Peta Minda

  • View
    20

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of Peta Minda

PETA MINDA BENTUK-BENTUK ISU DAN CABARAN HUBUNGAN ETNIK

RAJAH 1: CABARAN HUBUNGAN ETNIK

RAJAH 2: CABARAN KEPENTINGAN ETNIK DARI ASPEK SOSIAL

RAJAH 3: PEMISAHAN FIZIKAL

RAJAH 4: SISTEM PENDIDIKAN YANG BERASINGAN

RAJAH 5 : POLIRASI DALAM KALANGAN PELAJAR

RAJAH 6: KONTRAK SOSIAL

RAJAH 7: CABARAN KEPENTINGAN ANTARA ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

RAJAH 8 : CABARAN KEPENTINGAN ANTARA ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

CABARAN NILAI ANTARA ETNIK

RAJAH 9 : CABARAN NILAI ANTARA ETNIK

RAJAH 10 : CABARAN GLOBALISASI

10 PRINSIP ISLAM HADHARI

CADANGAN UNTUK MEMANTAPKAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

MENCADANGKAN NILAI-NILAI SEJAGAT MASYARAKAT MALAYSIA YANG BOLEH MENGEKALKAN KEHARMONIAN NEGARA Definisi Nilaidan Sejagat1. Matlamat dan tindakan tertentu yang dilaksanakan oleh seeorang ditentukan oleh nilai.1. Ini kerana nilai merupakan satu prinsip atau garis panduan yang menyediakan anggota masyarakat untuk menjalani kehidupan. 1. Menurut Clyde Kluckhohn, nilai adalah suatu standard yang agak berkekalan dari segi masa, atau dalam pengertian yang luas, suatu standard yang mengaturkan satu sistem perlakuan. 1. Beliau juga menaktifkan nilai sebagai satu `preference', iaitu sesuatu yang lebih disukai, baik mengenai hubungan sosial, mahupun mengenai matlamat-matalamat serta ikhtiar untuk mencapainya. 1. Secara amnya, nilai merupakan sesuatu yang sangat dikehendaki melibatkan unsur penglibatan dan pemilihan. 1. Ini kerana kebanyakan tingkahlaku yang dipilih melibatkan nilai, indiivdu yang berkenaan atau nilai kelompoknya.1. Penerapan nilai-nilai sejagat ini haruslah bersifat menyeluruh dan melibatkan setiap orang kerana tingkah laku dan nilai indiivdu mencerminkan nilai keseluruhan rakyat Malaysia.1. Sejagat pula bermaksud seluruh dunia, sedunia dan antarabangsa1. Oleh yang sedemkian, nilai-nilai sejagat bolehlah ditakrifkan sebagai nilai-nilai yang diamalkan bersama.

Nilai- Nilai Sejagat Yang Boleh Mengekalkan Keharmonian Negara

Cinta Kepada Negara

1. Cinta kepada negara merujuk kepada perasaan sayang, bangga dan taat setia kepada tanah air.1. Namun apabila negara semakin membangun dan rakyat menjadi semakin terpelajar nilai ini semakin pudar. 1. Misalnya suatu ketika dulu heboh diperkatakan mengenai pelajar-pelajar Malaysia di luar negeri yang turut terlibat dalam kempen memburuk-burukkan barangan buatan Malaysia. 1. Golongan pelajar-pelajar ini telah lupa daratan dan merupakan musuh dalam selimut bagi kita. 1. Sepatutnya nilai cintakan negara haruslah bertapak kukuh di hati setiap anak Malaysia. 1. Setiap anggota masyarakat haruslah menjadi rakyat yang cintakan negara dan sanggup berkorban untuk mempertahankan negara dalam apa juga keadaan, menyokong dan memberi kerjasama yang padu untuk menyokong dan menjayakan rancangan dan dasar kerajaan.1. Hanya menerusi perasaan cinta ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat mengekalkan kemajuan dan keamanan negara.1. Cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat cintakan negara:7. Memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolahlagi.7. Peranan ibu bapa iaitu menyemai semangat cintakan negara sejak kecil.7. Membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi.7. Menjalankankempen secara besar-besaran melalui media massa.7. Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulahmenjalankan aktiviti yang bersesuaian.7. Semangat patriotik juga dapat dipupuk melaluicontoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat

Toleransi1. Dalam mengekalkan keharmonian negara yang berbilang kaum, rakyat seharusnya mengamalkan sikap toleransi.1. Toleransi merujuk kepada perbezaan yang ada tidak dijadikan asas untuk berkonflik, tetapi persamaan yang banyak harus disuburkan secara sedar supaya kebaikan daripada nilai bersama yang dikongsi boleh menghilangkan perbezaan akibat kejahilan dan prasangka. 1. Amalan toleransi ini adalah penting dalam memupuk kesepaduan antara semua kaum.

