Peta Minda Memudahkan Pembelajaran Sains

  • View
    1.436

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Dihasilkan untuk rujukan para guru Sains

Text of Peta Minda Memudahkan Pembelajaran Sains

  • 1. SAINS: MATAPELAJARAN YANG SUKARAdalah tidak dinafikan bahawa matapelajaran Sains merupakan satu matapelajaran yangagak sukar bagi kebanyakan pelajar. Ini adalah kerana anda perlu mengingati danmenghafal banyak konsep dan fakta. Maka untuk memperolehi markah yang baik atau inginmendapat A dalam matapelajaran Sains adalah idaman semua pelajar.Untuk mendapat markah yang tinggi dalam apa sahaja matapelajaran termasuk Sains, andaperlu tekun dan rajin membaca nota yang telah diberikan oleh guru atau buku teks yangsedia ada. Walaubagaimanapun buku teks yang tebal yang mengandungi ratusan ataumencecah ribuan kata kunci fakta Sains boleh mematikan semangat pelajar untuk meminatiSains.

2. PETA MINDA: ALTERNATIF TERBAIK"Mind Map" atau Peta minda adalah alat untuk membantuanda berfikir dan belajar. Peta Minda yang telahdibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesanuntuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan idedengan perkaitan.Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslahbermula di tengah mukasurat yang menjadi tajuk utamanya.Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkanstruktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci(keywords) dan rajah kunci (key images).Satu contoh peta minda yang saya ingin paparkan ialah petaberikut di bawah tajuk "Basic Needs", satu tajuk daripadamatapelajaran Sains Tahun 4. 3. Sila klik peta minda di bawah untuk melihatnya dengan lebih dekat 4. Perhatikan betapa mudahnya seorang pelajar dapat melihat tajuk utama petadi tengah-tengah yang bercabang kepada tajuk-tajuk kecil yang pulabercabang kepada perkataan atau kata-kunci dan rajah kunci yang penting. kata-kunci dan rajah-kunci Peta minda yang disediakan dipermudahkan pembacaannya dengan adanya label-label berhuruf dan bernombor di setiap cabang supaya pembacaan adalah mengikutsusunan dan turutan yang betul. Ini adalah untuk memastikan supaya pemahaman terhadap fakta yang dibaca adalah mengikutalirannya.Perhatikan juga gambar-gambar yang berwarna dan menarikyang berkaitan dengan fakta dapat mengukuhkan lagi ingatan terhadap fakta tersebut. 5. Label huruf dan nombor serta gambarAnda tentu perasan bahawa dengan memerhatikan peta mindasecara keseluruhan, anda telah pun sudah dapat memasukkanmaklumat dengan mudah ke dalam fikiran anda.Oleh itu maklumat tersebut akan mudah pula dapatdikeluarkan kerana ia telah di"peta"kan ke dalam fikiran anda. 6. PETA MINDA UNTUK GURU DAN PELAJARDalam proses pengajaran dan pembelajaran, peta minda telah diakuisangat berkesan digunakan dalam bilik darjah. Saya telahmenggunakan peta minda yang saya hasilkan sendiri sejak 5 tahun laludalam bilik darjah saya. Berdasarkan kepada pengalaman saya, sayamendapati proses pengajaran menjadi sangat mudah dan menjimatkanmasa.Ini adalah kerana peta minda yang telah disediakan oleh guru sendiridan diedarkan kepada murid dengan sendirinya menjadi nota merekatanpa perlu mereka membuat nota sendiri. Peta minda yang asalnyabersaiz A4 telah dibuat salinannya kepada kertas bersaiz A3 yanglebih besar supaya lebih mudah dibaca. Jika bab yang diajarkanadalah panjang, maka peta yang kedua, ketiga dan seterus akan sayahasilkan.Penggunaan LCD serta perisian komputer yang boleh membesarkanpaparan di skrin dengan kemudahan "zoom" memudahkan lagi prosespengajaran dan pembelajaran. Gambarajah yang kecil yang kurangjelas dengan mudah dibesarkan untuk paparan pelajar. 7. KELEBIHAN PETA MINDADalam PembelajaranMenghapuskan rasa sukar untuk belajar. Menambah keseronokan dalam prosespembelajaran, mengulangkaji dan mengambil peperiksaan. Memberi keyakinan kepada pelajarterhadap keupayaan mereka untuk mempelajari apa sahaja matapelajaran.Dalam MengingatMemudahkan pelajar mengingat fakta setelah mindanya dipetakan. Menambah keupayaan dankapasiti ingatan.Dalam Pandangan KeseluruhanDapat melihat keseluruhan bab dengan jelas. Dapat memahami segala fakta yang berkaitan.Berupaya mengulangkaji pelajaran dengan pantas.Dalam BerfikirMelatih minda mencari jalan penyelesaian untuk melaksanakan sebarang kerja secarabersistematik.Dalam MerancangMemudahkan merancang sesuatu tugas dari mula hingga ke akhir hanya dalam sehelai kertas.Dalam BerkomunikasiDapat menyampaikan segala bentuk maklumat dengan jelas dan tepat. 8. Mengandungi 46 peta minda dari 26 bab mencakupi sukatan Tahun 4hingga Tahun 6.Ditulis oleh guru yang berpengalaman dalam penggunaan Peta Minda.Mengikut Sukatan KBSR terkini. Ditulis dalam Bahasa Inggeris danBahasa Melayu.Dalam bentuk digital. Mudah disimpan.Boleh dicetak dan dijilidkan untuk kemudahan membaca danmenyemak.Perlu untuk pelajar Tahun 4, Tahun 5 dan amat perlu untuk Tahun 6yang akan menduduki Peperiksaan UPSRDilengkapi dengan gambar berwarna bagi hampir semua fakta untukmemudahkan pemahaman dan ingatan.Berguna untuk guru sebagai Alat Bantu Mengajar dan nota murid.Sangat penting bagi pelajar untuk menyemak dan menghafal. 9. LIHAT CONTOHSila lihat beberapa contoh dari "Mind Maps ForScience UPSR E-Book" di bawah. Anda boleh lihatdari dekat beberapa contoh peta minda yang terpilihdengan hanya mengkliknya. Pastikan komputer andaterpasang dengan perisian Adobe Acrobat Reader.Sila tunggu untuk beri masa fail tersebutdimuatturun. Perkataan "Contoh" tidak ada dalam"E-Book" peta minda yang sebenar. Andadipersilakan untuk mencetaknya untuk melihat petaminda tersebut di atas kertas. 10. Tahun 4 : Life Processes 11. Materials 12. The Earth And The Universe 13. Tahun 5: Microorganisms 14. Survival Of The Species 15. Tahun 6: Interaction Among Living Things 16. Eclipses 17. Machines