Upload
nguyencong
View
249
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
“10th BorneoCultural Festival” dan “10th International Dance for Humanity”
INTERNATIONAL CONFERENCE ON TEACHING ANDLEARNING THROUGH GAMES
ProgramPendidikan
KomunitiPenan
SENARAIKANDUNGAN
SIDANG REDAKSIPengarah IPGKBLTuan Haji Awang Hambali bin Haji Awang Hamdan
Timbalan IPGKBLEn. Jamiran bin Salam
PENASIHAT
Ketua Jabatan Pengajian MelayuEn. Abdul Malek bin Mohd. Tahir
PENGERUSI
Jabatan Pengajian MelayuPn. Tay Meng Guat
PENYELARAS/EDITOR
En. Alexander TowJURUGAMBAR
Semester kedua tahun 2013 merupakan satu tempoh masa yang mencabar yang memperlihatkan komitmen bersama warga IPGKBL dalam mencapai objektif bersama. Kejayaan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti berskala besar dengan dana yang serba terbatas telah memberi suatu kesedaran baharu dan menyemarakkan lagi motivasi kami untuk sentiasa berusaha melonjakkan IPGKBL sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan guru. Di samping program utama iaitu pelaksanaan kurikulum IPGM, penekanan juga diberi kepada pembinaan kapasiti dalaman dari segi peningkatan kualiti sistem urus tadbir berorientasikan ICT dan perkembangan profesionalisme berterusan staf serta memperluas pengalaman staf dan pelajar IPG seperti Bengkel “Screening and Diagnosis for Dyslexia” oleh pakar University of Michigan, USA dan UNIMAS, kajian lapangan dan pelbagai lain. Selanjutnya, pendekatan kolaboratif turut mempermudahkan IPGKBL melaksanakan beberapa aktivitinya dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Sarawak (JPNS) dan beberapa agensi kerajaan serta swasta berasaskan kepentingan atau manfaat bersama.Berasaskan kepakaran tertentu yang ada di IPGKBL, kita juga memberi khidmat konsultansi kepada pihak luar khususnya dalam kalangan warga pendidik, murid-murid sekolah, ibu bapa dan agensi kerajaan serta swasta. Selain itu, bagi menunaikan Tanggungjawab Sosial Institut (TSI), IPGKBL telah mengadakan Program Pendidikan Komuniti Penan di kawasan pedalaman daerah Belaga, Sarawak dengan kerjasama Unit Perancangan Negeri Sarawak (SPU) dan tajaan Tabung Amanah Bakun (TAB). Beberapa agensi kerajaan dan NGO memberi kerjasama seperti Jabatan Pergigian Sarawak, Majlis Daerah Belaga, PPD Belaga, UKM, BPG dan IPGM.
Usaha ke arah pengantarabangsaan IPGKBL telah lama bermula dengan penglibatan para pensyarah kita dalam pembentangan kertas kerja di peringkat antarabangsa sama ada atas biayaan kerajaan mahupun tanggungan sendiri. Bagi memperkenalkan IPGKBL ke peringkat antarabangsa maka pada 21-22 Oktober 2013, kita telah berjaya mengadakan “International Conference on Teaching and Learning Through Games” (ICoLTG) di Hotel Pullman, Kuching. Selain itu, IPGKBL dijemput membuat persembahan sempena perayaan “10th Borneo Cultural Festival” dan “10th International Dance for Humanity”.
Berasaskan pengalaman dan kefahaman baharu ini serta mengambil kira PPPM dan aspirasi Negara, kita mula mengorak langkah ke arah penjenamaan semula IPGKBL dan sentiasa berusaha mentransformasikannya menjadi peneraju kecemerlangan pendidikan guru bertaraf dunia.
Setuntas Bicara Menelusuri Kencana dari Meja
Pengerusi Penerbitan
Kursus Intensif BM 45 Jam Program MBM
Bengkel Kerja JPM
Ceramah Motivasi di SK Pueh
Pameran Bahan Amali Literasi Bahasa Melayu
Forum Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan
Kajian Lapangan Fonetik dan Fonologi
Lawatan Sambil Belajar Pelajar PISMP (BM)
Bengkel Kerja Pemurnian Modul MBM 45 Jam dan Lawatan
Latihan Perkembangan Staf JPM
Aktiviti Eksplorasi Bahasa
Kursus Kreativiti Didik Hibur
International Conference on Teaching and Learning through Games
Aktiviti Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Bengkel “Screening and Diagnosis for Dyslexia”
Aktiviti-Aktiviti Prasekolah IPG Kampus Batu Lintang
“10th Borneo Cultural Festival” dan 10th International Dance for Humanity”
Malam Muzikal
Program Pendidikan Kesihatan Pergigian
Program Pendidikan Komuniti Penan
Kelab Hoki
Aktiviti Perpustakaan
Karnival Matematik kali Ke - 9 IPGKampus Batu Lintang
010203
04
05
11
06-07
08-090910
12
1415
13-14
16-17
KURSUS INTENSIF BM 45 JAMPROGRAM MBMDi Bilik Latihan, IPG Kampus Batu Lintang
Kelihatan para pesertasedang mengikuticeramah
En. Ab. Malek, Ketua Jabatan Pengajian Melayu sedang menyampaikan ceramah
Majlis Penutupan Kursus Intensif BM (45 Jam) di bawah Program Memartabatkan Bahasa Malaysia
Para peserta kursus merakamkan kenangan bersama-sama fasilitator dan En. Jamiran bin Salam, Timbalan Pengarah IPGKBL
Ucapan Penutupan oleh Timbalan Pengarah
IPGKBL, En. Jamiran bin Salam
Ucapan alu-aluan disampaikan En.
