Upload
duongthuy
View
235
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
ISU 05
Finding An Agent That’s Right For You
5432 Any Street West
Townsville, State 54321
COMPAN Y
REAL ESTATE
Isu Kali Ini >>>
SISIPAN KHAS RAMADHAN
KICK OFF SHOWCASE
TRANSFORMASI JPA
PERHIMPUNAN HARI PEKERJA
2014
BUAL BICARA BIASISWA YANG
DI-PERTUAN AGONG 2014/2015
Imperdiet doming id quod mazim placerat facer minim veni am ut wisi enim ad minim
niam, quis erat nostr uexerci tation ullamcorper nostru exerci tation ullam corper et
iusto odio dig nissim qui blandit praesent lupta tummer delenit augue duis dolore.
Ikuti Kami
SEKITAR Contact us at 555-543-5432 www.yourwebsitehere.com
KUPASAN PERJALANAN TRANSFORMASI JPA
Sumbangan Berita: Warga JPA Penerbitan : Pasukan Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Percetakan : Unit Dokumentasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Buletin ini juga boleh dilayari secara digital di Portal JPA
20 JUN - 21 JULAI
2014
25 Jun 2014 – YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama-sama dengan Ahli Pengurusan
Tertinggi JPA telah merasmikan program ‘Kick Off Transformation Showcase’ di Lobi JPA, Kompleks C1. Program ini bertujuan untuk
memberi hebahan dan penerangan yang lebih meluas terutama kepada semua kakitangan JPA tentang program transformasi yang telah
dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
“KICK OFF” SHOWCASE TRANSFORMASI JPA
Pada 19 Jun 2014, telah diadakan Majlis Amanat
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan
Penyampaian Surat Penempatan Pembantu Tad-
bir Gred N17—N22 di INTAN Kampus Bukit
Kiara.
Majlis anjuran Bahagian Perkhidmatan JPA ini
melibatkan Pembantu Tadbir seramai 120 orang.
Dalam ucapannya, YBhg. Tan Sri KPPA
menekankan aspek transformasi, proaktif,
bertanggungjawab dan berintegriti dalam men-
jalankan tugas di tempat baharu demi
memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan
awam Negara berada di tahap terbaik.
Para Pembantu Tadbir turut menyampaikan rasa
bangga dan berterima kasih kepada YBhg. Tan
Sri kerana sudi ‘turun padang‘ untuk berjumpa
sendiri dengan mereka dan menyampaikan Surat
Penempatan.
Melaka – 21 Jun 2014 : Sambutan Perhimpunan Hari Pekerja 2014 Peringkat Kebangsaan telah diadakan di MITC Melaka. Majlis ini
telah mengumpulkan 12000 orang pekerja sektor awam dan swasta ini telah dirasmikan oleh YAB PM. Majlis yang penuh gilang
gemilang ini diharap dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan pekerja antara awam dan swasta.
Jaringan kerjasama sektor awam, swasta dan NGO ini harus diperkukuh bagi menjamin satu persekitaran yang harmoni, lestari dan
terangkum. Dalam ucapan YAB PM, beliau menambah 3 lagi prinsip daripada 5 prinsip yang telah dinyatakan dalam Perhimpunan
Penjawat Awam di Jitra 1 Mei yang lalu. Ini menjadikan 8 prinsip kesemuanya untuk menjadi pekerja yang berinovasi dan transformasi.
Marilah sama-sama kita hayati dan amalkan 8 prinsip ini dalam menjadikan kita sebagai penjawat awam yang berdaya saing, berinovasi,
berprestasi tinggi, berintegriti dan berjiwa rakyat.
PERHIMPUNAN HARI PEKERJA 2014 Kesemua pencapaian Teras Strategik seperti
Mendaya Upaya Bakat, Merekayasa Organisasi,
Merakyatkan Perkhidmatan Awam, Merangkum
dan Sepunya serta Membudayakan Nilai yang
diterajui oleh Bahagian-Bahagian di JPA telah
dipamerkan dalam program ini.
