja. Tindakan segera haruslah dilaksanakan segera agar warisan bahasa ibunda
sendiri terus wujud dan dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang. Bahasa ibunda
suku kaum masing-masing amat penting sebagai lambang atau simbol utama dalam
menggambarkan identiti sesuatu suku kaum tertentu. Oleh itu, peranan setiap individu
sangat penting dalam mengekalkan bahasa ibunda suku kaum sendiri kerana bak kata
pepatah melayu, ‘hilang bahasa maka hilanglah suku kaum’ kerana bahasa dapat
melambangkan asal usul suku kaum tertentu.
DEFINISI DAN KONSEP
Warisan merupakan satu asas kepada pembentukan suatu warisan kebudayaan yang
terdapat dalam masyarakat setempat masa kini. Secara amnya, warisan kebudayaan merupakan
satu unsur yang mana kemunculannya sejak zaman nenek moyang lagi. Warisan ini
diperturunkan dari masa ke semasa. Yang mana generasi yang baru membawa pembaharuan
dalam perkembangan dalam bidang kesenian dan kebudayaan sesuatu masyarakat tersebut.
Secara keseluruhannya, warisan kebudayaan terbahagi kepada empat perkara. Antaranya,
warisan ketara, warisan tidak ketara, warisan mudah alih dan warisan tidak mudah alih. Malahan,
sejarah dalam pembentukan warisan dan budaya ini melibatkan keperluan asas, kepercayaan,
penjajahan, kemegahan, hiburan dan sebagainya.
Perubahan dalam kemajuan dan pemodenan yang semakin membangun masa kini, secara
tidak langsung melibatkan keaslian dan nilai warisan kebudayaan yang dimiliki oleh setiap suku
kaum dalam segenap lapisan masyarakat. Salah satunya masyarakat suku kaum kadazandusun di
Sabah. Warisan yang lemah dan semakin mengalami kepupusan, iaitu penggunaan bahasa ibunda
dalam komunikasi seharian. Bahasa merujuk kepada satu cara alat komunikasi bagi
menyampaikan dan menerima mesej di antara penyampai dan penerima. Bahasa merupakan satu
keperluan dan faktor-faktor terhadap kewujudan warisan dan budaya dalam masyarakat. Begitu
juga bagi suku kaum kadazandusun yang mempunyai bahasa ibunda tersendiri. Suku kaum
dusun dan kaum kadazan sebenarnya merupakan suku kaum yang berbeza, tetapi berasal
daripada satu rumpun yang sama. Oleh itu, bahasa kedua-dua suku kaum ini seakan-akan sama,
cuma dibezakan dengan sedikit perbezaan dari segi ejaan dan sebutan. Bahasa yang dimiliki oleh
suku kaum kadazandusun adalah bahasa dusun dan bahasa kadazan. Contohnya, "rumah"
disebut sebagai "walai" dalam bahasa dusun dan "hamin" dalam bahasa Kadazan. Banyak
perkataan lain yang hanya berbeza dari segi ejaan seperti "dua" iaitu "duo" dalam bahasa dusun
dan "duvo" dalam bahasa Kadazan, dan "sembilan" yang disebut "siam" dalam bahasa dusun,
dan "sizam" dalam bahasa Kadazan. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan yang sama seperti
"satu" iaitu "iso" dalam kedua-dua bahasa dan "enam" iaitu "onom".
BAHASA KADAZANDUSUN
Bahasa Kadazandusun secara rasionalnya telah wujud sejak nenek moyang lagi, pada
asalnya penggunaan bahasa ibunda tersebut adalah satu cabang untuk setiap manusia
berinteraksi, memyampaikan dan menerima maklumat. Secara khususnya, penyebaran dialek
seumpama tersebut adalah bermula daripada kelompok masyarakat kecil. Kelompok tersebut
berkomunikasi dan membentuk identiti melalui pemahaman bahasa mereka. Justeru ia akan
berkembang melalui penyebaran dan penambahan kuantiti dalam kelompok masyarakt tersebut.