Ismail Swaidi, Sektor Pengurusan Akademik,
JPN Sarawak
01
Jabatan Pengajian Melayu IPGKBL telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kursus Intensif BM 45 Jam yang merupakan satu daripada program di bawah MBM untuk guru-guru sekolah rendah dan menengah di sekitar Kuching dari 28 Oktober hingga 1 November 2013 di Bilik Latihan IPGKBL. Kursus selama 5 hari itu melibatkan seramai 25 orang peserta dan 10 orang fasilitator/penceramah dari JPM. Kursus ini memberi fokus kepada pengetahuan dan penguasaan kemahiran asas kompetensi berbahasa. Di samping itu peserta kursus juga diberikan pendedahan tentang kemahiran kompetensi kecerdasan emosi, kecerdasan pelbagai dan kemahiran berfikir yang boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk keperluan individu murid.
Slot ceramah yang disampaikan itu meliputi tajuk seperti Pengukuhan Asas Berbahasa, Perancangan Aktiviti Pengintegrasian, Tunjuk Cara dan Aplikasi Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Pentaksiran Kemahiran Berbahasa, Ujian Diagnostik dan Kecelaruan Khusus dalam Berbahasa. Para peserta kursus menunjukkan sikap dan penglibatan yang amat aktif dalam sesi simulasi dan amali. Respons daripada majoriti peserta mencadangkan agar tempoh kursus dipanjangkan untuk input yang lebih banyak lagi.
BENGKEL KERJA JPMDi Lundu Retreat Centre
Satu bengkel kerja selama tiga hari yang bertujuan untuk memantap dan memperkasakan kapasiti dalamam Jabatan Pengajian Melayu (JPM) telah diadakan di Lundu Retreat Centre. Aktiviti permuafakatan profesional ini telah membuat kajian semula amalan dan pencapaian pelaksanaan program JPM dan merencana strategi yang lebih sesuai untuk penambahbaikan program. Perencanaan program mendatang mengambil kira elemen-elemen seperti pembangunan profesionalisme berterusan staf (CPD), keperluan MQA dan MS ISO9001:2008, kolaborasi, konsultasi dan JPM ke arah pengantarabangsaan. Komitmen yang dipertanggungjawabkan ini selari dengan usaha ke arah pencapaian objektif, dan visi, misi IPGKBL/IPGM serta memenuhi aspirasi negara.
Bengkel Kerja Pemurnian Modul MBM dan RPH Bahasa Melayu KSSR di Lundu Retreat Centre
Ceramah daripadaDr. Hasnalee
PAMERAN BAHAN AMALI LITERASI BAHASA MELAYU TAHUN 2013
Di Dewan Brooke
02
Subjek Literasi Bahasa WAJ3104 wajib diambil oleh semua pelajar dalam PISMP. Di dalam pro forma kursus terdapat kemahiran mengendalikan seminar dan pameran. Berdasarkan premis tersebut, Jabatan Pengajian Melayu telah mewajibkan 9 buah kelas yang terlibat dalam WAJ3104 bagi semester 2 tahun 2013 mengadakan pameran di Dewan Brooke pada 25 September 2013 selama sehari.
Bahan-bahan yang dipamerkan ialah bahan-bahan PdP yang dihasilkan oleh mereka dalam bilik darjah semasa bengkel WAJ3104 dikendalikan.
Bagi memeriahkan aktiviti pameran, pertandingan tapak pameran telah diadakan. Terpulanglah kepada kreativiti kumpulan untuk menceriakan tapak pameran mereka dengan bahan-bahan PdP yang dipamerkan dan cuba menarik minat pengunjung. Pameran telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Jamiran bin Salam, Timbalan Pengarah IPGKBL. Beliau menyarankan agar pameran ini diteruskan pada masa akan datang dengan menjemput guru dan murid sekolah.
Pertandingan tapak pameran telah dimenangi oleh Kumpulan PISMP BI(SK)2.
Penyampaian cenderamata kepada penceramah
Para ibu bapa turut mengikuti ceramah
En. Razali bin Hj. Yu, Pensyarah Cemerlang Kanan Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Batu Lintang telah dijemput untuk mengisi slot ceramah motivasi kepada semua peserta pada malam 12 April 2013. Ceramah itu amat berjaya.