YBhg Tan Sri KPPA turut menyatakan bahawa
segala yang telah dicapai dalam program
transformasi ini telah dikongsikan bersama-sama
dengan agensi-agensi lain dalam memastikan
proses keterangkuman dan sepunya mengenai
program Transformasi Perkhidmatan Awam dapat
dicapai secara kolektif dan jayanya. Beliau juga
mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua
yang telah berjaya merealisasikan program ini.
Program yang diadakan selama satu hari ini telah
berjaya memberi pendedahan yang lebih efektif dan
berinformatif kepada kakitangan JPA melalui
konsep santai, di mana mereka boleh bertanya
secara langsung kepada para petugas pameran
tentang pencapaian dan perancangan akan datang
tentang program transformasi JPA. Selain dari
pameran terdapat juga aktiviti lain turut diadakan
bagi memeriahkan program ‘Kick Off
Transformation Showcase” bersempena dengan
kehangatan musim World Cup 2014. Perasmian
program ini turut boleh dilayari secara ‘Live Video
Streaming’: vc.jpa.gov.my
SAMB. “KICK OFF” SHOWCASE TRANSFORMASI JPA
AMANAT KPPA & PENYAMPAIAN SURAT PENEMPATAN
PEMBANTU TADBIR GRED N17—N22
2 11
BENGKEL PENGURUSAN ADUAN PELANGGAN JPA
MESYUARAT AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001-2008 Bengkel Pengurusan Aduan Pelanggan 2014 JPA telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 Jun 2014.
Pengisian Bengkel ini ialah Taklimat Garis Panduan, Pekeliling dan Audit Dalam Aduan (BPA), Pembentangan Pelan
Pengurusan Perhubungan Pelanggan, Managing Customer (SSM), Tatacara Menjawab Telefon (SSM) dan Sistem Pengurusan
Aduan (BPM).
Objektif bengkel ini ialah untuk meningkatkan kecekapan pengurusan aduan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang
responsif dan berkualiti di samping meningkatkan keberkesanan proses penyelarasan aduan dan memberi pendedahan secara
menyeluruhberhubung sistem pengurusan aduan bagi pelaksanaan pelanggan.
Seramai 60 orang wakil Bahagian yang juga merupakan pegawai aduan bahagian menyertai Bengkel anjuran Pasukan
Komunikasi ini. Antara maklum balas yang diterima daripada peserta bengkel ialah tentang mengadakan bengkel ini dengan
lebih kerap dan meningkatkan jumlah pegawai dari setiap Bahagian untuk menyertai.
Pada 7—9 Julai 2014, telah berlangsung Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001
-2008 oleh SIRIM QAS International di JPA. Audit ini telah dipengerusikan
oleh YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim Seman, TKPPA(O).
Setelah tiga hari audit dijalankan, JPA telah berjaya mendapat pengesyoran
agar diteruskan Pensijilan MS ISO 9001-2008 untuk tiga tahun lagi. Pihak
SIRIM juga mendapati bahawa tiada sebarang ketidakakuran yang ditemui.
Tahniah & Syabas kepada warga JPA yang membantu dan menyokong
kejayaan Pensijilan MS ISO 9001-2008!
MESYUARAT JAWATANKUASA PUSPANITA CAWANGAN KECIL JPA
27 Jun 2014 - PUSPANITA JPA telah mengadakan Mesyurat Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil JPA, jam 9.00
pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 13, Blok C1. Mesyuarat ini dihadiri seramai 15 orang ahli jawatankuasa
PUSPANITA Cawangan Kecil JPA/
Mesyuarat ini juga turut diserikan dengan Pelancaran Sudut Comel di Perpustakaan JPA. Sudut Comel ini merupakan
inisiatif YBhg. Puan Sri Asmahan Ismail, selaku Pengerusi Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil JPA untuk
menyediakan ruangan membaca khas untuk anak-anak Warga bagi menggalakkan minat membaca di kalangan mereka.
Pada 9 Julai 2014, telah berlangsung sesi bual biacara di Radio Nasional FM berkenaan
Biasiswa Yang diPertuan Agong Sempena Sesi Pengajian 2014/2015 di Wisma Radio,
Angkasapuri, Kuala Lumpur. Sesi ini telah diwakili oleh Yang Berbahagia (YBhg.)
