Sejarah Bab 5 Ting 4

  • View
    88

  • Download
    15

Embed Size (px)

Text of Sejarah Bab 5 Ting 4

  1. 1. SEJARAH BAB 5
  2. 2. 5.1 PENGENALAN MADINAH SERING DIKUNJUNGI OLEH PARA PEDAGANG ARAB KERANA KEDUDUKANNYA YANG STRATEGIK. PENDUDUKNYA TERDIRI DARIPADA 3 GOLONGAN : - NASRANI - YAHUDI (BANI QURAIZAH, BANI QUNAIQA, BANI NADHI) - ARAB (KAUM AUS DAN KHAZRAJ) KEADAAN DI MADINAH WAKTU ITU TIDAK TENTERAM KERANA: - PERSENGKETAAN YANG BERLAKU DALAM SUKU KAUM ARAB - EKONOMI DIKUASAI OLEH ORANG YAHUDI KEADAAN TERSEBUT TELAH BERUBAH SETELAH NABI MUHAMMAD SAW BERHIJRAH KE MADINAH
  3. 3. PERJANJIAN AQABAH PERTAMA BEBERAPA ORANG KHAZRAJ DARI MADINAH TELAH BERTEMU DENGAN NABI MUHAMMAD SAW DI AQABAH DAN MEREKA MEMELUK ISLAM. APABILA MEREKA PULANG KE MADINAH, MEREKA MENYEBARKAN ISLAM KEPADA MASYARAKAT MADINAH YANG LAIN. PADA MUSIM HAJI TAHUN 621M, ORANG MADINAH YANG TERDIRI DARIPADA SUKU AUS DAN KHARAJ TELAH MENEMUI NABI MUHAMMAD. DALAM PERTEMUAN TERSEBUT, MEREKA TELAH MENANDATANGANI PERJANJIAN DENGAN NABI MUHAMMAD YANG DIKENAL SEBAGAI PERJANJIAN AQABAH PERTAMA. DALAM PERJANJIAN INI, ORANG AUS DAN KHAZRAJ BERJANJI : BERIMAN KEPADA ALLAH DAN RASUL MEMBANTU PERJUANGAN NABI MUHAMMAD SAW TIDAK AKAN MELAKUKAN AMALAN JAHILIAH SELEPAS ITU, PENDAKWAH ISLAM, IAITU MUSAB BIN UMAIR TELAH DIHANTAR OLEH NABI MUHAMMAD KE MADINAH UNTUK MENYEBARKAN ISLAM DI SANA. MELALUI MUSAB BIN UMAIR, ISLAM TELAH TERSEBAR DI MADINAH.
  4. 4. PERJANJIAN AQABAH KEDUA PADA TAHUN 622M, PERJANJIAN AQABAH KEDUA TELAH DITANDATANGANI ANTARA NABI MUHAMMAD DENGAN ORANG AUS DAN KHAZRAJ. DALAM PERJANJIAN INI, ORANG AUS DAN KHAZRAJ : MEMELUK ISLAM DAN MENGUKUHKAN TAAT SETIA MEREKA KEPADA NABI MUHAMMAD MENJEMPUT NABI MUHAMMAD DAN ORANG ISLAM DI MAKKAH UNTUK BERHIJRAH KE MADINAH SECARA SUKARELA MENYEDIAKAN TEMPAT TINGGAL UNTUK NABI MUHAMMAD DAN UMAT ISLAM MAKKAH SEMASA MEREKA BERADA DI MADINAH AKAN MENJAGA KESELAMATAN NABI MUHAMMAD DAN UMAT ISLAM MAKKAH AKAN MEMPERTAHANKAN ISLAM KESAN-KESAN PERJANJIAN AQABAH PERTAMA DAN KEDUA: NABI MUHAMMAD DAN UMAT ISLAM MAKKAH BERHIJRAH KE MADINAH DENGAN ADANYA BANTUAN DAN SOKONGAN ORANG ARAB MADINAH ISLAM TERSEBAR KE MADINAH
  5. 5. 5.2 HIJRAH PERISTIWA HIJRAH ORANG ISLAM MAKKAH KE MADINAH DILAKUKAN SECARA RAHSIA DAN BERPERINGKAT BERMULA DARI 12 SEPTEMBER 622M. SELEPAS PENGHIJRAHAN ORANG ISLAM MAKKAH KE MADINAH, NABI MUHAMMAD BERHIJRAH DENGAN ABU BAKAR AL-SIDDIQ DAN MENGAMBIL MASA LEBIH KURANG 12 HARI. PENGHIJRAHAN UMAR AL-KHATTAB DILAKUKAN DENGAN BERSENDIRIAN DAN SECARA TERBUKA KERANA SIFAT KEBERANIANNYA.