CERAMAH MOTIVASI DISK PUEH, SEMATANSK Pueh Sematan telah mengadakan Kem Motivasi bagi murid Tahun 5 dan Tahun 6 bersama-sama dengan ibu bapa mereka. Objektif Kem Motivasi tersebut adalah untuk:
Murid-murid sedang mendengar ceramah yang disampaikan
Ceramah Motivasimeningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan awammewujudkan kejelekitan antara murid dengan ibu bapamemberi kesedaran kepada murid tentang hala tuju merekaberkongsi dengan ibu bapa tentang cara membimbing anak-anak
FORUM SEMPENA SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAANDi Dewan Kuliah A
03
Sesi forum berlangsung- En. Razali Hj. Yu sebagai moderator
Para tetamu undangan termasuk Dato Dr. Adi Badiozaman Tuah
Para peserta sedang mengikuti sesi forum
Rakaman kenangan bersama-sama Sasterawan Negara Profesor Madya Dr. Lim Swee Tin
Bersempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan, Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Batu Lintang dengan kerjasama DBP Cawangan Sarawak telah mengadakan Majlis Bersama Sasterawan Negara Dato Dr. Ahmad Kamal Abdullah (KAMALA). Namun, majlis pada 6 September 2013 di Dewan Kuliah A itu ditukar kepada majlis Forum Bahasa yang dihadiri oleh Sasterawan terkenal iaitu Profesor Madya Dr. Lim Swee Tin. KAMALA tidak dapat hadir.
Forum yang dipengerusikan oleh Encik Razali bin Hj. Yu turut dihadiri oleh ahli-ahli bahasa, guru sekolah, para pensyarah dan guru pelatih. Turut hadir ialah Yang Berbahagia Dato Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah dan yang Berbahagia Dato Abang Salehuddin bin Abang Sukaran dari DBP Kuala Lumpur.
KAJIAN LAPANGAN FONETIK DAN FONOLOGISK Abang Leman, Kabong
MISI: Menyelami aspek-aspek pertuturan
dan dialek Bahasa Melayu tempatan
Kabong, Sarawak
04
BENGKEL KERJA PEMURNIAN MODUL MBM 45 JAM DAN LAWATAN PENANDAARASAN KE UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
Lawatan ke Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UMS
Terowong ke Galeri UMS Galeri UMS
Penyampaian cenderamata kepada Pegawai Perhubungan UMS, Cik April
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR PISMP (BM)
Bagi meluas pandangan dan menambah pengetahuan pelajar PISMP (BM) Ambilan Januari 2012 seramai 20 orang telah melakukan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat menarik di Kuala Lumpur. Lawatan pada 24 hingga 27 Ogos 2013 telah diiringi oleh En. Razali Hj. Yu, Puan Litat Bilung dan En. Yusuf bin Min.
Mereka telah melawat di Balai Seni Visual Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Istana Budaya, Seri Pentas TV3 dan beberapa tempat menarik lagi. Lawatan itu dibiayai sendiri oleh pelajar dan pensyarah. Hasil lawatan amat ketara apabila pelajar kumpulan ini sudah menunjukkan keyakinan diri. Buktinya ialah mereka dalam masa yang singkat dapat mementaskan pantomin mereka bersempena Sambutan Ambang Merdeka pada malam 30 Ogos 2013 di IPGKBL. Persembahan yang disulami dengan deklamasi sajak, lakonan dan nyanyian telah mendapat pujian para hadirin.
Lawatan Penandaarasan ke UMS dan Pemurnian Modul MBM 45 Jam telah dilaksanakan pada 17-20 November 2013 di Kota Kinabalu, Sabah yang melibatkan 9 orang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu bertujuan berkongsi ilmu dan meninjau kemudahan di UMS yang boleh dijadikan pengalaman berguna untuk membuat penambahbaikan amalan. Selain itu, peluang kebersamaan ini juga diambil untuk membuat penyemakan semula modul MBM 45 jam yang telah dilaksanakan pada 28 Oktober - 1 November 2013. Hasil refleksi para pensyarah beberapa penambahbaikan boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian konteks terutamanya dari segi pendekatan dan bahan-bahan yang dipilih serta penggunaannya secara optimum dan berkesan. Aktiviti seperti ini dapat membantu memantapkan urus tadbir JPM dan meningkatkan profesionalisme pensyarah serta keberkesanan kursus tersebut.
05
AKTIVITI EKSPLORASI BAHASA SEMPENA BULAN BAHASA PERINGKAT IPGKBL Dikendalikan oleh pelajar PISMP ambilan Jun
2013 dengan pensyarah penasihatnya En. Ab.
Malek bin Mohd. Tahir, KJPM dan Tn. Hj. Zulkifli
bin Hj. Baharin
KURSUS KREATIVITIDIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN BAHASA
Kesantunan Berbahasa oleh En. Derrick Warren ak SagingTatabahasa Sintaksis dan Morfologi oleh En. Yusuf bin MinSemantik oleh Tn. Hj. Zulkifli bin Hj. BaharinPenulisan Kreatif oleh Litat BilungDidik Hibur oleh Dr. Hasnalee bin Tubah
LATIHAN PERKEMBANGAN
STAF JPM
En. Razali Hj. Yu, Pensyarah Kanan Gred Khas C turut memberi sumbangan dan idea dalam sesi LPS
Suasana semasa sesi bersamadalam Jabatan
Ternampak keseriusan di wajah KJPM
One Hotel, Santubong, Kuching
Sebagai salah satu langkah menyahut seruan pembangunan profesionalism berterusan staf, warga JPM telah mengadakan wacana perkongsian ilmu dalam kalangan ahli JPM. Sebanyak lima slot latihan dalaman telah dikendalikan sepanjang semester 2 tahun 2013 iaitu:
06INTERNATIONAL CONFERENCE ON TEACHING AND LEARNING THROUGH GAMESSatu konferens peringkat antarabangsa yang bertajuk “International Conference on Teaching and Learning through Games” atau singkatan iCoTLG telah berjaya diadakan di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak pada 21-22 Oktober 2013. Konferens besar-besaran yang disertai seramai lebih daripada 200 orang peserta ini merupakan usaha kolaborasi antara IPGKBL dengan Persatuan Perkembangan Profesionalisme Pendidikan Sarawak (PROFES) dalam memberi nilai tambahan kepada latihan keguruan dan memperkembangkan profesionalisme pendidik secara berterusan melalui sesi perkongsian ilmu serta latihan pengetahuan dan kemahiran dalam pendidikan. Kerjasama erat dua organisasi ini ialah suatu usaha dalam mengantarabangsakan pendidikan di samping menjadi rakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membangunkan modal insan yang merupakan pemacu kemajuan negara pada masa hadapan. Sebanyak 26 buah kertas bengkel dalam bidang Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Prasekolah, Psikologi Pendidikan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah dibentangkan dalam konferens ini yang bertemakan “Teaching and Learning through Games for Fun and Better Understanding”. Ucap Utama telah disampaikan oleh Dr. Rod Thorpe, pengasas Model TGfU.
