4
Toolkit LS 2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN [RPH] Sekolah SK. St. Mary, Sibu Tarikh 28 April 2014 Tingkatan / Kelas Tahun 3 Saiz Kelas 19 Waktu 0730 – 0830 Tempoh (minit) 60 minit Mata Pelajaran Dunia Sains & Teknologi Bidang Pembelajaran Haiwan Topik Unit 3: Haiwan Tema Sains Hayat Konsep Utama 1. Terdapat tiga tabiat makan haiwan, iaitu herbivor, karnivor, dan omnivor. 2. Hubungan jenis-jenis gigi (gigi kacip, gigi taring, gigi geraham) dengan tabiat makan haiwan. Rasional - Standard Kandungan 3.2 Memahami kegigian haiwan. Standard Pembelajaran 3.2.1 Menyatakan tabiat makan haiwan: herbivor, karnivor, omnivor. 3.2.2 Menghubungkaitkan kegigian herbivor, karnivor dan omnivor dengan makanan yang dimakan. 3.2.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. Objektif PdP Di akhir pengajaran ini, murid dapat: 1. Menyatakan tabiat makan haiwan, iaitu herbivor, karnivor dan omnivor dengan menyenaraikan sekurang-kurangnya 2 contoh haiwan. 2. Menghubungkaitan kegigian herbivor, karnivor dan omnivor dengan makanan yang dimakan. Pengetahuan Lepas Murid Murid-murid boleh mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan semasa Tahun 2. Kemahiran Proses Sains (KPS) dan Kemahiran Berfikir (KB) KPS : Memerhati, mengelas, berkomunikasi. KB : Mencirikan, membandingkan dan membezakan, menjanakan idea, menghubungkaitkan Elemen Merentas Kreativiti & Inovasi, keusahawanan, TMK.

PLC - RPH Sains - Tahun 3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PLC - RPH Sains - Tahun 3

Citation preview

Page 1: PLC - RPH Sains - Tahun 3

Toolkit LS 2RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN [RPH]

Sekolah SK. St. Mary, Sibu Tarikh 28 April 2014

Tingkatan / Kelas Tahun 3 Saiz Kelas 19

Waktu 0730 – 0830 Tempoh (minit) 60 minit

Mata Pelajaran Dunia Sains & Teknologi Bidang Pembelajaran Haiwan

Topik Unit 3: Haiwan

Tema Sains Hayat

Konsep Utama 1. Terdapat tiga tabiat makan haiwan, iaitu herbivor, karnivor, dan omnivor.2. Hubungan jenis-jenis gigi (gigi kacip, gigi taring, gigi geraham) dengan tabiat makan haiwan.

Rasional -

Standard Kandungan 3.2 Memahami kegigian haiwan.

Standard Pembelajaran3.2.1 Menyatakan tabiat makan haiwan: herbivor, karnivor, omnivor.3.2.2 Menghubungkaitkan kegigian herbivor, karnivor dan omnivor dengan makanan yang dimakan.3.2.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Objektif PdP

Di akhir pengajaran ini, murid dapat:

1. Menyatakan tabiat makan haiwan, iaitu herbivor, karnivor dan omnivor dengan menyenaraikan sekurang-

kurangnya 2 contoh haiwan.

2. Menghubungkaitan kegigian herbivor, karnivor dan omnivor dengan makanan yang dimakan.

Pengetahuan Lepas Murid Murid-murid boleh mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan semasa Tahun 2.

Kemahiran Proses Sains (KPS) dan Kemahiran Berfikir (KB)

KPS : Memerhati, mengelas, berkomunikasi.KB : Mencirikan, membandingkan dan membezakan, menjanakan idea, menghubungkaitkan

Elemen Merentas Kurikulum Kreativiti & Inovasi, keusahawanan, TMK.Sikap Saintifik / NilaiMurni / Nilai Patriotisme

Menghargai keseimbangan alam semula jadi, berani mencuba, berfikiran rasional, bekerjasama.

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

(1) Rujukan Buku teks Dunia Sains & Teknologi Tahun 3, laman web.

(2) Alat LCD Projektor, computer riba

(3) Bahan Kertas mahjong

Pendekatan Pengajaran Konstruktivisme, berkumpulan

Page 2: PLC - RPH Sains - Tahun 3

Toolkit LS 2Perkembangan

Pengajaran Kandungan / Konsep Proses Pengajaran dan Pembelajaran (Tindakan Guru dan Aktiviti Murid) Jangkaan Pemikiran Murid Catatan / Nota

Fasa 1

SET INDUKSI / PENGENALAN

( 5 minit)

Setiap haiwan mempunyai tabiat makan sendiri.

