Upload
anishahsalman
View
2.593
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR
BAHASA MELAYU (PENULISAN)
GAMBAR
AKTIVITI SITUASI
CARTA
GRAF
PELAN
PETA
JADUAL
TENTANG GAMBAR
SOALAN POPULAR (Bhg A)
• Tulis lima ayat tentang aktiviti• Tulis lima ayat tentang situasi• Tulis lima ayat tentang gambar
INGAT… Walau apapun soalan
(situasi, aktiviti, tentang gambar)pastikan ayat yang dibinamerupakan ayat AKTIVITI
Soalan UPSR 2010
Gambar di bawah menunjukkan suasana perkhemahan unitberuniform di sebuah padang.Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana perkhemahantersebut.
Menjinjing
Berkawad
Memasak Mendirikan khemah
Memetik gitar
Membimbing
Memberi rawatan
Senaraikan aktiviti yang terdapat dalam gambar
• Mendirikan khemah • Memetik gitar• Menyanyi• Membawa sebaldi air / menjinjing• Menanak nasi• Berkawad• Memerhati• Mengawasi• Membimbing• Memberi rawatan
Bina pelan maklumat.Tanya diri untuk mencari jawapan
Siapa(watak)
Buat apa(aktiviti)
kata hubung
(keterangan) - di mana - bila - guna apa - dengan siapa - mengapa - bagaimana
1. Tiga orang pengakap
mendirikan khemah
sambil diperhatikan oleh guru pengakap mereka.
2. Ah Chong memetik gitar
manakala dua orang kawannya menyanyi mengikut irama yang dimainkan.
3. Abu menjinjing sebaldi air
sambil berjalan menuju ke arah rakannya yang sedang memasak.
Jawapan contoh (Calon Cemerlang/poteni Cemerlang)
1. Tiga orang pengakap mendirikan khemah sambil diperhatikan oleh guru pengakap mereka.
2. Ah Chong memetik gitar manakala dua orang kawannya menyanyi mengikut irama yang dimainkan.
3. Abu menjinjing sebaldi air sambil berjalan menuju ke arah rakannya yang sedang memasak.
4. Beberapa orang ahli Pandu Puteri berkawad di padang sambil diawasi oleh guru penasihat mereka.
5. Encik Ali, guru Bulan Sabit Merah membimbing ahli-ahlinya cara memberi rawatan kecemasan sambil berdiri.
Soalan UPSR 2009Lihat gambar di bawah dengan teliti.Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.
Jawapan contoh(lulus/potensi lulus)
1 Encik Muthu menebas rumput menggunakan sabit.
2 Encik Harun membuang sampah ke dalam tong sampah.
3 Encik Lim membersihkan longkang.4 Puan dewi dan Puan Mary menyediakan
makanan.5 Encik Salim menghulurkan ranting kayu
kepada Encik Jimmy.
Soalan : Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar di bawah.
Jawapan contoh
1 Terdapat beberapa cara yang kita perlu amalkan supaya dapat melintas jalan raya dengan selamat.
2 Kita haruslah menggunakan jejantas ketika melintas jalan raya supaya selamat.
3 Kita patutlah melintas jalan raya di lampu isyarat yang disediakan supaya selamat.
4 Azman melintas jalan di lintasan belang dengan berhati-hati supaya selamat.
5 Puan Suri memimpin tangan anaknya semasa melintas jalan agar anaknya selamat.
INGAT…
Bahagian A
Anda perlu bina lima ayat…
BUKAN
menulis cerita…
30 MARKAH
FORMAT
BAGAIMANA MENGECAM
MEMBACA DAN MEMAHAMI
MENGECAM KEHENDAK SOALAN
MENENTUKAN FORMAT
MENCARI ISI – ISI PENTING
MEMBINA KARANGAN
BAHAGIAN C
TEKNIK DAN STRATEGI
1. Baca arahan / soalan dengan teliti. Kenal pasti kehendak soalan / arahan / maklumat.
Ulaskan nilai murni yang terdapat dalam petikan.Ulaskan tentang pengajaran yang dinyatakan /aspek penting dalam petikan.Ulaskan perwatakan yang terdapat dalam petikan.Ulaskan amalan baik yang terdapat dalam petikan.