Penganjuran iCoTLG juga memaparkan kerjasama pintar antara IPGKBL dengan organisasi lain seperti Sarawak Energy Bhd. dan Yayasan Sarawak yang masing-masing telah memberi sumbangan sebanyak RM10,000.00 untuk tujuan pelaksanaan iCoTLG. Sumbangan kecil-kecilan daripada individu dan organisasi turut diperoleh. Konferens antarabangsa ini mempraktikkan “zero government budget”. kejayaan pelaksanaan iCoTLG bukan hanya bergantung kepada perancangan yang rapi tetapi juga komitmen dan tanggungjawab semua pihak yang terlibat. Kerjasama dalam bentuk penyertaan sebagai peserta dalam iCoTLG juga terjalin antara IPGKBL dengan Jabatan Pendidikan Sarawak, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Institut Pendidikan Kampus di Malaysia, Biro Pendidikan Majlis Islam Sarawak, dan Persatuan Guru-guru Sains dan Matematik Sarawak.
07
Selain konferens besar-besaran iCoTLG, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG KBL juga telah melaksanakan beberapa program lain:
Panel khusyuk memurni buku panduan Inovasi PdP dalam kumpulan kecil
Usaha perbincangan dan penilaian Hasil Inovasi IPGKBL yang diwakili Dr. Tan Ming Tang dengan Pn. Maiza binti Musa, panel IPGM bagi penyertaan Ekspo Penyelidikan & Inovasi Pendidikan peringkat Antarabangsa 2013 (Edu-InERI) anjuran UPSI Kategori Pendidikan telah diadakan pada 23 Ogos 2013. Tahniah, Dr. Tan Ming Tang sebagai wakil IPGKBL telah berjaya mendapat pingat gangsa untuk inovasi kategori tersebut.
Pelajar IPGKBL sedang membentangkan hasil penyelidikan masing-masing
Penilaian Hasil Inovasi IPGKBL– 23 Ogos 2013
Bengkel Pemurnian Buku Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran – 11 Julai 2013
Semasa bengkel ini, satu slot ceramah bertajuk ”Penulisan artikel penyelidikan” telah dikendalikan oleh Dr. Mary Wong Siew Lian. Sebanyak sembilan kajian (8 laporan dan 1 kertas cadangan) telah dihasilkan.
Para fasilitator dan peserta bengkel berbincang semasa sesi perbincangan
Bengkel Penyelidikan III untuk pensyarah IPGKBL – 19-20 September 2013
Pembentangan Hasil Penyelidikan Tindakan IPGKBL - 12-13 September 2013
08
Penyertaan pelajar dalam aktiviti-aktiviti luar atas jemputan
BIL TARIKH PERKARA AGENSI CATATAN
1 Oktober 2013-Februari 2014
Yayasan sukarelawan Siswa Kementerian Pendidikan Malaysia • 2 orang pelajar • UNIMAS dan KPG Gita
2 13-15/6/2013 Program Inisiatif My Corps Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia
• 1 pelajar
3 18/6/2013 “Forum Challenges of Dakwah” Sempena Mesyuarat Agung RISEAP
ke -15
Hikmah dan Jabatan Agama Islam Sarawak
• 18 orang pelajar• Hotel Riverside Majestic
4 30/7/2013 Program Derma Darah Warga Bukan Muslim IPG KBL
Bank DarahJabatan Kesihatan Negeri Sarawak
• 35 paint darah • Dewan Brooke
5 19/7/2013 Seminar Integriti dan Konsep 1 Malaysia di IPG Kampus Batu Lintang
Biro Tatanegara , SPRM, IPGK Batu Lintang
• 500 orang pelajar• TAZA
6 2/7/2013 Seminar Perancangan Kewangan -IPGM -KPM -PNB
• 200 orang pelajar• TAZA
7 6/7/2013 Kuiz Seminar Perancangan Kewangan Bertulis
-IPGM -KPM -PNB
• 200 orang pelajar• TAZA
8 22/7/2013 Acara Memperingati Hari Sarawak Merdeka dalam Malaysia
Jabatan Ketua Negeri • 6 orang pensyarah• 100 orang pelajar• Tebingan Sungai Kuching
9 28/8/2013 Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bersama YAB Timbalan Perdana Menteri
Malaysia
Jabatan Ketua Negeri • 50 orang pelajar• seorang pensyarah • BCCK, Kuching
10 26-28/8/2013 PROSIS- Training of Trainers Program Siswa Sihat
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, IPGK Batu Lintang
• 30 orang pelajar• 3 orang pensyarah • Taman Rekreasi Ranchan Serian
11 20/8/2013 Program MY 18 Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak
• 250 orang pelajar• TAZA
