PAKEJ BIO.docx

  • View
    254

  • Download
    5

Embed Size (px)

Text of PAKEJ BIO.docx

PEMBIAKBAKAAN TUMBUHANPembiakbakaan adalah satu proses mengubah dan memperbaiki kandungan genetik atau genotip individu/populasi kepada lebih superior atau yang dikehendaki. Sebelum pengetahuan bidang genetik ditemui, bidang Pembiakbakaan lebih dikenali sebagai suatu seni. Pembiakbakaan ketika itu memilih pokok yang lebih baik hanya menggunakan kemahiran dan kebijaksanaan mereka sendiri tanpa menggunakan kaedah-kaedah sains. Pemilihan itu kurang berjaya atau gagal memberikan hasil walaupun masa yang panjang dan tenaga yang lebih telah digunakan. Berikutan daripada perkembangan dan kemajuan yang dicapai dalam bidang genetik dan bidang sains gunaan yang lain seperti fisiologi, biometrik dan sebagainya, pada akhir abad ke-19 bidang Pembiakbakaan mula dikenali sebagai satu sains. Apabila hukum Mendel ditemui semula dan diterima pada tahun 1900, Pembiakbaka tumbuhan mula menggunakan ilmu pewarisan atau genetik dalam program Pembiakbakaan tumbuhan mereka. Kemajuan yang dicapai dalam bidang Pembiakbakaan bertambah pesat dan telah membantu dalam kemajuan bidang pertanian.

HIDROPONIK Hidroponik (berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah. Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam di mana semuanya menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal angkasa. Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam. Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam perjalanan.SejarahMengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke-16 Masihi. Taman Tergantung Babylon dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F. Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini secara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil.

Kelebihan1. Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman.2. Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya.3. Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa dikitar semula.4. Tidak perlu menyiram baja setiap hari.5. Hasil tanaman boleh di makan keseluruhannya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit.6. Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah.7. Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja utk tugasan menyiram.Kelemahan1. Tanaman boleh mati dengan cepat jika sistemnya gagal.2. Hidroponik lebih rumit daripada menanam menggunakan tanah.3. Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa.AEROPONIK