Datin Dr. Rosslina Bt Ahmad Mokhtar, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan,
JPA.
Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini dibuka pemohonannya pada setiap tahun dan se-
hingga kini Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam telah menaja seramai 47
pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana dan 48 pelajar di
peringkat Ijazah Doktor Falsafah. Terdapat 12 tempat yang ditawarkan khususnya da-
lam bidang pengajian Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan
Islam. Kelebihan biasiswa ini adalah daripada segi kadar biasiswa yang ditawarkan,
syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.
Kriteria utama yang digunakan bagi pemilihan calon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong
ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik yang dimiliki. Di samping itu,
terdapat dua (2) kriteria lagi yang turut diambil kira iaitu: penglibatan dalam kegiatan
ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
prestasi pelajar semasa temuduga.
Harapan besar diletakkan kepada semua penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini
agar menabur bakti dan berkongsi ilmu yang diperoleh dalam usaha membangunkan
negara selaras dengan wawasan kerajaan iaitu mencapai Negara Maju pada tahun 2020.
BUAL BICARA DI RADIO NASIONAL FM :
BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2014/2015
3 10
Pada 24 Jun 2014 telah berlangsung Majlis Perjumpaan KSN dengan pegawai perkhidmatan awam Gred Utama C/ Gred Khas C dan
Gred 54/ Gred Setaraf di Dewan Plenari, PICC, pada jam 2.30 petang.
Majlis ini telah dihadiri (YBhg.) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, (YBhg.) Tan Sri Dr. Mohd Irwan
Serigar Abdullah dan pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha Negara telah memberikan ucapan dengan
menekankan aspek-aspek yang berkaitan kegiatan utama seorang pegawai dalam perkhidmatan awam.. Fokus utama dalam perjumpaan
ini adalah melibatkan pemberitahuan kajian semula keatas elaun, kemudahan, kelayakan pegawai kanan kerajaan susulan langkah
penjimatan perbelanjaan awam. Terdapat 11 langkah 11 langkah penjimatan bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam.
Langkah-langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemat pada tahun 2014.
Akibat daripada pertumbuhan ekonomi Negara yang memberangsangkan, kerajaan telah meneliti semula pelaksanaan langkah
penjimatan melalui PP 2/2014 tersebut serta langkah-langkah penjimatan lain yang berkuat kuasa dan memutuskan beberapa perkara iaitu
berkaitan elaun keraian/ imbuhan tetap keraian, kemudahan bayaran tol, dan kelayakan tiket penerbangan,
Selain itu, ekoran daripada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2013 Siri 2 yang telah dibentangkan di Parlimen pada 16 Jun
2014. Terdapat beberapa penurunan dari segi teguran bersifat punitif (salah laku), dan dalam perjumpaan ini KSN menekankan agar lebih
diberi perhatian terhadap pematuhan peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa agar dapat mengurangkan teguran daripada
LKAN. Hal ini dapat menunjukkan kepada rakyat bahawa Kerajaan sentiasa berusaha untuk melaksanakan projek-projek pembangunan
dan perolehan selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan, di samping memberi gambaran kepada rakyat bahawa Ke-
rajaan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip ketelusan dan keterbukaan.
Taklimat berkaitan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan telah dijelaskan dengan lebih teliti. Dimana, YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin
Hamsa dalam ucapannya menyatkan hasrat agar pegawai kanan perkhidmatan awam dapat menjadi “Duta GST” untuk menerangkan
konsep serta kebaikan GST ini kepada pegawai/ kakitangan di agensi masing-masing, di samping dapat membantu mematahkan
tohmahan atau polemik pihak-pihak tertentu berhubung perkara ini.
YBhg. Tan Sri KSN juga mengingatkan bahawa selaku pegawai kanan Kerajaan, wajib kepada semua memikul amanah dan
tanggungjawab yang besar untuk mendukung serta menjayakan Dasar Transformasi Negara dalam merealisasikan Malaysia sebagai
sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Hanya ada beberapa tahun sahaja lagi untuk merealisasikan hasrat
tersebut.