  6. 6. KONSEP HIJRAH DALAM KONTEKS TAMADUN ISLAM, HIJRAH BERMAKSUD PERPINDAHAN ORANG ISLAM MAKKAH KE MADINAH BERTUJUAN UNTUK MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKAN ISLAM MERUPAKAN STRATEGI BARU UNTUK MENYEBARKAN ISLAM MERUPAKAN PERJUANGAN UNTUK MENEGAKKAN KEBENARAN SUATU USAHA UNTUK MENINGGALKAN KEBURUKAN DAN KEJAHATAN SEMANGAT INGIN BERUBAH DARI SEGI SIKAP, KELAKUAN DAN CARA BERFIKIR PERKATAAN HIJRAH DIAMBIL DARIPADA PERKATAAN ARAB YANG BERMAKSUD BERPINDAH, IAITU PERPINDAHAN DARI SATU KAWASAN KE KAWASAN YANG LAIN.
  7. 7. ORIENTALIS BARAT MENAFSIRKAN HIJRAH SEBAGAI SUATU PELARIAN.INI DISANGKAL OLEH UMAT ISLAM KERANA: PENGHIJRAHAN UMAT ISLAM MAKKAH KE MADINAH BERLAKU ATAS JEMPUTAN ORANG ARAB MADINAH MELALUI PERJANJIAN AQABAH KEDUA. KEDATANGAN ORANG ISLAM MAKKAH KE MADINAH DISAMBUT DENGAN MERIAH OLEH ORANG MADINAH. TEMPAT TINGGAL ORANG ISLAM MADINAH DISEDIAKAN OLEH ORANG ARAB MADINAH DAN KESELAMATAN MEREKA TERJAMIN. NABI MUHAMMAD DILANTIK SEBAGAI PEMIMPIN DAN PELANTIKAN BAGINDA DITERIMA OLEH ORANG MADINAH TERMASUK ORANG BUKAN ISLAM.
  8. 8. RENTETAN PERISTIWA PENGHIJRAHAN NABI MUHAMMAD DAN ABU BAKAR SEBELUM NABI MUHAMMAD BERHIJRAH, RUMAH BAGINDA TELAH DIKEPUNG OLEH PEMUDA QURAISY. ALI BIN ABU TALIB MENYAMARKAN DIRI SEBAGAI BAGINDA DENGAN TIDUR DI TEMPAT TIDUR DAN MENGGUNAKAN SELIMUT BAGINDA. NABI MUHAMMAD BERJAYA MELEPASKAN DIRI LALU BERTEMU DENGAN ABU BAKAR AL-SIDDIQ SEBELUM MENERUSKAN PERJALANAN KE MADINAH, NABI MUHAMMAD DAN ABU BAKAR BERSEMBUNYI DI GUA THUR. MEREKA DIBANTU OLEH: - ABDULLAH BIN ABU BAKAR YANG MEGINTIP KEGIATAN ORANG QURAISY - ASMA BINTI ABU BAKAR YANG MEMBAWA MAKANAN UNTUK MEREKA - AMIR BIN FUHAIRAH, SEORANG PENGEMBALA KAMBING YANG MEMBEKALKAN SUSU KAMBING KEPADA MEREKA KEMUDIAN, NABI MUHAMMAD DAN ABU BAKAR BERHIJRAH KE MADINAH DAN DIPANDU OLEH ABDULLAH BIN ARQAT. SEBELUM SAMPAI KE MADINAH, MEREKA SINGGAH DI QUBA DAN MENDIRIKAN MASJID QUBA.
