Nota Sejarah Ting 2 Bab 3

  • View
    9.586

  • Download
    16

Embed Size (px)

Text of Nota Sejarah Ting 2 Bab 3

NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH PETA KONSEP

Pengenalan 1. Setelah berjaya menguasai Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, British berhasrat untuk menguasai Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor. 2. Penguasaan terhadap negeri-negeri tersebut adalah bertujuan untuk menghalang kemaraan kuasa-kuasa Eropah lain di Asia Tenggara. 3. British berjaya mengukuhkan kedudukannya di negeri-negeri itu dengan menempatkan

seorang Penasihat British. Negeri-Negeri Melayu Utara Penampan Keselamatan Di Tanah Melayu 1. British telah muncul sebagai sebuah kuasa imperialis yang besar pada akhir kurun ke-19. 2. Negara-negara di Asia Tenggara yang kaya dengan hasil buminya telah menjadi tumpuan kepada kuasa-kuasa besar Eropah seperti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia. 3. Perancis berminat dengan Lembah Menam Chao Phraya dan merancang untuk membina Segenting Kra yang akan mengancam perdagangan British di Singapore. 4. Jerman berminat untuk mengambil Pulau Langkawi manakala Amerika Syarikat pula ingin mendapatkan Terengganu dan Rusia berhasrat untuk menduduki Ujung Salang. 5. Oleh itu, amatlah penting bagi British untuk meluaskan tanah jajahannya ke seluruh Tanah Melayu. 6. Pada tahun 1897, British telah menandatangani perjanjian dengan Siam untuk menghalang mana-mana kuasa lain mendapatkan tanah jajahan daripada Siam. 7. Namun, perjanjian itu gagal dicapai apabila sultan-sultan negeri Melayu Utara telah berhubung dengan kuasa lain.

PETA NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU 8. Contohnya, Sultan Terengganu telah menerima Amerika Syarikat untuk membuka petempatan di Pulau Redang dan Sultan Kelantan telah memberikan konsesi tanah seluas 776 966 hektar kepada Duff Development Company. 9. British kemudiannya telah menandatangani satu lagi perjanjian dengan Siam yang dinamakan Perjanjian Pengisytiharan British-Siam pada tahun 1902. 10. Perjanjian ini menyatakan bahawa Negeri-Negeri Melayu Utara diletakkan dibawah naungan Siam dan British akan meletakkan beberapa wakilnya di sana sebagai penasihat sultan. 11. Penasihat sultan ini ialah Meadowe Frost di Kedah, W.A.Graham di Kelantan, H.E.Duke di Perlis. Sementara itu di Terengganu tiada penasihat sultan diletakkan dengan syarat Terengganu tidak akan memberikan sebarang konsesi kepada kuasa asing. 12. Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 pula telah memberikan Negeri-Negeri Melayu Utara kepada British. Raja-raja Melayu tidak berunding dengan British mengenai perjanjian ini lalu terpaksa mengakuinya. 13. Antara syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian Bangkok (1909) :

(a) Siam menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu kepada British. (b) Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British. (c) British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam. Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1. British berjaya meluaskan kekuasaannya di Neger-Negeri Melayu Utara melalui Perjanjian Bangkok. 2. Penasihat British telah dilantik di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. 3. Perubahan pentadbiran dan peraturan baru yang diperkenalkan oleh British telah menggugat kedudukan dan kekuasaan raja-raja Melayu.

Sultan Abdul Hamid Halim Shah(Kedah)

1. Perjanjian Bangkok 1909 tidak diiktiraf oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Baginda juga enggan menerima Penasihat British. 2. Namun pada tahun 1910, British tetap melantik George Maxwell sebagai Penasihat British di Kedah. 3. George Maxwell cuba menerapkan pengaruh Barat dalam pentadbiran Kedah untuk mengukuhkan kuasa British. Antaranya ialah : (a) Cuti umum pada hari Ahad. (b) Penggunaan kalendar Masihi. (c) Surat rasmi ditapis oleh Penasihat British.

(d) Bahasa Inggeris digunakan dalam penulisan surat rasmi dan perundangan. (e) Melantik pegawai British dalam pentadbiran Kedah. 4. Tindakan George Maxwell telah menimbulkan rasa tidak puas hati anggota Majlis Mesyuarat Negeri yang diketuai oleh Tunku Mahmud. 5. Antara usaha yang dilakukan oleh Tunku Mahmud untuk mengekalkan identiti negeri Kedah ialah: (a) Cuti umum pada hari Jumaat. (b) Penggunaan kalendar Hijrah. (c) Surat rasmi tidak perlu ditapis. (d) Bahasa Melayu digunakan dalam penulisan surat rasmi dan perundangan. (e) Keutamaan diberikan kepada orang Melayu dalam pentadbiran Kedah.

Raja Syed Alwi (Perlis) 1. Raja Syed Alwi membantah tindakan siam menyerahkan negeri Perlis kepada British. 2. Baginda juga enggan menerima Penasihat British tetapi tidak dihiraukan oleh British. Malah British tetap melantik Kapten Meadowe Frost sebagai Penasihat British. 3. Meadowe Frost cuba mengukuhkan kuasa dengan menggubal undang-undang dan memperkenalkan jabatan baru seperti: (a) Jabatan Hasil dan Cukai. (b) Mahkamah Tinggi. (c) Mahkamah Kadi. 4. Penguasaan terhadap Jabatan Kewangan merupakan strategi British untuk menguasai pentadbiran Perlis.