26 Jun 2014 : Hari ini YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi
Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA)
telah hadir dan merasmikan Persidangan Perwakilan
Dwi Tahunan MBK Am di Hotel KL International
pada pagi tadi.
Dalam ucapannya, YBhg. Tan Sri KPPA
mengingatkan kepada semua penjawat awam
khususnya para perwakilan untuk terus melaksanakan
amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan
penuh dedikasi dalam usaha menjayakan Agenda
Transformasi Negara seterusnya menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2020.
Selain itu, YBhg. Tan Sri KPPA turut meminta
penjawat awam membudayakan tiga (3) prinsip
tambahan yang dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri
semasa ucapannya di Perhimpunan Hari Pekerja 2014
yang telah diadakan pada 21 Jun yang lalu. Tiga (3)
prinsip tambahan tersebut iaitu budaya kreativiti dan
inovasi, nilai tambah dan kompetensi serta
permuafakatan kerja yang tidak secara silo atau lohong
merupakan tambahan kepada lima (5) prinsip yang
telah digariskan oleh YAB Perdana Menteri semasa
ucapannya sewaktu Sambutan Hari Pekerja Penjawat
Awam 2014 di Jitra.
Pemimpin-pemimpin MBK merupakan “duta” yang
akan menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada
Pihak Pekerja sehingga ke akar umbi serta berharap
Pihak Pekerja akan dapat terus memberi sokongan
kepada Jabatan Perkhidmatan Awam supaya dapat
mencetuskan suasana kerja yang harmoni serta
berkekalan.
MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN MBK
BAGI PEKERJA AM & PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
PERJUMPAAN KSN - GRED UTAMA / GRED KHAS C & 54
Pada program tersebut juga, Puan Lok Yim Pheng
yang merupakan Pengerusi Pihak Pekerja MBK Am
semasa dalam ucapannya turut menyatakan beberapa
permintaan daripada kesatuan dan perwakilan yang
hadir untuk dipertimbang dan dijayakan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam. Permintaan yang dinyatakan
telah mendapat respon yang positif daripada YBhg.
Tan Sri KPPA dan akan diteliti melalui beberapa
pertemuan serta perbincangan bagi mendapatkan hasil
yang terbaik untuk kebajikan pekerja, majikan
seterusnya negara.
YBhg. Tan Sri dalam ucapannya juga menyentuh
berkaitan Transformasi Perkhidmatan Awam yang
sedang dilaksanakan di seluruh negara. Impak kepada
program transformasi ini telah mula dapat dilihat
kesan positifnya dan akan diperkemas serta
ditambahbaik selaras dengan usaha kerajaan untuk
mencapai Wawasan 2020 seperti yang dicita-citakan.
4 9
Pada 13 Julai 2014, Pasukan Pengurusan Perubahan BPPs dengan kerjasama Kelab JPA telah mengadakan Forum
Transformasi Jiwa di Auditorium JPA, Aras 4 Blok C1 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya. Forum ini merupakan
salah satu program yang telah dirancang oleh JPA bagi sepanjang bulan Ramadhan ini. Dua tetamu jemputan telah dijemput
khas ke dalam sesi Forum ini iaitu Imam Muda Hassan dan Puan Heliza Helmi.
Dalam forum ini, Imam Muda Hassan berkongsi keistimewaan bulan Ramadhan, bulan yang amat istimewa ini, umat Islam di
negara ini perlu melaksanakan transformasi minda dan jiwa agar ianya bukanlah hanya bulan yang sekadar rutinan semata-
mata. Menurut Imam Muda Hassan lagi, Ramadan inilah peluang untuk kita meningkatkan dan mengubah kehidupan kita
selepas ini dengan menjadi hambaNya yang lebih hebat takwanya berbanding sebelumnya. Kehadiran Ramadan al-Mubarak
ini merupakan satu rahmat besar yang telah disediakan oleh Allah S.W.T sebagai satu medan untuk kita semua membina
kualiti keimanan dan ketakwaan. Ramadan akan kita hiasi siang dan malamnya dengan segala rupa bentuk ibadah dan amalan
soleh seperti berpuasa, bertarawih, bertadarus dan mentilawahkan al-Quran, berzikir dan bermunajat. Akhirnya hikmah segala
ibadah ini ialah untuk membangunkan segala sifat dan kualiti terpuji di dalam diri.
