Rekabentuk Industri - peta minda

  • View
    269

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of Rekabentuk Industri - peta minda

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan ...................... Penghargaan ........................... 1.0 Pengenalan kepada scamper dan peta minda .................. 2.0 Scamper ................................. 2.1 Strategi mengembangkan idea.............................. 2.2 Cara mencetuskan idea ........................ 2.3 Membuat keputusan ............................ 2.4 Menyelesaikan Masalah ......................... 2.5 Menjana kemungkinan idea ........................ 3.0 Peta minda................................................... 3.1 Kaedah melakar peta minda ............................ 3.2 Pengguna peta minda.................................. 3.3 Kegunaan peta minda ................................ 3.4 Elemen-elemen utama peta minda..................... 3.5 Contoh-contoh peta minda..................... Kesimpulan ......................................... Rujukan ........................................ Lampiran .............................................

1 2 3-5 6 6 8-9 9 10 10 11 13 14 14 14 15-17 18 19 20

http://tangkapgambar.blogspot.com/

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.r.t..... Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya setelah bertungkus lumus dapat saya menyiapkan tugasan RekaBentuk Industri ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu, jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah mata pelajaran Rekabentuk Industri kami iaitu Encik Yusri bin Kamin. Beliau telah banyak membantu kami dalam menjalankan tugasan ini dan telah berusaha memastikan agar segala penyampaian pengajarannya difahami oleh kami. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi sokongan dan kerjasama yang erat kepada kepada saya semasa proses menyiapkan tugasan ini. Budi baik rakanrakan semua, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Tanpa mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya ucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat. Sekian, Wassalam..

http://tangkapgambar.blogspot.com/

1.0 PENGENALAN Rekabentuk industri adalah satu perkara yang baru dalam industri di malaysia. Pada masa kini, rekabentuk industri sangat berkembang dengan pesatnya disebabkan oleh negara Malaysia merupakan salah satu negara yang maju dan berkembang dalam sektor industri. Kerajaan telah banyak menjalankan usaha-usaha untuk menjadikan rekabentuk industri ini sebagai salah satu bidang yang sangat penting dalam negara bagi menghasilkan produk-produk yang semakin canggih dan berkualiti bersesuaian dengan zaman globalisasi sekarang. Menurut kamus dewan edisi ketiga, industri membawa maksud perusahaan (biasanya secara besar-besaran) utk membuat, menghasilkan, mengeluarkan barangan: negara itu mempunyai ~ yg maju; ~ berat perusahaan yg mengeluarkan barangan atau bahan utk keperluan perusahaan lain; ~ ringan perusahaan yg memerlukan modal kecil utk mengeluarkan barangan pengguna; Menurut kamus dewan edisi ketiga, reka dan bentuk membawa maksud yang seperti berikut: reka (rka) 1. = reka-reka aturan, tindakan: mengambil ~ utk menyelamatkan dirinya; 2. = rekaan (sesuatu) yg dibuat-buat (diada-adakan, diakal-akalkan), buat-buat karangan: kita tumpukan perhatian kita pd sebuah keluarga Jepun rekaan kita; cerita seumpama ini adalah semata-mata rekaan; 3. daya upaya (tipu muslihat), akal ikhtiar: ia seorang yg banyak ~nya; ~ letak susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pd iklan atau halaman buku, surat khabar, dll; mereka, mereka-reka 1. menyusun (memasang, mengatur, mengarang) baik-baik: perlembagaan itu telah direka oleh orang yg bijak pandai; sedikit sekali pengarang kita yg dapat ~ cerita-cerita yg bermutu tinggi; siapa tahu kalau cerita itu direka-reka; 2. mencari akal (daya, upaya, ikhtiar): sepanjang minggu, ia mereka-reka keputusan yg akan diambilnya nanti; 3. memikirkan (sesuatu), merancang, merencanakan: seorang ahli sains telah ~ sepasang jangka suhu; dia ~ jawapan yg akan diberikan esok; 4. membayangkan (dlm angan-angan), mencitacitakan: ia mereka-reka siapa yg patut menjadi suaminya; 5. menduga, mengagak-agakkan, mengira-ngirakan: tidak ada orang yg ~ bahawa ia akan terpilih sbg wakil rakyat; rekaan, reka-rekaan 1. karangan (khayal), cerita karangan: cerita ini semata-mata ~; 2. buatan, ciptaan: reka-rekaan baharu yg dicipta oleh ahli-ahli sains; ~ bunga ciptaan bunga; 3. anganangan, fantasi, rancangan; 4. kira-kiraan, perkiraan, perhitungan.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Bentuk pula membawa maksud: bentuk 1. lengkung, lentur: ~ busur panah; pedang ~; 2. penjodoh bilangan utk barang yg melengkung: se~ cincin; 3. bangun, rupa, perawakan: api begitu garang hingga jelas ternampak ~ tubuh orang itu; 4. cara, gaya, corak, susunan: ~ dan gaya penulisan serta bahasa kurang diperhatikan; ~ pemerintahan; membentuk 1. melengkung, melentur: ~ spt kail; 2. menjadikan atau membuat supaya melengkung; 3. menjadikan sesuatu mengikut bentuk yg tertentu, membuat sesuatu dgn bentuk atau rupa yg tertentu; 4. membuat, mendirikan, menubuhkan, menyusun: ~ kata terbitan yg baru; ~ syarikat kerjasama; ~ kabinet baharu; terbentuk dibentuk: batu-batu spt batu kapur dan batu pasir menyebabkan ~nya bukit-bukit; tidak ~ tidak terdidik, tidak terajar; bentukan sesuatu yg sudah dibentuk; kata ~ Id kata terbitan, kata buatan (baru); pembentukan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membentuk: ia berazam utk mengambil peranan dlm ~ masyarakat baru; Disini dapat kita mengetahui bahawa maksud rekabentuk adalah rancangan ataupun corak, bentuk dan sebagainya yang menunjukkan susunan, struktur, atau aspek-aspek sesuatu produk sama ada binaan atau sebagainya. Rekabentuk industri pula merupakan satu cabang seni dan sains di dalam perekaan produk yang dihasilkan oleh mesin. Ianya menitikberatkan penampilan nilai-nilai estetika yang terbaik bersesuaian dengan kecekapan fungsian yang telah ditetapkan. Kejayaan sesuatu rekabentuk industri boleh diukur melalui faedah-faedah yang dihasilkan di dalam sesuatu pembuatan dan perkhidmatan serta kepuasan yang dirasai oleh pemilik. Untuk mengeluarkan sesuatu rekacipta baru, perkara yang paling asas dan paling penting adalah idea. Menurut kamus dewan edisi ketiga idea membawa maksud buah fikiran, gagasan: semua ~ yg dikemukakannya bagus tetapi sukar hendak dijalankan. Tanpa idea, sesuatu rekacipta tidak akan terhasil. Idea tidak akan terhasil jika seseorang itu tidak mempunyai pengetahuan maklumat tentang sesuatu perkara. Idea kritis dan inovatif sangat penting dalam penghasilan sesuatu rekabentuk. Sumber idea dapat diperolehi melalui cetusan idea dan perlu menggunakan teknik pengembangan idea iaitu scamper dan juga menggunakan peta minda untuk membuat nota dan menjana idea.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Peta minda pula adalah satu teknik yang sangat berguna dalam membuat nota dan menjana idea serta mempunyai hubungan yang rapat dengan peta konsep. Peta minda merupakan satu teknik lakaran yang boleh digunakan untuk mencatat nota. Teknik ini mengambil kira faktorfaktor yang berhubung dengan fungsi otak dan faktor membantu ingatan. Ia juga sesuai digunakan untuk mengulangkaji kerana ia senang untuk dilihat dan mudah untuk mendapatkan maklumat. Ia sangat penting dalam mendapatkan rekabentuk yang berkualiti.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