Sultan Muhammad IV (Kelantan) 1. Pada tahun 1910, Sultan Muhammad IV telah menandatangani perjanjian dengan British bagi menempatkan J.S. Mason sebagai Penasihat British. 2. Kuasa untuk mentadbir jajahan telah diambil alih oleh pegawai British pada tahun 1915. 3. British juga turut menguasai beberapa jabatan penting seperti Mahkamah Tinggi, Jabatan

Polis dan Pejabat Tanah.

Sultan Muhammad II (Terengganu) 1. Perlantikan Penasihat British di Terengganu tidak diiktiraf oleh Sultan Zainal Abidin III. 2. Baginda telah berjumpa dengan Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura untuk membuat bantahan,namun British tetap melantik W.L. Conlay sebagai wakil British pada tahun 1910. 3. Wakil British hanya berkuasa dalam pengurusan hal ehwal luar negeri Terengganu sahaja. 4. Untuk memastikan kedaulatan dan kemerdekaan Terenggany terpelihara, Sultan Zainal Abidin III telah menggubal perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu pada tahun 1911. 5. Pada tahun 1918, Sultan Muhammad II dilantik menjadi sultan menggantikan Sultan Zainal Abidin III yang mangkat pada tahun 1918. 6. Atas desakan British, Sultan Muhammad II telah menandatangani satu perjanjian di Singapura dan J.L. Humphreys telah dilantik sebagai Penasihat British. 7. Baginda turun takhta kerana enggan tunduk kepada tekanan British. 8. Keadaan ini telah memberi peluang kepada British untuk menguasai Terengganu apabila Jabatan Kastam, Jabatan Perubatan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Tanah dan Galian diletakkan di bawah Penasihat British.

Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British TEMENGGUNG DAENG IBRAHIM PEMIMPIN YANG BERWIBAWA (1825 - 1862)

Temenggung Daeng Ibrahim

1. Johor merupakan sebuah negeri yang dapat mengekalkan kedaulatannya sehingga tahun 1914 kerana menjalankan persahabatan dengan British dengan memperkenalkan sistem birokrasi moden serta kebijaksanaan pembesarnya menjalankan pentadbiran. 2. Antara pembesar yang berwibawa pada masa itu ialah Daeng Ibrahim yang berkhidmat semasa pemerintahan Sultan Hussein dan Sultan Ali. Beliau telah menjadi Temenggung Johor setelah ayahnya Temenggung Abdul Rahman meninggal dunia pada tahun 1825. 3. Beliau telah menandatangani perjanjian dengan Temenggung Ibrahim dan Sultan Hussein yang membolehkannya menjadi pemerintah di Johor kecuali di kawasan Kesang. 4. Beliau juga telah mengasaskan pusat pentadbiran di Tanjung Puteri dan memajukan ekonomi Johor dengan membawa masuk orang Cina untuk mengusahakan ladang lada hitam melalui Sistem Kangcu.

SULTAN ABU BAKAR "BAPA PEMODENAN JOHOR" (1862 - 1895)

Sultan Abu Bakar 1. Sultan Abu Bakar juga seorang sultan yang berwibawa. Beliau telah menaiki takhta Johor pada tahun 1862 dan diberi gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor. 2. Baginda telah mempelajari pentadbiran Eropah lalu memodenkan pentadbirannya dengan mengadakan mahkamah, perkhidmatan pos dan Jabatan Kerja Raya. 3. Baginda juga telah membina sekolah, hospital, jalan raya, pasukan polis dan tentera untuk kesejahteraan rakyatnya. 4. Pada zaman pemerintahan baginda, Johor telah muncul sebagai pengeksport lada hitam yang terbesar di dunia. 5. Pada zaman pemerintahan baginda juga, baginda telah menandatangani Perjanjian Persahabatan antara Johor dengan British pada tahun 1885 yang yang mengiktiraf Johor sebagai negeri yang berdaulat dan Sultan Abu Bakar telah diiktiraf sebagai Sultan Johor yang sah. 6. Dalam perjanjian itu juga, kedudukan Sultan Johor adalah lebih tinggi daripada Pesuruhjaya British dan baginda boleh berhubung terus dengan kerajaan British. 7. Pegawai British yang berada di Johor tidak bertugas sebagai Penasihat British tetapi hanya bertugas sebagai Konsul. 8. Baginda juga telah mengisytiharkan Undang-undang Tubuh Johor sebagai perlembagaan negeri yang banyak membawa permodenan kepada negeri Johor. 9. Ketokohan yang terserlah dalam diri Sultan Abu Bakar telah diiktiraf oleh pemerintah British dan beliau telah digantikan oleh anakandanya, Sultan Ibrahim.

PEMIMPIN JOHOR YANG BERWIBAWA

Dato' Jaafar bin Muhammad 1. Dato' Jaafar bin Muhammad merupakan seorang setiausaha Johor yang pertama pada tahun 1868 dan Menteri Besar Johor yang pertama pada tahun 1882 hingga 1919 dan digelar sebagai Datuk Bentara.

2. Semasa beliau menjadi Menteri Besar, beliau telah mewajibkan pegawai British yang berkhidmat di Johor supaya memakai pakaian rasmi Johor dan bendera Union Jack dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor sebagai lambang kedaulatan negeri. 3. Selain itu, beliau juga telah mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi kerajaan. 4. Dato' Abdul Rahman bin Andak pula merupakan Setiausaha Sulit Sultan pada tahun 1885 dan juga Setiausaha Kerajaan Johor pada tahun 1893 hingga 1909 dan telah dianugerahi Dato' Seri Amar Diraja.

Dato' Abdul Rahman Andak 5. Beliau menjaga hal ehwal hubungan luar negeri antara British dan Johor dan menjadi perintis kepada Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor 1888 lalu menjadikan Bahasa Johor sebagai bahasa yang