Pada asalnya kelompok masyarakat kadazandusun adalah dalam kuantiti yang sedikit seterusnya
akan berkembang menjadi kelompok besar seiring dengan perkembangan masa. Begitu juga
dengan suku kaum etnik yang lain di Sabah. Faktor-faktor kewujudan dialek tersebut adalah
serupa. Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987). Institusi Lingustik S.I.L “ melaporkan
bahawa bahasa-bahasa tempatan ini dipercayai termasuk dalam bahasa Austronesian keturunan
Bornean dari keturunan asal Austronesian. Sejumlah 350 ribu atau 1/3 daripada penduduk Sabah
terdiri daripada kaum Dusun serta membentuk kebudayaan yang dinamik di negeri Sabah
( Kitingan, 1982).
Bagi masyarakat kadazandusun, kewujudan warisan seumpama ini mempunyai kaitan
dengan asal usul nunuk ragang. Menurut mitos, dahulu cuma ada kaum nunuk ragang yang
dipercayai keluar dari pokok (nunuk ragang) dan apabila terdapat selisih faham antara mereka
maka satu puak naik ke atas bukit dan memanggil diri mereka sebagai dusun dan satu puak
lagiturun ke tanah datar dan memanggil diri mereka sebagai kadazan. Uniknya, sesungguhnya
kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal
usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik
berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi
pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada
setiap tahun. Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun
menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari
"Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran suku kaum ini ke seluruh
pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat
yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik,
terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun. Dari aspek
bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Oleh
itu, sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain di negeri
sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama. Menurut Dr.
Jacqueline Pugh-Kitingan (1987), masyarakat Dusun mempunyai asas kesamaan dengan suku
kaum di Sabah, iaitu dari aspek sistem sosial daripada aspek sejarah lisan, struktur sosial,
keturunan, kepercayaan, pertanian, bahan-bahan kebudayaan, agama dan amalan adat istiadat
adat resam.
FAKTOR-FAKTOR KEPUPUSAN
Perkembangan penggunaan bahasa dialek dusun ini merupakan medium komunikasi bagi
suku kaum dusun dalam berinteraksi. Penduduk masyarakat dusun banyak terdapat di kawasan
pergunungan Sabah. Menurut Ismaily Bungsu (1988), suku kaum Dusun kebanyakannya tinggal
di Keningau, Tambunan dan Ranau. Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987), keluarga
Dusun menggunakan empat belas bahasa pertuturan. Antara bahasa Dusun ialah Liwan, Tagas,
Dusun Tambunan, Tuhauwon dan Kuruyou. Bahasa Dusun Liwan tertumpu di daerah Ranau.
Dahulu, zaman nenek moyang lebih mengagung-agungkan penggunaan dialek dusun tersebut,
tetapi peredaran masa semakin menghapuskan penggunaan dialek tersebut. Fenomena seumpama
ini sering berlaku apabila berlakunya anjakan paradigma dalam permodenan dan kemajuan yang
dikecapi oleh manusia masa sekarang. Ini secara tidak langsung menggambarkan betapa
rapuhnya dan tidak tekal kebudayaan yang dimiliki, kerana terus berubah mengikut aliran
perubahan zaman yang tidak pasti kesudahannya.
Perkembangan ideologi yang semakin mencengkam dalam perkembangan pengetahuan
mengikut arus kemajuan dalam bidang pendidikan. Secara langsung menyebarkan tempias yang
amat ketara dalam perkembangan penggunaan bahasa ibunda bagi setiap masyarakat etnik yang
terdapat di Sabah. Hal sedemikian telah menpengaruhi para generasi sekarang yang lebih
mementingkan ilmu pendidikan, dimana para pelajar dan siswa serta siswi perlu mementingkan
penguasaan dalam penggunaan bahasa asing. Salah satunya, bahasa Inggeris yang merupakan
satu medium bahasa komunikasi yang amat ditekankan dalam menepati kelayakan untuk
memasuki bidang-bidang pendidikan dan seumpamanya. Penekanan penggunaan bahasa asing
tersebut telah mempengaruhi gologan ibubapa masa kini, untuk cenderung memilih sekolah-
sekolah cina dan sebagainya. Golongan ibubapa berpendapat bahawa cara seumpama tersebut
melatih anak-anak mereka untuk menguasai bahasa-bahasa tersebut. Malahan, golongan ibubapa
tersebut tidak lagi mementingkan penggunaan bahasa ibunda dalam komunikasi mereka seharian
bersama-sama dengan anak-anaknya. Padahal, tindakan seumpama ini sebenarnya mendorong ke
arah kepupusan pengggunaan bahasa dialek dusun. Rasionalnya, golongan kanak- kanak yang
telah dibesarkan dalam kondisi persekitaran keluarga yang berpendidikan dan mementingkan
ilmu pngetahuan. Maka, penerapan penggunaan bahasa dialek dusun akan hilang dan pupus.