2.0 SCAMPER

Scamper adalah strategi yang boleh digunakan untuk mambantu pelajar menghasilkan idea-idea yang baru. Ia adalah sebagai alat untuk menyokong dengan kreatif , perbezaan pendapat. Teknik ini digunakan untuk mengeluarkan idea-idea dengan berkesan. Tujuannya adalah untuk membantu pelajar supaya bertanyakan soalan yang memerlukan mereka untuk berfikir di luar pengetahuan pemikiran mereka. Sebagai contoh ia membantu memperkenalkan kemahiran pemikiran kritikal dan membantu mereka dalam mendapatkan daya imaginasi mereka sendiri. Ia menggunakan pengetahuan kerjasama dan dorongan sebagai memainkan peranan.

2.1 STRATEGI MENGEMBANGKAN IDEA Strategi ini boleh digunakan untuk pelajar kerana ia adalah salah satu startegi yang baik untuk digunakan selepas pelajar memperuntukkan masa untuk mempelajari sesuatu. Terangkan tujuan startegi tersebut kepada pelajar, menggalakkan pelajar untuk membuka mindanya untuk lebih kreatif. Contoh dibawah adalah bagaimana SCAMPER boleh digunakan untuk mengambangkan idea. S: Substitute (tukarganti) Apakah yang boleh ditukar? Siapakah yang diganti? Apakah bahan, proses, tempat yang boleh ditukar ganti?

C: Combine ( cantum ) Apakah yang boleh dicantum? Bolehkah dua perkara dicantum? Bolehkah idea, pendapat, cara, konsep, objektif digabungkan?

http://tangkapgambar.blogspot.com/

A: Adapt ( sesuaikan ) Adakah sesuatu yang tidak sesuai? Apakah yang boleh disesuaikan? Pernahkah pendapat yang lebih sesuai dikemukakan sebelum ini?

M: Modify ( ubahsuai ) Bolehkah sesuatu diubah? Bolehkah makna, bentuk, warna, suara, masa diubah? Besarkan? Kecilkan? Tinggikan? Kuatkan?

P: Put to other uses ( guna dengan cara lain ) Bolehkah digunakan dengan cara yang lain? Boleh digunakan untuk tujuan yang baru? Bolehkah digunakan dalam keadaan yang lain?

E: Eliminate a feature of the story ( hapuskan ) Bolehkah ditiadakan? Apakah bahagian yang boleh disingkirkan? Bolehkah dikurangkan komponen supaya lebih ringkas, menarik dan jimat?

R: Rearrange or reverse the sequence of the story ( susun semula ) Bolehkah disusun semula? Adakah komponen, kedudukan, rancangan, aliran, turutan yang boleh diatur semula?

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Putarkan? Terbalikkan? Songsangkan?

2.2 CARA MENCETUSKAN IDEA

Dalam sesuatu ciptaan, idea adalah perkara yang paling penting kerana tanpa idea sesuatu yang baru tidak akan terhasil. Sesuatu rekabentuk bermula