1. Tayangkan gambar harimau, monyet dan lembu. Murid perhatikan gambar-gambar tersebut dan namakan haiwan itu.

2. Bersoal jawab dengan murid:i. Adakah haiwan-haiwan ini makan

makanan yang sama?ii. Apakah makanan bagi harimau /

monyet / lembu?

1. Murid menyatakan nama haiwan. (Harimau, monyet, lembu)

2. i. Tidak. ii. Harimau: arnab/ayam Monyet: pisang/kutu Lembu: rumput

KPS: Memerhati, berkomunikasi

KB: Menjanakan idea, menghubungkaitkan

SN: Berani mencuba, berfikiran rasional

BBM: Slaid ppt

Fasa 2

PERKEMBANGAN (Penerokaan)

( 15 minit)

Tabiat makan haiwan terdiri daripada 3, iaitu herbivor, karnivor dan omnivor.

1. Kaitkan makanan yang dimakan oleh haiwan-haiwan tersebut (harimau, monyet, lembu) dengan tabiat makan, iaitu herbivor, karnivor dan omnivor.

2. Murid diminta menyenaraikan contoh haiwan mengikut tabiat makan masing-masing.

3. Mini flash game: Murid diminta padankan haiwan dengan tabiat makan.

1. Murid menyatakan herbivor adalah haiwan yang makan tumbuhan sahaja, karnivor adalah haiwan yang makan haiwan lain sahaja, omnivor adalah haiwan yang makan haiwan dan tumbuhan.

2. Herbivor: Kambing/lembuKarnivor: Singa/buayaOmnivor: Ayam/Kucing

3. Murid boleh padankan haiwan dengan tabiat makan dengan betul.

Standard pembelajaran: 3.2.1

KPS: Memerhati, mengelas, berkomunikasi

KB: Menjanakan idea, menghubungkaitkan, mencirikan

SN: Berani mencuba, berfikiran rasional

BBM: Slaid ppt

Fasa 3

PERKEMBANGAN (Penerangan)

( 20 minit)

Hubungan gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham dengan tabiat makan haiwan.

1. Tayangkan gambar harimau yang bergigi monyet.

2. Bersoal jawab dengan murid:i. Bolehkah harimau ini makan

haiwan lain dengan set gigi ini? Mengapa?

1. Murid ketawa.

2. i. Tidak boleh. Set gigi ini tidak kuat bagi harimau untuk mengoyak daging haiwan lain.

Standard pembelajaran: 3.2.2

KPS: Memerhati, berkomunikasi

Page 3: PLC - RPH Sains - Tahun 3

Toolkit LS 2

3. Tayangkan gambar model gigi mengikut tabiat makan haiwan.

4. Bimbing murid menghubungkaitkan model gigi setiap tabiat makan dengan makanan yang dimakan.

5. Bimbing murid membanding beza model gigi herbivor, karnivor dan omnivor.

6. Mini flash game: Murid diminta padankan gigi yang betul kepada haiwan berdasarkan makanan yang dimakan.

3. –

4. Murid menghubungkaitkan kegigian dengan makanan yang dimakan.

5. Murid boleh menyatakan persamaan dan perbezaan antara kegigian tabiat makan.

6. Murid boleh melakan padanan dengan betul.

KB: Menjanakan idea, menghubungkaitkan, membandingkan & membezakan

SN: Berani mencuba, berfikiran rasional

BBM: Slaid ppt

Fasa 4

PERKEMBANGAN (Aplikasi / Penelitian)

(15 minit)

Aktiviti kumpulan

1. Aktiviti kumpulan:i. K1: Peta pokok: Murid

menyenaraikan 3 contoh haiwan mengikut tabiat makan.

ii. K2: Peta buih berganda: Murid menyenaraikan persamaan dan perbezaan gigi herbivor dan karnivor.

iii.K3: Murid melukis gigi pada rangka gigi yang disediakan berdasarkan ciri-ciri setiap tabiat makan.

iv.K4: Murid padankan struktur gigi tabiat makan dengan makanan yang dimakan.

2. Pembentangan.

1. Murid boleh melakukan aktiviti yang dilakukan oleh guru.

2. -

KPS: Berkomunikasi

SN: Berani mencuba, berfikiran rasional, bekerjasama

BBM: Kertas mahjong

Fasa 5

PENUTUPAN (Pentaksiran)

(5 minit)

Ringkasan pelajaran.

1. Murid ditaksir kefahaman dengan memberi kuiz pendek.

2. Murid dibimbing merumus isi pelajaran.

1. Murid boleh menjawab soalan kuiz pendek.

2. Murid boleh membuat rumusan.

SN: Menghargai keseimbangan alam semula jadi.

BBM: Slaid ppt