Selaras dengan arus pemodenan, kehidupan masyarakat kadazan dusun yang dahulunya
hanya berkerja sebagai petani dan penternak binatang semakin hari semakin berkembang maju.
Berdasarkan sejarah, masyarakat kadazandusun merupakan masyarakat yang paling awal
mengenali mendapat pendidikan berbanding dengan masyarakat sabah yang lain. Hal ini
menyebabkan ramai masyarakat mereka yang memiliki jawatan tinggi dalam agensi kerajaan
mahupun swasta, oleh yang demikian perubahan tersebut banyak merubah corak kehidupan
mereka termasuk bahasa yang digunakan seharian. Sebelum mengenali pendidikan, masyarakat
kadazandusun menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pertuturan seharian tetapi
sekarang, hampir semua anak-anak muda menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa seharian
berbanding bahasa ibunda mereka sendiri walaupun mereka tahu dan memahami bahasa mereka
sendiri. Masalah ini wujud kerana kebanyakkan ibu bapa sekarang kurang memberi penekanan
dalam mendidik anak mereka menggunakan bahasa ibunda sendiri sejak dari kecil, jadi setelah
anak-anak mereka membesar kelak mereka akan lebih selesa bertutur menggunakan bahasa yang
sudah biasa digunakan dari kecil.
KESAN-KESAN POSITIF
Di mata dunia, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan sangat menarik
kerana terdiri daripada masyarakat yang pelbagai etnik dan budaya yang berbeza tetapi masih
dapat hidup aman dan damai dibawah satu bumbung yang sama dan juga setiap budaya tersebut
mempunyai bahasa, adat, perayaan dan kesenian mereka tersendiri. Selain itu, negara kita juga
terkenal dengan sebuah negara yang masih kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan juga tempat-
tempat yang menarik dan sesuai untuk aktiviti pelancongan. Hal ini berjaya menarik ramai
pelancong asing dan juga pelancong dari kita sendiri untuk melancong dalam negara kita bagi
melihat sendiri keunikan yang terdapat dalam negara kita menggunakan mata kasar, semakin
hari bilangan para pelancong yang memasuki negara kita semakin meningkat maka hal tersebut
dapat membantu meningkatkan ekonomi negara kita seterusnya dapat membantu meningkatkan
pembangunan negara untuk mencapai matlamat negara maju selaras dengan negara-negara yang
maju seperti jepun, china, dan negara-negara barat. Oleh kerana negara kita kaya dengan
pelbagai keunikan dan kaya dengan keaslian tumbuh-tumbuhan maka kita sebagai rakyat
Malaysia haruslah berusaha mengekalkan setiap keunikan tersebut bagi menambahkan lagi
kemasukan pelancong ke dalam negara kita.
Bahasa kadazandusun merupakan salah satu daripada keunikan tersebut kerana ia
merupakan bahasa ibunda masyarakatnya sendiri yang boleh membantu menarik minat para
pelancong untuk melihat keunikan bahasa mereka, tetapi malangnya sekarang bahasa kadazan
dusun hampir pupus disebabkan pelbagai masalah yang tidak dapat dielakkan. Jadi sebagai
rakyat Malaysia, kita haruslah berganding bahu untuk membendung masalah ini daripada terus
berlaku kerana sekiranya bahasa tersebut bena-banar pupus pada masa akan datang ia boleh
menjejaskan bilangan keunikan yang terdapat di negara kita seterusnya akan memberi kesan
buruk kepada bilangan para pelancong yang memasukki negara kita. Selain pelancong dari luar
dan juga pelancong tempatan.