12 28-29/9/2013 Bengkel Jati Diri Guru dan Belia Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak
• Dua orang pelajar• JAKIM, Telaga Air
13 28/9/2013 Majlis Perasmian Hari Wanita Peringkat Negeri 2013
Biro Wanita Kementerian Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga
• 40 orang pelajar• Borneo Convention Centre,
Kuching
14 13/9/2013 Majlis Kesyukuran Bersempena Dengan sambutan Hari Jadi ke -92 TYT Yang Di Pertua negeri Sarawak dan sambutan
Perayaan Hari Malaysia ke -50
Jabatan Agama Islam Sarawak • 50 orang pelajar• Masjid Jamek
15 16/9/2013 Sambutan Perayaan Hari Malaysia ke -50
Kementerian kebudayaan dan Kesenian
• Seorang pensyarah • 40 orang pelajar• Stadium Negeri
16 23-26/9/2013 Kuiz Perancangan Kewangan PNB Kategori IPG Separuh Akhir dan Akhir
-IPGM -KPM -PNB
• seorang pegawai pengiring • Dua orang pelajar• Terengganu
17 21/9/2013 TCS Running Man 2 Technology College Sarawak (TCS) • Lima orang pelajar• Seorang pensyarah • Waterfront Kuching
18 10-11/9/2013 Seminar Budaya Melayu Sarawak VI 2013
Yayasan Budaya Melayu Sarawak • 25 orang pelajar• Seorang pensyarah pengiring • Hotel Hilton
19 21/9/2013 AZAM 30th Anniversary Dinner Angkatan Zaman Mansang Sarawak • 50 orang pelajar• dua orang pensyarah • Dewan Santapan, Dewan
Undangan Negeri Sarawak
AKTIVITI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah berjaya melaksanakan banyak aktiviti sepanjang tahun 2013 khususnya pada semester kedua. Beberapa aktiviti tambahan telah dilaksanakan bersama-sama dengan pihak agensi kerajaan lain atas kebenaran pihak KPM bagi memantapkan proses pengembangan pelajar ke arah pembinaan insan guru yang berketerampilan, yakin diri dan berkesan. Antaranya ialah ceramah integrasi, kursus keusahawanan, ceramah ASNB dan kursus kepimpinan. Selain itu pihak HEP juga amat berbangga kerana pelajar IPG KBL juga sering dijemput untuk menyertai aktiviti-aktiviti peringkat negeri dan kebangsaan. Pelajar telah memperoleh manfaat dan pengalaman yang tidak ternilai melalui penyertaan aktiviti-aktiviti tersebut.
09
Penyertaan pelajar dalam aktiviti-aktiviti luar atas jemputan
20 3-6/10/2013 Tranformasi Kepimpinan Pelajar (JPP) Biro Tatanegara, IPGM, IPG • Dua orang pensyarah • 11 orang pelajar• Kem Sempadi BTN
21 3/10/2013 Request Students Assistant-setting Up of Website For Special Olympic Kuching
Chapter
Special Olympic Kuching Chapter • Tiga orang pelajar (JPP)• The Spring
22 9/10/2013 Taklimat Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak
Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak • Pelajar bumiputera kumpulan PISMP JAN 2010, 2011 dan 2013
• B.Ed. OTAGO• Dewan Kuliah A
23 18/10/2013 Lawatan Sambil Belajar IPGK KENT dan GAYA ke Batu Lintang
IPGK KENT IPGK GAYA
• Empat orang pensyarah• 52 orang pelajar (JPP)
Program Siswa Sihat (Prosis) di Taman Rekreasi Ranchan, Serian(26 -28 ogos 2013)
Gotong-Royong Kolej Kediaman Minggu Pengurusan Pelajar Baharu
BENGKEL “SCREENING ANDDIAGNOSIS FOR DYSLEXIA”
Dengan adanya program seperti ini telah dapat memberi pendedahan dan pengalaman serta pengetahuan kepada peserta untuk mendalami bidang disleksia yang terdapat dalam pendidikan khas dan pendidikan pemulihan.
meningkatkan pemahaman dan pengetahuan tentang disleksia dan Response-To-Instruction (RTI). mengenal pasti kaedah saringan dan mendiagnos kanak-kanak yang mengalami disleksia. menyediakan peluang bagi para peserta terutamanya guru pelatih untuk mendapatkan pengetahuan berkaitan disleksia dengan lebih mendalam. mendapat pendedahan tentang saringan bagi Co-Morbidity berkaitan disleksia seperti ADHD, Autism dan sebagainya. membantu para peserta khususnya para guru pelatih memahami cara untuk mengurus kanak-kanak di kelas.