  9. 9. SEBAB DAN TUJUAN HIJRAH SEBAB HIJRAH TUJUAN HIJRAH DAKWAH ISLAMIAH DI MAKKAH DITENTANG HEBAT OLEH ORANG QURAISY JEMPUTAN ORANG ARAB MADINAH TURUNNYA WAHYU DARIPADA ALLAH YANG MEMERINTAHKAN BAGINDA SEGERA BERHIJRAH KERANA PAKATAN ORANG QURAISY UNTUK MEMBUNUH BAGINDA (PERINTAH ALLAH BERASASKAN AYAT AL- QURAN, SURAH AL-ANFAL TELAH MEMPERCEPAT PERISTIWA HIJRAH KE MADINAH MENERUSKAN PENYEBARAN ISLAM SEBAGAI STRATEGI UNTUK MENGEMBANGKAN ISLAM MEWUJUDKAN SEBUAH MASYARAKAT ISLAM YANG BERSATU PADU DAN SEMPURNA SEBELUM BERLAKUNYA PERISTIWA HIJRAH, ORANG AUS DAN KHAZRAJ DI MADINAH SERING BERGADUH SESAMA SENDIRI. EKONOMI MADINAH PULA DIKUASAI OLEH MEREKA. OLEH ITU, MEREKA MEMERLUKAN NABI MUHAMMAD UNTUK MENGETUAI KEPIMPINAN MEREKA SERTA MENDAMAIKAN MASYARAKAT MADINAH.
  10. 10. KEPENTINGAN HIJRAH WUJUDNYA PERPADUAN DAN PERSAUDARAAN DI ANTARA ORANG MUHAJIRIN DAN ANSAR. MASYARAKAT MADINAH YANG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI KAUM, AGAMA DAN BUDAYA DAPAT DISATUPADUKAN DAN KEHARMONIAN DAPAT DIWUJUDKAN. MASJID AL-NABAWI DIDIRIKAN TEMPAT BERIBADAT, TEMPAT BELAJAR DAN TEMPAT PERTEMUAN ORANG ISLAM UNTUK MEMBINCANGKAN MASALAH YANG MEREKA HADAPI. TAKWIM ISLAM DIPERKENALKAN DENGAN BERASASKAN TAHUN HIJRAH DAN MULA DIGUNAKAN SEMASA PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB. MAAL HIJRAH MULA DISAMBUT OLEH NEGARA ISLAM UNTUK MENGINGATI PERJUANGAN UMAT ISLAM. NAMA YATHRIB DITUKAR KEPADA MADINAH AL-MUNAWWARAH ATAU KOTA BERCAHAYA. PERISTIWA HIJRAH MENCERMINKAN PENGORBANAN PARA SAHABAT SEPERTI: ABU BAKAR AL-SIDDIQ SANGGUP BERGADAI NYAWA DAN HARTA UNTUK MELINDUNGI BAGINDA SEMASA BERHIJRAH ALI BIN ABU TALIB SANGGUP BERGADAI NYAWA DENGAN TIDUR DI TEMPAT BAGINDA BAGI MENGELIRUKAN ORANG QURAISY ABDUL RAHMAN SANGGUP MENYUMBANGKAN HARTANYA UNTUK MEMBANTU UMAT ISLAM YANG MISKIN HIJRAH JUGA MEMPERLIHATKAN PERANAN KAUM WANITA DALAM MENGGERAKKAN KEMAJUAN NEGARA. HIJRAH MENGGAMBARKAN KETABAHAN HATI DAN KEBESARAN JIWA NABI MUHAMMAD SAW.