Persefahaman

1. Persefahaman merujuk kepadapermuafakatan, persepakatan, persetujuan dan kata sepakat. 1. Seluruh rakyat Malaysia perlu berusaha untuk memahami secara mendalam kepelbagaian budaya yang wujud di negara ini untuk meningkatkan persefahaman sesama mereka, menurut Datuk Seri Najib Razak yang telah dipetik daripada akhbar Berita Harian. 1. Menurut beliau lagi, "Sikap sentiasa menghormati dan memahami pandangan orang lain akan melahirkan keadilan untuk semua. Hal ini menunjukkan bahawa persefahaman adalah penting dalam mewujudkan kesepakatan sekaligus mewujudkan keharmonian antara kaum.1. Justeru, nilai bekerjasama antara satu sama lain juga dapat diterapkan. Bak kata pepatah, Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.1. Kedua-dua peribahasa ini menggambarkan bahawa sifat bekerjasama itu perlu dalam masyarakat supaya kesepakatan wujud.

Integriti

1. Integriti ialah sifat murni yang kerap dikaitkan dengan keunggulan, kejujuran dan kejituan. 1. Seseorang yang suka menghormati undang-undang, tidak bersifat telunjuk lurus kelingking berkait, tidak suka menggunting dalam lipatan, suka membantu orang dalam kesusahan, tidak rasuah, gemar kepada keadilan dan hak-hak asasi kemanusiaan. 1. Kesemua ini menyumbang kepada sahsiah yang berintegriti. Integriti ini juga boleh dianggap sebagai nilai murni jiwa seseorang. Sifat ini juga banyak terserah kepada dan dipengaruhi pendidikan. 1. Secara ringkasnya, integriti boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertama bersabit dengan individu dan yang kedua ialah di peringkat organisasi. 1. Namun begitu, pada umumnya, integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalam bermoral tinggi.1. Di peringkt individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum.1. Sementara itu, di peringkat organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan serta sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik.1. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi ( cooprate culture). 1. Secara idealnya integrity sama ada di peringkat individu ataupun organisasi bermaksud code of behavior. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun, nescaya sebuah masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun.

Semangat Kerja Berpasukan

1. Kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. 1. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama. 1. Antara ciri pasukan kerja yang berkesan ialah mempunyai matlamat pasukan yang jelas, mempunyai satu pelan penambahbaikan, mempunyai peranan yang jelas, komunikasi yang jelas dan kelakuan ahli kumpulan.1. Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian.1. Justeru, semangat kerja berpasukan ini secara tidak langsung menyumbang kepada sifat kerjasama dan kesungguhan ahli dalam gerak kerjanya. Oleh yang demikian, persepakatan dan permuafakatan dapat dicapai

Menghormati Jiran Tetangga

1. Menurut Imam Nawawi, jiran ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita dalam lingkungan jarak 40 buah rumah, samada dari kiri atau sebelah kanan, depan mahupun dari sebelah belakang.1. Dalam menghayati hak-hak jiran, Islam membahagikan jiran itu kepada tiga bahagian berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud,"Jiran itu ada tiga macam iaitu jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran yang muslim yang berkerabat, maka baginya hak jiran, hak muslim dan hak kerabatnya.1. Adapun jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran muslim, di mana haknya ialah hak jiran dan sebagai orang muslim. Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik atau kafir."1. Pelbagai langkah yang boleh diambil dalam menyuburkan sifat menghormati jiran tetangga. Antaranya ialah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. 1. Selain dapat membantu antara satu sama lain, masyarakat juga dapat mengenali jiran tetangga mereka dengan lebih dekat lagi.1. Masyarakat kita sekarang khususnya di bandar-bandar atau taman-taman perumahan banyak menghadapi krisis kejiranan kerana terlalu bersikap'individualistik', jenayah dan gejala sosial berlaku bebas tanpa sebarang rasa tanggungjawab. 1. Perkara ini berlaku kerana adanya sifat mementingkan diri sendiri. Sifat ini adalah lahir dari sikap tidak mahu mengambil tahu dan tidak mahu campur tangan urusan orang lain. 1. Sikap ini kadang-kadang dari satu sudut baik perkara yang berbentuk peribadi, tetapi dari sudut yang lain, yang bersifat umum, ia akan memberi kesan yang tidak baik secara berpanjangan. Oleh itu Islam memandang berat soal penjagaan hak dan keharmonian sesama jiran. Siapa lagi yang akan mengambil berat akan hal tersebut jika kita tidak memulakannya.

Berbudi