Unit Pendidikan Khas dan Pendidikan Pemulihan Jabatan Ilmu Pendidikan telah berjaya menganjurkan Bengkel Pendidikan Khas bertajuk “Screening and Diagnosis for Dyslexia” di Dewan Kuliah A, IPG Kampus Batu Lintang pada 22 Ogos 2013. Para peserta bengkel seramai 134 orang itu terdiri daripada pelajar PISMP Pendidikan Khas dan Pendidikan Pemulihan, para pensyarah dan guru-guru sekolah. Para fasilitator bengkel terdiri daripada Associate Professor Dr. Carol Persad, University of Michigan USA dan Prof. Madya Dr. Ong Puay Hoon, Universiti Malaysia Sarawak. Bengkel yang bertemakan Empower Partnership for Inclusive Communities ini mempunyai objektif berikut:
2
3
4
5
1
10
Sambutan Hari Raya Sambutan Hari Jadi / Hari Perpisahan
dengan guru pelatih PISMP -
Prasekolah pada 1 November
Hari Potensi pada 12 OktoberNyanyian Solo Hari Potensi Membaca
Aktiviti PdP Guru Pelatih
PISMPMenerima sijil dan hadiah daripada Timb. pengarah
En Jamiran bin Salam diiringi oleh KJ Ilmu Pendidikan, En. Mohd Salleh bin Mahat
AKTIVITI-AKTIVITI PRASEKOLAHIPG KAMPUS BATU LINTANG
Pertandingan Mewarna - Bertemakan Satu Malaysia pada 1 Ogos
Lawatan ke Muzium Sarawak pada 16 JulaiBanyaknya buaya!
Tarian Tradisional
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL/HADIAH TAHUN 2013
Fesyen pakaian daripada bahan semula jadi - kategori lelaki
Fesyen pakaian daripada bahan semula jadi - kategori perempuan
Tarian Moden
Sukaneka pada 9 Julai -Pertandingan baling bola Pertandingan membawa telur
Penilaian Pentaksiran Penggal
Pertandingan bermain
hula-loop
11
“10TH BORNEO CULTURAL FESTIVAL”
DAN “10TH INTERNATIONAL
DANCE FOR
HUMANITY”IPG Kampus Batu Lintang berasa amat bangga dan bertuah kerana telah dijemput untuk membuat persembahan sempena perayaan “10th Borneo Cultural Festival” pada 6-7 Julai di Sibu dan “10th International Dance For Humanity” pada 23 Jun 2013 di Stadium Tertutup, Miri. Seramai 50 orang pelajar dan seorang pensyarah kanan, En. Lee Gim Keit telah menyertai acara tahunan yang bertaraf antarabangsa ini. Tiga buah tarian iaitu Tarian Tradisional Melayu, Tarian Etnik Kaum Sarawak dan Tarian Etnik Kaum Sabah telah dipersembahkan dalam penyertaan kali kelima bagi IPG Kampus Batu Lintang ke acara tahunan ini.
Para Penari IPG Kampus Batu Lintang di 10th Borneo Cultural Festival
Para Penari IPG Kampus Batu Lintang di 10th Borneo Cultural Festival
Persembahan Tarian Etnik Sabah oleh para penari IPG Kampus Batu Lintang di 10th International Dance For Humanity
MALAM MUZIKAL IPG KAMPUS BATU LINTANGSelain penyertaan untuk acara jemputan, IPG Kampus Batu Lintang turut mengadakan Malam Muzikal dengan temanya “Celebrating Diversity” pada 23 Oktober, 2013 di TAZA.
Para staf, pelajar dan Tetamu Kehormat Yang Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Alfred Jabu anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Permodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar serta Yang Berbahagia Dato Sri Empiang Jabu
12PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN IPG KAMPUS BATU LINTANG
PROGRAM TEACHING SCHOOL
Semua guru ambilan 2011 dari kumpulan pengajian B.Ed. TESL OTAGO serta PISMP telah mengikuti program Pendidikan Kesihatan Pergigian di IPG Kampus Batu Lintang dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Pergigian Kuching dari 16-18 Oktober 2013.
Antara objektif am program Pendidikan Kesihatan Pergigian Guru Pelatih adalah untuk memperkasakan guru-guru dalam memberi sumbangan yang berkesan terhadap peningkatan taraf kesihatan pergigian murid-murid sekolah. Program kesihatan pergigian dilaksanakan di semua Institut Pendidikan Guru (IPG) di Malaysia dan wajib diikuti oleh semua pelajar sebelum mereka menjalani Internship Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program selama tiga hari ini ialah pendidikan Kesihatan Pergigian, pemeriksaan kesihatan pergigian, pameran, demonstrasi Latihan Memberus Gigi (LMG), dan bengkel Rancangan Pelajaran Harian (RPH). Pendidikan Kesihatan Pergigian dijalankan sebagai latihan untuk menyerapkan maklumat kesihatan pergigian dalam mata pelajaran tertentu. Ceramah Kesihatan Pergigian kepada pelajar telah disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Awam Pergigian. Setiap aktiviti telah berjalan dengan lancar.
Program ini telah dijalankan mulai bulan September 2013. Antara sekolah rendah yang terlibat ialah SK Ong Tiang Swee dan SK Batu Lintang. Semasa PdP dijalankan, pelajar dikumpulkan di tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti yang dipilih oleh guru pelatih. Banyak kemahiran yang telah diajar oleh para guru pelatih. Antaranya termasuklah pergerakan asas seperti kemahiran mengilas, berlari dan juga manipulasi alatan seperti kemahiran menghantar bola, menangkap bola dan membaling bola. Program ini melibatkan 4 kumpulan pelajar PISMP BC1, BC2, BM dan Prasekolah Ambilan Januari 2012 IPG Kampus Batu Lintang. Program ini dilaksanakan supaya para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana sebenar semasa sesi PdP Pendidikan Jasmani.