Aeroponik adalah proses membesarkan tumbuh-tumbuhan di udara atau persekitaran berkabus tanpa menggunakan tanah atau perantaraan agregat (yang dikenali sebagai geoponik). Perkataan "aeroponik" berasal dari perkataan Yunani yang bermakna aero - (udara) dan ponos (usaha). Budaya aeroponik berbeza daripada penanaman hidroponik, aquaponik, dan in-vitro (kultur tisu tumbuhan) konvensional. Tidak seperti hidroponik, yang menggunakan larutan nutrien cecair sebagai medium pertumbuhan dan mineral penting untuk mengekalkan pertumbuhan tumbuhan; atau aquaponik yang menggunakan air dan buangan ikan, aeroponik dilakukan tanpa medium yang pembesaran. [1] Oleh kerana air digunakan dalam aeroponik bagi menghantar nutrien, ia kadang-kadang dianggap sebagai sejenis hidroponik.KaedahPrinsip asas penanaman aeroponik adalah tumbuh-tumbuhan digantung di dalam persekitaran yang tertutup atau separa tertutup melalui semburan pada akar tanaman yang tergantung dan bahagian bawah batang dengan percikan atau semburan larutan cecair yang kaya dengan nutrien.[1]. Bahagian daun dan puncak, sering dikenali sebagai kanopi, menganjur ke atas. Akar tumbuhan dipisahkan melalui struktur sokongan tumbuhan. Selalunya, busa sel tertutup dimampatkan di sekeliling batang yang lebih rendah dan dimasukkan ke dalam bukaan pada kebuk aeroponik, yang mengurangkan tenaga kerja dan perbelanjaan; bagi tumbuhan yang lebih besar, lanjaran digunakan bagi menggantung berat tumbuhan dan buah-buahan. Sebaik-baiknya, persekitaran itu dikekalkan bebas daripada haiwan perosak dan penyakit, supaya tumbuh-tumbuhan akan tumbuh lebih sihat dan lebih cepat berbanding tumbuhan yang ditanam dalam medium. Walau bagaimanapun, disebabkan persekitaran kebanyakan aeroponik tidak ditutup dengan sempurna, haiwan perosak dan penyakit masih boleh menjadi ancaman. Persekitaran terkawal memastikan pertumbuhan tumbuhan awal, kesihatan, perkembangan, berbunga dan berbuah bagi apa-apa spesis tumbuhan dan kultivar. Oleh kerana sistem akar amat sensitif, aeroponik sering digabungkan dengan hidroponik konvensional, yang digunakan sebagai "penyelamat tanaman" kecemasan - bekalan nutrien dan bekalan air sandaran - sekiranya radas aeroponik gagal berfungsi. Tekanan tinggi aeroponik ditakrifkan sebagai menghantar nutrien pada akar melalui 20-50 kepala mikrometer kabus menggunakan tekanan tinggi- sekitar (80 paun setiap inci persegi (550 kPa)) pam diafragma.KULTUR TISU Kultur tisu adalah suatu teknik pembiakan mikro yang melibatkan proses memisahkan sekelompok tisu yang kecil (eksplan) daripada haiwan atau tumbuhan dan kemudian meletakkannya dalam medium nutrien yang sesuai dan steril bagi pertumbuhan diluar organisma hidup.Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dalam pelbagai sektor, sama ada dalam bidang pertanian atau perindustrian. Peningkatan populasi di negara kita menyebabkan permintaan yang tinggi dalam semua barangan. Untuk memenuhi permintaan-permintaan ini, pelbagai teknologi dicipta dan dikembangkan untuk tujuan ini. Semua usaha ini tidak pernah diberhentikan and sentiasa berkembang. Dalam bidang pertanian pula, pelbagai penemuan telah dilakukan untuk meningkatkan produktiviti dan mutu keluaran. Banyak kajian yang telah dijalankan dan hasilnya terjumpalah salah satu kaedah yang paling produktif dan cekap dalam sektor ini, iaitu melalui kaedah kultur tisu. Sebenarnya, kaedah ini telah ditemui sejak beberapa tahun yang lalu, tetapi apa yang dibanggakan ialah penemuan tentang kaedah kultur tisu yang terbaru, iaitu melalui balang kaca. Penemuan ini berjaya dilakukan oleh seorng sainstist negara yang bernama Prof. Madya Dr. Rosna Mat Taha yang menjalankan kajiannya di Universiti Malaya. Apakah sebenarnya kultur tisu? Ramai yang masih tidak faham bahawa selain mendapat tumbuhan daripada bernih, terdapat cara lain yang dapat menghasilkan tumbuhan yang bermutu tinggi dengan efektif dan berkesan, iaitu melalui kaedah kultur tisu. Kultur tisu merupakan satu cara menghasilkan anak pokok yang lengkap bermula dengan sebahagian kecil tisu tumbuhan dalam eksplan, seperti daun, batang atau sel yang dikulturkan dalam media secara steril ataupun aseptic untuk tumbesaran. Ia juga dikenali sebagai satu teknik memelihara sel atau cebisan tisu haiwan dan tumbuhan secara in vitro. In vitro merujuk sesuatu yang dijalankan di luar badan organisma, umumnya di balang kaca ataupun tabung uji.Hasil daipada kaedah ini adalah serba serupa dengan induknya dan ia mewarisi sifat-sifat pokok induknya dan mengekalkan ciri-ciri asalnya. Jikalau didapati anak pokok yang dihasilkan berbeza daripada induknya, ini mungkin terjadi pada bahagian-bahagian tertentu seperti bungadan daunnya. Misalnya induk yang berdaun lurus menghasilkan anak pokok yang daunnya sedikit melengkung dan sebagainya.Walau bagaimanapun, ini adalah jarang berlaku. Dua keperluan yang sangat penting demi menunjukkan sifat tolipotannya dengan sempurna, iaitu :- (a) Sel itu mesti tidak mempunyai perhubungan organik dengan sel-sel yang lain(b) Sel yang terasing itu mesti dilengkapkan dengan bahantera yang boleh memupuk pertumbuhannya. Kalus Suatu kumpulan sel parenkima yang tidak mengalami perbezaan proses organogensis atau embriogensis.(1) Proses organogensis -- Suatu proses pembentukan organ daripada kultur kalus atau kultur ampaian.(2) Proses embriogensis Pembentukan embrio @ anak tumbuhan dengan cara tumbesaran yang hampir merupai pembentukan embrio biasa, iaitu daripada ovum yang sudah disenyawakan.Had-had aplikasi kultur tisu dalam pertanian Tidak semua jenis sel atau tisu boleh dikulturkan. Penyediaan medium harus dijalankan dengan teliti bergantung kepada keperluan tumbuhan terhadap ramuan untuk menghasilkan kalus dan organagenesia. Pensterilan yang sempurna harus dijalankan ke atas sel dan medium yang digunakan untuk menggelakkan pertumbuhan mikroorganisma. Pengkulturan tisu boleh mengalami perubahan atau perkembangan di luar jangkaan dan berlain daripada keadaan asalnya.KEJURUTERAAN GENETIKKejuruteraan genetik adalah istilah yang digunakan kepada pengubahsuaian genetik sesuatu organisma. Kejuteraan genetik juga dikenali sebagai teknologi DNA rekombinan kerana gen yang terdiri daripada urutan DNA tertentu diasingkan dan digabung semula dengan DNA organisma lain. Teknologi ini membolehkan manusia memindahkan sesuatu maklumat genetik yang berguna daripada sesuatu spesis organisma kepada spesis organisma lain. Perkara ini tidak dapat dilakukan dengan teknik pembiakan biasa.Kejuteraan genetik berbeza daripada pembiakan tradisional di mana gen organisma diubah secara tidak langsung.