  11. 11. HIJRAH MENCERMINKAN KEBIJAKSANAAN NABI MUHAMMAD MENGATUR STRATEGI PERJUANGAN ISLAM BAGINDA BERSEMBUNYI DI GUA THUR SEBELUM KE MADINAH BAGINDA MEMILIH JALAN SELATAN UNTUK KE MADINAH NABI MUHAMMAD SEDAR BAHAWA ORANG QURAISY AKAN MENYERANG MADINAH. OLEH ITU, BAGINDA MENGAMBIL LANGKAH: MENUBUHKAN SEBUAH KERAJAAN ISLAM YANG KUKUH DI MADINAH MERANGKA SEBUAH PERLEMBAGAAN IAITU PIAGAM MADINAH UNTUK MENTADBIR MADINAH MENYATUPADUKAN MASYARAKAT MADINAH
  12. 12. 5.3 LATAR BELAKANG PIAGAM MADINAH PIAGAM MADINAH (SAHIFAH MADINAH) PIAGAM MADINAH BERPANDUKAN WAHYU ALLAH DIRANGKA OLEH NABI MUHAMMAD PADA TAHUN 622M DIRANGKA BERDASARKAN PERSETUJUAN ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM KANDUNGANNYA LENGKAP DAN MERANGKUMI SEMUA PERKARA MENJADI ASAS PEMERINTAHAN KERAJAAN ISLAM MADINAH MENCATATKAN TANGGUNGJAWAB KETUA NEGARA DAN RAKYAT PERLEMBAGAAN BERTULIS PERTAMA DIGUBAL MENGANDUNGI 47 FASAL (23 FASAL HUBUNGAN & TANGGUNGJAWAB DI KALANGAN ORANG ISLAM DAN 24 FASAL TANGGUNGJAWAB ORANG BUKAN ISLAM
  13. 13. KANDUNGAN PIAGAM MADINAH POLITIK NABI MUHAMMAD SEBAGAI KETUA NEGARA DI MADINAH BAGINDA ADALAH SEBAGAI HAKIM YANG MENYELESAIKAN MASALAH YANG TIMBUL ANTARA ORANG ISLAM DENGAN BUKAN ISLAM AGAMA MASYARAKAT MADINAH BEBAS MENGAMALKAN AGAMA MASING-MASING MEREKA BEBAS MENGAMALKAN ADAT MASING- MASING SELAGI TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM SOSIAL MASYARAKAT MADINAH DIANGGAP SEBAGAI SATU UMMAH DAN MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG SAMA TERHADAP NEGARA PERUNDANGA N UNDANG-UNDANG ISLAM DIGUNA PAKAI SECARA MENYELURUH TETAPI PERATURAN KEKELUARGAAN DALAM SUATU KABILAH BOLEH DIAMALKAN SELAGI TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM
  14. 14. EKONOMI KERJASAMA ANTARA MASYARAKAT MADINAH DITUNTUT DEMI MEMAJUKAN EKONOMI NEGARA UNSUR PENIPUAN DAN RIBA DIHAPUSKAN DALAM SISTEM PERNIAGAAN PERTAHANAN SEMUA ANGGOTA MASYARAKAT DIKEHENDAKI MEMPERTAHANKAN MADINAH DARIPADA ANCAMAN LUAR KEDUDUKAN YAHUDI KESELAMATAN ORANG YAHUDI TERJAMIN SELAGI MEREKA MEMATUHI PERLEMBAGAAN MADINAH
  15. 15. KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH KEHIDUPAN MASYARAKAT SISTEMATIK AMALAN RIBA, PENIPUAN, RASUAH DAN PENINDASAN TIDAK DIBENARKAN MASYARAKAT BERASASKAN UMMAH NILAI HIDUP BERDASARKAN UKHUWAH ISLAMIAH PERLEMBAGAAN YANG DITERIMA SEMUA MASYARAKAT MENGATUR SEBUAH PEMERINTAHAN YANG LENGKAP SEMANGAT PERPADUAN, BANTU-MEMBANTU, RELA BERKORBAN DIPUPUK SYARIAH ISLAM YANG DIPERKENALKAN ADALAH ADIL PERSAMAAN HAK DAN PERSAUDARAAN ISLAM KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD DICONTOHI
  16. 16. 1. Semua kaum bertanggungjawab mempertahankan Madinah Penduduk Madinah harus bersama-sama mempertahankan Madinah tidak kira yang beragama Islam atau bukan Islam. Mereka tidak boleh mengadakan hubungan dengan musuh-musuh Islam bagi tujuan menentang negara Islam madinah. Semangat cinta akan Kota Madinah dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi menghindari permusuhan sesama sendiri sehingga menyebabkan musuh dapat mengambil alih kota Madinah. Perbezaan agama tidak menghalang seseorang itu daripada diterima menjadi rakyat dalam negara
  17. 17. 2. Menjamin kebebasan kaum Yahudi Kaum Yahudi pada mulanya memang berminat untuk menguasai Madinah. Atas kesedaran itu, Piagam Madinah juga menitikberatkan dan menjamin kebebasan kaum Yahudi dan penganut-penganut agama lain untuk menganut dan mengamalkan ibadat agama mereka sendiri. Tujuannya supaya kaum Yahudi tidak menyebarkan agama mereka di Madinah dan mengelakkan permusuhan sesama sendiri. Rasulullah mempersetujui bahawa tiada paksaan dalam kepercayaan dan agama.
  18. 18. 3. Terbentuk sebuah kerajaan Islam yang kuat dan kukuh Orang Islam bebas berhimpun dan b