Setiap kumpulan pelajar diperuntukkan masa 30 minit untuk mengajar kemahiran yang dipilih. Sesi PdP ini dimulakan dari fasa memanaskan badan, fasa perkembangan, fasa kemuncak sehinggalah fasa penutup. Para pelajar dikehendaki memastikan semua pelajar dapat memahami dan mengaplikasikan kemahiran yang diajar dengan betul sepanjang sesi PdP dijalankan.
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama daripada pihak sekolah yang terlibat. Pihak sekolah telah banyak membantu dari segi mengatur masa untuk pihak IPG supaya sesi PdP dapat dilaksanakan dengan lancar.
Ceramah: Dr. Bong
Peserta bersama
PengarahPersembahan Kump. Terbaik
Guru membimbing sesi memanaskan badan
Guru membuat demonstrasi untuk kemahiran membaling
Permainan kecil dijalankan semasa sesi PdP di sekolah rendah
Guru membimbing sesi meregangkan badan
13
Merarau bersama YB Encik Liwan Lagang di rumah Ketua Kaum Long Busang
Sambutan ketibaan oleh warga SK Long Busang
Taklimat bersama guru-guru SK Long Busang
Program Pendidikan Komuniti Penan (PPKP) yang diilhamkan oleh En. Abang Ismail bin Abang Haji Julhi telah bermula pada 1-2 Julai 2010 di SK Long Urun, Belaga. Program ini merupakan usaha sama dengan Unit Perancang Negeri Sarawak (SPU). Pada ketika itu seramai 150 orang ibu bapa kaum Penan, 115 orang murid-murid Penan dan 25 orang guru terlibat dalam program tersebut. Program ini berjaya meningkatkan kadar kehadiran sebanyak 70% dan keputusan UPSR sebanyak 60% pada tahun 2010 berbanding tiga tahun sebelumnya. Program ini diteruskan di SK Lusong Laku, Belaga pada 3-5 Mac 2013 dan 5-7 September 2013 di SK Long Busang, Belaga. Penglibatan dalam kalangan komuniti Penan amat menggalakkan.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam program tersebut adalah: Parenting skill Latihan dalam perkhidmatan Bimbingan UPSR Bengkel Pedagogi Temu duga Belia Penan Program Kesihatan Pergigian
Program Pendidikan Komuniti Penan yang dilaksanakan di Lusong Laku dan Long Busang, Belaga telah mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi dan NGO yang lain. Antaranya ialah Jabatan Pergigian Sarawak, Tabung Amanah Bakun (TAB), Majlis Daerah Belaga, Pejabat Pelajaran Daerah Belaga, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bahagian Pendidikan Guru, Sarawak dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Di samping itu, program ini juga mendapat sokongan yang kuat daripada dua orang wakil rakyat di kawasan berkenaan iaitu Encik Liwan Lagang, Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Sarawak merangkap ADUN N.57 Belaga dan Encik Wilson Ugak ak Kumbong, Ahli Parlimen P.206 Hulu Rejang. Kedua-dua orang wakil rakyat berkenaan telah menghulurkan bantuan yang banyak untuk menjayakan program ini. Program ini juga mendapat tajaan yang banyak dari Tabung Amanah Bakun (TAB) dan Unit Perancang Negeri Sarawak di samping bantuan Tabung Baitul Mal Sarawak.
Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan, program ini akan diteruskan sehingga tahun 2020 dan dijangka dilaksanakan di sekolah-sekolah Penan di daerah Baram. Pihak IPGK Batu Lintang bersedia menjadi tenaga penggerak kepada program ini. Pengarah IPGK Batu Lintang, Kuching Tuan Haji Awang Hambali bin Awang Haji Hamdan sentiasa komited dan turut bersama menjayakan program ini. Beliau telah merasmikan program ini di SK Long Busang, Belaga pada 3 September 2013.
PROGRAM PENDIDIKAN KOMUNITI PENAN
14
KELAB HOKI IPG KAMPUS BATU LINTANG
Kelab Hoki Batu Lintang atau lebih dikenali sebagai Batu Lintang Hockey Club (BLHC) ditubuhkan secara tidak rasmi semenjak tahun 2010 atas inisiatif En. Dana Raja Narayanasamy selaku pensyarah penasihat yang kini merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGK Batu Lintang. Pada tahun 2013 sehingga Oktober, keahlian kelab ini telah mencecah seramai 46 orang termasuk ahli aktif dan ahli tidak aktif. Penubuhan secara rasminya telah dirasmikan oleh Tuan Timbalan Pengarah IPGKBL, Encik Jamiran bin Salam pada perhimpunan bulanan April Tahun 2012 yang lalu yang bertujuan bagi memenuhi keperluan semasa dan memperkembangkan sukan hoki di institut ini. Sepanjang penubuhan BLHC, ahli-ahli kelab yang terdiri daripada lelaki dan wanita telah mengambil bahagian dalam pelbagai peringkat pertandingan hoki yang dianjurkan oleh pihak-pihak luar seperti Kejohanan Hoki Hari Bandaraya Kuching dan Kejohanan Hoki Terbuka Piala DANAWA yang telah berjaya mengharumkan nama IPGK Batu Lintang. BLHC turut menghantar pasukan
lelaki dan wanita bagi mengambil bahagian dalam Kejohanan Hoki IPGM 2013 Piala Wilayah Persekutuan dan Datin Siti Hanifah di Lembah Pantai, Kuala Lumpur bermula 24 hingga 28 Oktober. Pasukan lelaki kita telah mendapat tempat ke-4 daripada 24 pasukan manakala pasukan wanita mendapat tempat ke-5 daripada 12 pasukan yang bertanding.