Perhubungan sosial yang wujud dalam mengeratkan sillahturahim banyak menpengaruhi
persekitaran dan suasana kehidupan berbilang suku kaum. Sesungguhnya, dialek mengambarkan
identiti suku kaum seseorang dan masyarakat tersebut. Warisan seumpama ini seharusnya dijaga
dan dipelihara untuk kepentingan bersama, malahan perlu dipraktikkan dalam komunikasi
seharian. Penggunaan dialek dusun dalam kalangan hidup bermasyarakat secara langsung
mewujudkan hubungan sosial secara kondusif. Pada zaman nenek moyang dahulu,kehidupan
sosial mereka amat erat jika dibandingkan pada era masa kini. Komunikasi menggunakan dialek
bahasa ibunda dalam masyarakat etnik kadazandusun sebenarnya menggambarkan identiti
tersediri. Warisan yang dimiliki oleh suku kaum kadazandusun ini sebenarnya melahirkan
kebaikan dalam hubungan sosial masa sekarang. Begitu juga dengan suku kaum lain, dimana
penggunaan dialek tersendiri dapat menggambarkan kepelbagaian serta melambangkan identiti
tersendiri. Walaupun di Sabah mempunyai lebih 40 etnik serta terdapat 80 dialek yang berlainan,
namun secara amnya hampir setiap dialek tersebut mempunyai maksud yang sama. Peranan
penggunaan bahasa ibunda ini dalam konteks hidup secara bersosial terutamanya masyarakat
pelbagai etnik, dapat mengeratkan jalinan perhubungan sillahturahim.
LA
MPIRAN:
DIALEK BAHASA DUSUN
BAHASA MELAYU
1. Diti/iti ini
2. nopo Ialah/ adalah
3. Boros cakap
4. mimboros bercakap
5. Awu/amu tidak
6. Oku Saya/aku
7. Koilo tahu
8. nung kalau
9. miagal sama
10. suai lain
11. osonong baik
12. kopio Amat/sangat
13. Haro ada
14. manganu memberi
15. kesiwatan peluang
16. tulun orang
17. barajal belajar
18. tuntul siput
19. Bawang/baang Sungai besar
20. Lumuyud banjir
21. mindahu Pergi ke ladang
22. Mihad menangis
23. sada ikan
24. waig air
25. sikul sekolah
26. kumut selimut
27. mulau gila
28. godoot Kuat makan
29. Araat jahat
30. Kiriman oku noh do surat Jangan lupa kirim surat
31. Kotoluadan / Pounsikou Bersyukur
32. Sorohon oku noh! Ingatlah saya sentiasa
33. Toliponan oku noh Tolong telefon saya
34. Kotobian do dongotuong Selamat malam
35. Isai ngaran nu? Siapa nama kamu
36. Ngaran ku ih... Nama saya ialah
37. Auh poh Belum lagi
38. Poingkuro Macam mana
39. Kotobian do kosuabon Selamat pagi
40. Kotobian dongotadau Selamat malam
41. Alasu tadau Panas ini hari
42. Hinonggo koh poingoyon? Dimanakah tempat tinggal kamu
43. Poingiyon oku id.. Saya tinggal di…
44. Okuro-kuro koh noh? Bagaimanakah keadaan anda
45. Osonong oku ih Saya dalam keadaan yang baik
46. Hinonggo ngoyon nu? Kamu hendak ke mana
47. Mongoi oku id.. Saya hendak pergi ke
48. Kanoh mongoi akan Mari kita pergi makan
49. hinonggo tadon nu? Kamu daripada mana
50. Nunu iti? Apa ini
51. Osibuk koh? Kau sibuk kah
52. Kanoou moi morobuat Mari kita berkebun
53. Kanoou moi mogium do rapaan Mari kita cari sayur
54. Aramai teh Mari bersuka ria
RUJUKAN:
1. http://www.sabah.org.my/kenali_sabah/lagenda_stories/lagenda_nunuk.htm.
2. Ismaily Bungsu (1988), Beberapa Muzik Sabah. Kota Kinabalu:Jabatan Cetak Kerajaan
Datuk Liew Sak Siong, Pencetak Kerajaan Negeri Sabah.
3. Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987). Muzik Instrumental Dan Alat-alat Muzik Dusun
Tambunan