INGAT….
Soalan tentang nilai, pengajaran,
perwatakan atau amalan baik, semuanya perlu ada
NILAICara penulisan
Tulis ‘watak’ atau ‘kita”
Cara penulisan Bahagian C
Tulis ‘watak’ atau menggunakan kata ganti
nama ‘kita”
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Menemui sahabatku Ramli, semoga sihat sejahtera
Walaupun seminggu telah berlalu, namun ingatan saya terhadap suasana damai di kampung saudara tidak dapat dilupakan. Tambahan pula, sikap penduduk kampung yang mudah bergaul membuatkan saya seolah-olah berada di kampung halaman sendiri.
Saya berasa bertuah kerana dibawa oleh ayah saudara berkunjung ke bandar Melaka. Di sana, saya juga berkesempatan membeli cenderamata untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan.
Selain itu, pengalaman saya menghabiskan masa di dusun sungguh menyeronokkan. Saya tidak akan lupa keseronokkan memetik, mengutip, makan, dan menjual buah-buahan
Saya mengucapkan terima kasih kepada saudara sekeluarga atas layanan yang diberikan sepanjang saya berada di Melaka. Semoga saudara dan keluarga sentiasa bahagia dan gembira. Sekian, terima kasih. Sahabatmu,
Alvin
Pelan MaklumatBil Nilai Frasa
1 prihatin semoga sihat sejahtera
2 peramah sikap penduduk kampung yang mudah bergaul
3 bersyukur bertuah kerana dibawa oleh ayah saudara berkunjung ke
bandar Melaka
4 baik hati membeli cenderamata
5 menghargai mengucapkan terima kasih kepada saudara sekeluarga
Nilai-nilai dan huraian
1. Prihatin terhadap rakan dan mendoakannya semoga sihat sejahtera.
2. Peramah dan mudah bergaul dengan orang lain agar mereka selesa datang ke tempat kita seolah-olah berada di kampung sendiri.
3 Bersyukur kerana berpeluang mengunjungi bandar Melaka.
4. Baik hati dengan membelikan cenderamata untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan kita.
5. Menghargai orang lain dengan mengucapkan terima kasih atas layanan baik yang diberikan kepada kita semasa kita berkunjung ke rumahnya.
JAWAPAN CONTOH
Menggunakan kata ganti nama ‘kita’
Berdasarkan petikan, terdapat empat nilai murni yang boleh dicontohi. Antaranya kita patutlah prihatin terhadap rakan kita dan mendoakannya semoga sihat sejahtera. Selain itu kita haruslah peramah dan mudah bergaul dengan orang lain agar orang yang datang ke tempat kita rasa selesa dan berasa seolah-olah berada di kampung mereka sendiri. Seterusnya kita haruslah bersyukur kerana berpeluang berkunjung ke negeri Melaka untuk menambahkan pengetahuan.Di samping itu, kita mestilah baik hati dengan membelikan cenderamata untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan kita. Akhir sekali kita disarankan agar menghargai orang lain dengan mengucapkan terima kasih atas layanan baik yang diberikan sepanjang kita berkunjung ke rumahnya.
Jawapan contohmenggunakan “watak”
Alvin seorang yang prihatin. Dia mendoakan rakannya agar sihat sejahtera. Penduduk kampung Ramli peramah. Mereka mambuatkan Alvin berasa seperti berada di kampung sendiri. Alvin juga baik hati. Dia membelikan cenderahati untuk rakan-rakannya. Alvin juga menghargai jasa Ramli sekeluarga kerana telah memberi layanan yang baik ketika dia berkunjung ke rumah sahabatnya.
Gunakan penanda wacana dan kata penegas.
Berdasarkan petikan, terdapat lima nilai yang boleh dicontohi.Antara kita patutlah (nilai)….(huraian)Selain itu kita haruslah (nilai)…(huraian)Seterusnya kita sewajarnya (nilai)…(huraian)Di samping itu kita mestilah(nilai).. (huraian)Akhir sekali kita disarankan agar (nilai)..(huraian)
Sekian.Terima kasih..
Sekian.Terima kasih..
Anishah Salman