Pukulan sudut pendek (penalty corner)
Pertandingan Persahabatan dengan pasukan UITM Samarahan
Pasukan Hoki Lelaki IPGKBL
Majlis Penyampaian Hadiah oleh Rektor IPGM, Encik Sulaiman Bin Wak
Pensyarah PJ memudah cara permainan kanak-kanak
Ucapan perasmian oleh Pengarah IPG Kampus Batu Lintang
Siri bimbingan matematik oleh pensyarah matematik
Persembahan murid di Majlis Perasmian
Rawatan pergigian oleh Jab. Kesihatan Belaga
15AKTIVITI PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS BATU LINTANGPertandingan Bercerita Prasekolah
LAWATAN PENANDAARASAN DARI AGENSI KERAJAAN,
IPGK DAN SEKOLAH
Aktiviti Pertandingan Bercerita Prasekolah telah berlangsung di Perpustakaan pada 19 September 2013, hari Khamis. Hakim yang dijemput untuk mengadili pertandingan ini terdiri daripada pensyarah institut iaitu Encik Zulkurnain Bin Mohd Noor, Puan Puspaleela Habibie Norlela Binti Abdullah dan Ketua Pusat Sumber Cik Agatha Francis Umbit. Para peserta terdiri daripada murid Prasekolah IPG Kampus Batu Lintang, SK Batu Lintang, SK Tabuan Ulu dan SK Lumba Kuda.
Pada tahun 2013, beberapa buah agensi kerajaan, IPGK dan sekolah telah membuat penandaarasan ke IPG Kampus Batu Lintang termasuklah ke perpustakaan. Antaranya ialah SMK Balai Ringin pada 12 September, IPG Kampus Kent dan Gaya, Kota Kinabalu (Zon Sabah) pada 7 Oktober, SMK Bintulu pada 18 Oktober dan SMK Pusa pada 24 Oktober 2013.
PAMERAN JUALAN BUKUPopular Bookstore, UNIMAS dan Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan Pameran Jualan Buku pada 28 dan 29 Ogos 2013 di Dewan Brooke. Pameran ini dijayakan dengan kerjasama pihak Perpustakaan IPG Kampus Batu Lintang. Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Budaya Membaca bagi menggalakkan membaca dalam kalangan warga institut.
16KARNIVAL MATEMATIK KALI KE-9 IPG KAMPUS BATU LINTANGKarnival Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang ke-9 yang terdiri daripada Pertandingan Aritmetik Mental & Abakus (AMA) dan Permainan Rekreasi Matematik telah diadakan pada 6 Julai, 2013 (Sabtu). Dalam ucapan beliau, Tuan Hj Awang Hambali b Hj Awang Hamdan sebagai Pengarah IPGKBL menegaskan bahawa Permainan Rekreasi Matematik dapat mewujudkan suasana gembira dan ceria dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik. Beliau berharap guru-guru sekolah dan ibu bapa akan meneruskan usaha ini untuk memupuk minat dan motivasi terhadap subjek matematik melalui permainan seperti yang didedahkan dalam Karnival ini. Beliau juga menegaskan bahawa untuk merealisasikan status negara maju, kita memerlukan ramai tenaga kerja dalam bidang sains dan matematik.
Pada tahun ini, seramai 300 orang pelajar dari 25 buah sekolah rendah dari daerah Kuching telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Arimetik Mental & Abakus (AMA).
Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakanPermainan Rekreasi MatematikPelbagai Aktiviti yang Kreatif & InovatifSudut Kejuruteraan Kertas (Paper engineering) Bengkel membuat kad ‘pop-up’Pameran buku ‘pop-up’Sudut Maths Magic, Teselasi & PolyhedraSudut Bercerita MatematikKuiz MatematikDemonstrasi pengiraan mental lawan kalkulatorPertandingan Aritmetik Mental dan Abakus
Pertandingan Aritmetik Mental dan AbakusPemenang Pertandingan Aritmetik Mental & Abakus (AMA)Johan Kategori A - Sharifah Nurdayini Bt. Wan Malek dari SK St TeresaJohan Kategori B - Cheryl Lim dari SJKC Chung Hua No. 4Johan Kategori C - Gordon Chong Xue Zhen dari SJKC Chung Hua No. 3Johan Berpasukan Kategori A - SK St. TeresaJohan Berpasukan Kategori B - SJKC Chung Hua No. 4Johan Berpasukan Kategori C - SJKC Chung Hua No. 1Johan Keseluruhan - SJKC Chung Hua No. 3
Pertandingan AMA
Aktiviti-aktiviti Permainan Rekreasi Matematik
Sesi Penyampaian Hadiah
Laman Web: http://www.ipbl.edu.myEmel Rasmi: [email protected]