Puan Heliza Helmi pula dalam sesinya menganjurkan umat Islam mengukuhkan tali persaudaraan dan perpaduan. Ia
membentuk konsep Penerimaan sepenuhnya di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Beliau berkata malah bulan
Ramadan juga menggalakkan umat untuk saling bersedekah dan berkongsi juadah di samping menzahirkan keprihatinan
kepada jiran dan handai taulan tanpa mengira batas kaum dan agama. Inilah masanya kita sama-sama berdiri di dalam satu saf
untuk solat berjemaah dan bertarawih. Umat Islam juga diingatkan untuk tidak melakukan pembaziran dan berbelanjalah
secara berhemah pada bulan ini, sesuai dengan semangat yang dianjurkan oleh Ramadan.
Imam Muda Hassan mengakhiri Forum khas ini dengan mengajar warga JPA bersama-sama mengimarahkan Ramadan ini
dengan segala amal kebajikan dan ibadah.
MAJLIS BERBUKA PUASA
WARGA JPA
BERSAMA KPPA
Pada 10 Julai 2014 telah berlangsung Majlis Berbuka
Puasa Warga JPA bersama-sama KPPA. Majlis ini
telah diadakan di Kafe JPA, Blok C1 dan dihadiri
lebih daripada 400 orang warga. Majlis ini diadakan
bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara Ahli
Pengurusan Tertinggi JPA dengan warga di samping
mendengar pendapat dan perkongsian .
YBhg. Tan Sri mengambil kesempatan menyampaikan
amanat ringkas kepada warga mengenai kepentingan
beristiqamah dalam menjalankan tanggungjawab
sewaktu bekerja di samping menggalakkan warga agar
menjalani ibadat dengan bersungguh-sungguh dan
berintegriti.
SISIPAN KHAS - RAMADHAN 1435H FORUM TRANSFORMASI MINDA
5 8
SISIPAN KHAS - RAMADHAN 1435H
LENSA IFTAR JPA SEPANJANG RAMADHAN
TADARUS AL-QURAN JPA ANJURAN PUSPANITA JPA
Sempena Ramadhan yang mulia ini, Puspanita JPA turut menganjurkan program
Tadarus Al Quran bermula 1 hingga 17 Julai 2014. Program ini melibatkan
penyertaan wakil-wakil bahaguan di JPA. Penyertaan bagi program ini sangat
memberangsangkan dan turut disusuli dengan Program Khatam Quran yang telah
disempurnakan oleh YBhg. Puan Sri Asmahan binti Ismail dan turut dihadiri oleh
YBhg. Datin Seri Nik Hasmah binti Nik Kadir selaku Timbalan Pengerusi Puspanita
JPA.
MAJLIS INTERAKSI RAMADHAN AL-KARIM KPPA
BERSAMA KESATUAN SEKERJA
Sempena Ramadhan yang mulia ini, Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) buat julung kalinya
menganjurkan Majlis Interaksi Ramadhan Al-Karim KPPA bersama Kesatuan Sekerja di Hotel Marriott Putrajaya.
Majlis ini telah berjaya menghimpunkan seramai 190 orang tetamu yang mewakili pelbagai persatuan dan
kesatuan pekerja di Malaysia.
Dalam ucapan ringkasnya, YBhg. Tan Sri KPPA mengingatkan semua untuk terus bekerjasama dalam memastikan
perkhidmatan awam di negara kita ini dipandang tinggi dan dijadikan contoh teladan kepada negara-negara lain.
Kesepaduan dan hubungan baik yang terjalin selama ini perlu dipereratkan lagi melalui perjumpaan seperti ini
yang tidak hanya terbatas kepada bulan Ramadhan ini sahaja.
Pertemuan yang berlangsung dalam suasana santai dan mesra seperti ini juga merupakan antara pendekatan terbaik
6 7
SISIPAN KHAS - RAMADHAN 1435H